3

14 1 0
                                    

Masa cuti semester dimanfaatkan sebaik boleh oleh mereka sekeluarga,tidak ketinggalan pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama-sama supaya waktu waktu senggang terisi rapi

Sedar tidak sedar cuti semester hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi

"Aaliyah buat apa tu?"

Arif mendapatkan satu satu adik perempuannya yang sedari tadi leka di dapur

"Aaliyah tengah buat biskut cip coklat yang along sukalah,along dengan angah kan dah nak balik jadi ibu suruh Aaliyah bekalkan untuk along,angah punya nanti Aaliyah buat lain dia bukan suka sangat pun cip coklat"

Panjang lebar penjelasan Aaliyah,adik bongsu Arif sambil tangannya ligat menguli serta membentukkan adunan

"Baiknya adik along....along nak tolong boleh?"

Wajah manis Aaliyah ditatap,keindahan makhluk ciptaan tuhan yang diciptakan sepasang lesung pipit manis itu ditatap sepuasnya seakan tiada pengakhiran

"Kenapa along tengok leeya macam tu?tadi kata nak tolong?"

Dahi gadis manis berumur 17 tahun itu  berkerut melihat reaksi abang sulungnya itu

"Aaliyah dah makin cantik lah...dah besar dah pun adik along"

"Memanglah adik along ni cantik dari dulu along ni macam tak tahu pulak tahun ni leeya  dah 17 tahun dah besar dah pon"

"Along tahu....adik along dah besar pandai jaga diri....kalau along tinggalkan pun boleh diharap "

"Tinggal?along nak pergi mana?" Mulut yang rancak berbual tidak menghentikan tangan Aaliyah dan Arif daripada menguli adunan

"Cuti along kan dah nak habis...along dengan angah kenalah balik tempat masing masing yang Leeya pula tinggal dengan ibu ayah jangan susah kan mereka.....jadi anak yang baik dan solehah tau"

Aaliyah hanya mengangguk tanda faham

Setelah beberapa jam bermandi tepung akhirnya semua adunan yang dibuat telahpun selamat keluar dari ketuhar dan menjadi hidangan biskut cip coklat yang sungguh lazat dan sempurna

"Sedapnya bau...."
Kelibat Amir kian muncul di dapur

"Inilah contoh manusia tak bertamadun ni...orang dah siap berperang baru muncul"

Perli Arif

"Angah keluar la tadi bawa kereta ayah pergi 'service' ha berkhidmat juga tu"

Amir tampil dengan kenyataan membela diri sambil tangan menghayun hayun kunci yang terpahat lambang (H)

"Okaylah alasan boleh diterima"

Balas Aaliyah

"Amboi mana ada angah bagi alasan itu kenyataan yang sahih lagikan kukuh" amir menepuk nepuk dadanya

"Ha dah....jangan bising bising Angah Along tolong hantarkan biskut-biskut ni ke rumah jiran sebelah menyebelah ya panas panas sedap lagi tu"

Hajah  Afifah tiba tiba muncul dalam kalangan ketiga tiga cahaya matanya yang sedang usik mengusik setiap kali bersua muka

"Ingat hantar rumah jiran bukan hantar dalam bilik lepastu makan sampai habis ya along dengan angah punya dah ada dah ni banyak "

Pesanan itu menghantar pemergian dua orang anak terunanya ke rumah sebelah

Malam itu Amir dan Arif masing masing mula mengemaskan pakaian untuk dibawa pulang ke rumah sewa masing masing bersempena cuti semester selama 2 minggu bakal berakhir lusa

Helain baju terakhir selamat disimpan rapi di dalam beg sandang berona hitam elegan itu,Amir menarik nafas dan menggerak gerakkan tengkuknya bagi menghilangkan rasa letih

"Dah siap kemas angah?" Hajah Afifah sudah sedari tadi memerhatikan tingkah laku anak terunanya yang satu itu

"Dah mak...."

Dua beranak itu duduk di birai katil

"Sekejap aje masa berlalu kan macam baru semalam aje anak anak mak ni main lari lari bawa senapang batang pisang " ingatan dicampak ke belakang kira kira 15 tahun dahulu

Petang yang hening dihiasi hirai tawa kanak kanak lelaki yang bertempiaran lari dengan membawa 'senapang' yang terbuat dari batang pisang lagak anggota tentera di dalam peperangan

"Aiman,cepatlah cari aku!"

Derapan tapak kaki berbunyi apabila terpijak dedaun kering

Amir tidak ketinggalan menghendap di sebalik pohon sederhana besar

Itulah rutin harian mereka setiap petang selepas pulang dari sekolah agama,mereka akan berkumpul bersama sama rakan rakan bermain permainan 'alam' mereka sehingga kebanyakkan ibu bapa harus menjerit memanggil anak anak pulang

"Along.!! Angah kejar along"
Arif berlari sambil memegang 'senapang' buatan tangan mereka sendiri

Tidak semena mena kaki kecil Amir tersadung akar pokok yang menjulang keluar

"srrtt baangg"
Punyi seretan serta hentakan menangkap cuping teliga Arif

"Along!!" Arif berhenti mengejar abangnya apabila melihat keadaan abangnya yang cedera akibat jatuh tersadung

Arif serta 3 orang rakan lain segera berkerumun menghampiri Amir yang masih terduduk di atas tanah

"Auxhh"

Amir membelek siku serta telapak tangannya yang merah dengan darah yang mengalir

Sepasang mata bundar arif melilau mencari sesuatu yang boleh digunakan untuk pertolongan awal kepada abangnya

Mata itu tertancap pada sebuah botol kosong lalu dicapai dan diisi dengan air dari paip air berdekatan lalu dicurahkan pada luka Amir ......

Diam tak diam sudah 15 tahun berlalu amir melihat tapak tangan kirinya yang masih berbekas luka akibat insiden itu sesekali terdapat senyum nipis menghiasi bibirnya




Kau Pergi Where stories live. Discover now