1

49 3 0
                                    

"Vroom.....Vroom"
Deruman suara dua buah motorsikal berkuasa tinggi Honda CBR650F memecah kesunyian membelah jalan menerobos  kedinginan pagi di lebuh raya,                                               suasana  jalan yang masih sunyi menambahkan lagi gian Amir dan Arif untuk menguji kelajuan kuda besi yang merupakan hobi mereka sejak 6 bulan lepas

Setelah menunggang hampir 15 KM akhirnya motorsikal yang mereka tunggangi dua beradik itu berhenti di sebuah hentian rehat dan rawat (RNR) Bukit Jelutong

"Ush Hebat juga kau ye Long walaupun dah  nak berhabuk kuda besi kau ni lama sangat tak sentuh"

Amir dan Arif berjalan seiringan meninggalkan motorsikal mereka di petak parkir kenderaan

"Tengok kaki lah....walaupun lama tak 'ride' masih berbisa kemahiran aku ni"

Arif memuji diri sendiri,tawa dua beradik itu pecah bersama

"Yelah along oi...macam orang tak kenal kau 'Muhd Arif Faliq' kot"

Amir memuji abangnya dalam terpaksa

"Kita ni sampai bila nak hidup dengan motor....jalan....'helmet' aje ni lama lama boleh naik bosan la juga"
Keluh Arif

Sekeping Note RM 5 dihulur kepada jurujual ,dua orang jejaka berbadan tinggi sasa berlalu menuju tempat mereka meletakkan motorsikal tadi

"Aku okay je muda lagi....kau tulah kesunyian tahap dewa dah aku tengok"
Sarung tangan disarung sebelum kedua jejaka itu melompat ke atas motorsikal berkuasa tinggi yang dibeli pada hari yang sama 6 bulan lepas

"Amboi sedap aje kau ye....aku gurau aje kau ingat cinta aje ke boleh buat seseorang tu bahagia?"

Kata Arif memulang paku buah keras

"Manalah aku tau tanyalah orang yang pernah bercinta yang penting kau memang kesunyian"

Tawa Amir lepas sebelum kelibatnya hilang membelah jalan meninggalkan abangnya Arif dibelakang

"Kurang asam keping punya adik"

Arif tidak ketinggalan menyarung 'full face helmet' sebelum memecut laju kuda besi kesayangannya itu mengejar kelibat adiknya Amir yang mulai tidak kelihatan

                                     ***

Jam menunjukkan pukul 12:00 tengah hari  ketika mereka tiba di halaman rumah setelah  menunggang motorsikal dari Melaka ke rumah keluarga mereka di Batu Pahat,Johor

Deruman enjin bergema di dalam ruang garaj rumah teres 2 tingkat itu

"Assalamuaikum..."

"Waalaikumsalam"

Penghuni di rumah mula keluar menjengah

"Ha sampai pun budak budak ni motor sikit punya besar tapi sampai rumah lewat juga" Hajah Afifah menyambut kepulangan kedua dua anak terunanya yang pulang sempena cuti Semester daripada universiti berasingan di Melaka

"Angah ni mak.....lambat sangat sekejap sekejap nak berhenti"

Arif mengambil peluang mengenakan adiknya Amir

"Amboi......mak percaya sangatlah along tu....hurmm sedapnya bau mak masak apa?" Amir yang malas melayan usikan Arif berjaya mencari helah melarikan topik perbincangan

"Masuk la dulu kalau ye pun....penat kan....mak masak asam pedas ikan pari Yang along suka dengan Laksa Johor kegemaran Angah dan adik"

Kecur air liur mereka mendengar menu yang enak enak belaka itu

Amir dan Arif mengatur langkah memboloskan diri ke dalam ruang tamu rumah mereka

"Senyap aje.....mana adik?ayah mana?" Tanya Arif apabila menyedari ketiadaan insan dua orang itu

"Ayah bawa adik ke Klinik...demam semalam mak tak ikutlah kalau ikut kamu berdua balik rumah tak ada orang" jelas Hajah Afifah

Mereka hanya mengangguk

"Mak amir masuk bilik dululah ya"

Jejaka tinggi,sasa dan berkulit sawo matang  itu mengatur langkah menaiki tangga ke bilik tidurnya untuk berehat bersama-sama topi keledar dan beg sandangnya

Menjelang malam,mereka sekeluarga lengkap berkumpul di tengah tengah ruangan makan menikmati makan malam yang disediakan oleh Hajah Afifah

"Along bila nak habis belajar?" Tanya Haji Amin kepada anak sulungnya itu

"InshaAllah along dah tahun akhir lagi 1 semester habislah"

"Kalau habis"
Sakat Amir

"Daripada kau.....baru tahun ke2 panjang lagi penyeksaan hahahah"

Sekali lagi amir tertawa kecil kerana berjaya memulang paku buah keras,begitulah kehidupan mereka adik beradik saling menyakat antara satu sama lain memandangkan jarak usia mereka hanya 3 tahun

"Mana adik?tak turun makan ke?"tiba tiba amir menyedari ketiadaan adik perempuannya itu

"Adik tidur baru lepas makan ubat maghrib tadi" jelas Hajah Afifah sambil menyua Air ke dalam setiap cawan

"Selalu ke adik demam macam itu?"
Arif mula menayang riaksi gusarnya itu

"Tak adelah biasa aje tu...." Haji Amin menjawab pertanyaan anak bujangnya dengan penuh hikmah



Kau Pergi Where stories live. Discover now