Prolog

32 2 0
                                    

Bunyi deruman ekzos daripada sebuah motosikal Yamaha SYM memecah kesunyian pagi di Taman Tasik Perdana itu.

Setelah mendapat tempat yang sesuai untuk memarkir motornya, dia terus turun daripada motor dan menanggalkan helmet berwarna kelabu itu. Mungkin sekarang telah menjadi trend memakai helmet gaya 'kura-kura' itu.

Tetapi baginya, semua itu karut. Mengapa perlu gadaikan keselamatan semata-mata untuk bergaya? Mengikut trend? Ha esok mati kau ikat kafan ikut trend la jangan ikut syariat.

Setelah memastikan dirinya rapi, dia terus melangkah ke tepi tasik. Mencari di mana lantai rumput yang boleh diduduki. Biarlah duduk atas rumput sekalipun. Sitting on a bench is too cliché.

Jauh fikirannya melayang. Merenung jauh ke dalam tasik. Mengingatkan pelbagai perkara. Tiba-tiba, fikirannya diterjah memori tentang seseorang. Terus mengeluh jadinya. Dia menunduk. Sedih. Penat. Tetapi masih setia menanti.

"Rindu tu ada. Selalu ada. Tapi aku kena faham, kisah hidup kita berbeza. Agak kecil kemungkinan untuk bersama. Tetapi selagi mempunyai kudrat, aku akan terus disini. Menanti. Mana tahu, kalau-kalau kau nak datang balik, kan?"

Tersenyum sendiri dia. Senyum mengejek. Mengejek diri sendiri yang terlalu lama mengharap sehingga membuatkan dia keseorangan sehingga sekarang. Tetapi ada batas harus dia patuhi. Kerana itu dia memilih jalan ini. Dia fikirkan dia akan mampu melalui semua ini. Tapi sayang, lama kelamaan, kemampuan itu hilang.

Dia menjadi lemah tanpa 'dia'.

Astaghfirullah hal 'azim..

"Apa aku fikir ni? Berdosa melebihkan manusia lebih daripada Yang Esa. Sebabtu kau terluka," sekali lagi, dia senyum mengejek.

Pasrah. Kerana itu dia terus menanti. Kerana dia sudah reda. Jika benar 'dia' yang Allah aturkan untukku, kami akan bertemu jua. Dengan kuasa Yang Maha Kuasa.

Ingatkan sekiranya dia kesini, dia boleh tenangkan fikiran. Dia boleh melupakan 'dia' buat seketika.

Seketika? Kenapa tak selamanya?

Agak mustahil. Bertahun si dia berlegar di ruang fikiran. Jarang sekali dia tiada dia benak otak ni.

It's okay. I can take my own time, right?

Dia melarikan pandangan daripada tasik. Terasa seperti ingin melihat gelagat manusia pula pagi ini. Mata melilau di sekeliling kawasan tasik. Pagi-pagi begini ramai orang yang pastinya datang beriadah. Ada yang bersama keluarga, ada yang berseorangan.

Seperti dia sekarang ni. Mungkin tujuan mereka sama, ingin menenangkan fikiran.

Leka memerhati trek pejalan kaki yang sering digunakan oleh orang ramai untuk berjoging, matanya menangkap susuk tubuh seseorang.

Susuk tubuh yang sangat dikenali. Atau dalam kata lain, sangat dirindui.

Melihat daripada pakaian 'dia' semestinya dia sedang berjoging. Dia terus memerhati. Kerana tidak percaya. Kerana dia rindu. Tidak rasa seperti ingin menegur.

Kerana setiap kali pertemuan mereka, hanya dia yang melihat. Mereka saling kenal, tetapi tak kenal.

Entah apa angin si 'dia', dia berhenti daripada lariannya. Kerana dia juga perasan akan dia.

Mata bertemu mata. Kedua-duanya menunjukkan reaksi tergamam.

Mereka kekal dalam keadaan itu untuk entah berapa minit. Masih lagi tergamam. Tak dapat memproses apa lagi tindakan seterusnya.

"Bukan tak pernah berjumpa. Bukan tak pernah bersua muka. Entah mengapa kali ini terasa asing. Aneh. Aku tak akan mulakan langkah dulu. Sudah penat aku merindui dia. Aku harap dia tahu. Aku ingin kau kembali. Kini kau ada di sini. Aku ingin sekali kita berjodohan. Tetapi aku takut. Takut seaindainya aku bertepuk sebelah tangan."

Kerana DiaWhere stories live. Discover now