KD 2

18 1 4
                                    

Maka bermulalah hari ke-2 Diana sekeluarga di Kelantan. Harinya bermula dengan menikmati sarapan pagi di Pasar Siti Khadijah.

Sedang mereka menunggu pesanan, telefon Diana berbunyi menandakan ada whatsapp yang baru sampai. Diana terus membuka aplikasi tersebut.

Unknown Number
Assaalamualaikum, hi! Morning 🌤🌞

Waalaikumussalam hi. Siapa ni?
8.02 a.m. ✔️✔️

Alah, baru malam tadi mintak num. Takkan dah lupa?

Fikirannya melayang pada peristiwa malam tadi. Oh! Mesti ni Rid. Dia melihat profile picture orang tersebut. Gambar seorang budak perempuan.

"Ni mesti budak yang selalu Rid sayang sangat tu. Hebat, sampai buat dp. Haha," Diana teringat pula tentang seorang kanak-kanak perempuan berumur kira-kira 9 atau 8 tahun pada pandangannya.

Rid sering menghantar gambar kanak-kanak itu di dalam laman media sosialnya. Sudah lama dia tertanya-tanya. Siapakah kanak-kanak itu? Seingatnya Rid tidak mempunyai adik beradik perempuan. Dia mempunyai seorang abang dan seorang adik lelaki.

Caption yang selalu Rid letakkan pada gambar kanak-kanak itu adalah seperti

"My bae❤"
"My baby💞"
"Angel🐻💕"

Dan banyaaaak lagi. Tetapi semuanya menandakan yang Rid sangat menyayanginya. Atas sebab apa, dia juga tak pasti.

Telefonnya bergetar. Ada mesej yang masuk lagi.

Fattah Ridhwan

Janganla bluetick Rid

Rid tak suka bluetick hm🙁

"eh dia ni. Apahal manja overdose ni? Ngadenya,"

Nama Rid disimpan dengan nama penuhnya, cuma tiada Mohd sahaja.

Oh, sorry
8.10 a.m.✔️✔️

Aku terleka tadi
8.10 a.m.✔️✔️


Ha tkpe ii. Rid ada sini selalu tunggu Adel🙈

Amboi. Dia ni? Bukan main. Mentang-mentang keluarga mereka saling kenal. Berani betul. Kat sekolah selalunya kedua-duanya mendiamkan diri. Seperti tidak pernah kenal. Dahla balas chat laju je.

Diana taktahu ingin bereaksi bagaimana. Dia menyedut perlahan air teh 'o' ais nya. Walaupun pagi, dia tetap tidak suka minum air panas. Asalnya, dia ingin berikan bluetick sahaja. Tetapi, Rid tidak suka.

Budak dekat dp kau tu sape?
✔️✔️ 8.12 a.m.

Bukan adik kau kan? Sebab muka tksama langsung
✔️✔️8.12 a.m.

Ridhwan agak terkejut dengan penggunaan bahasa Adel. Difikirkan Adel akan menggunakan panggilan seperti 'abang' atau 'Rid'. Rupanya tidak. Dibuatnya Rid itu seperti rakan sebayanya. Tetapi dia tidak begitu kisah. Asalkan dia sudah mempunyai nombor Adel.

Fattah Ridhwan

Dia tu...

Kerana DiaWhere stories live. Discover now