"Hahahahahaha. Haih, dia ni. Buat aku terhibur," Diana menyambung lagi tawanya.
Rakan-rakannya yang sedang mengemas kelas itu memandang ke arahnya. Mana taknya, tiada angin, tiada ribut tiba-tiba dia tertawa. Seram mereka dibuatnya.
Hari ini mereka datang ke sekolah untuk menjalankan proses mengemas kelas selepas seminggu bercuti. Jadinya, kelas agak bersepah dan berhabuk.
Diana bergilir dengan rakannya untuk mengangkat bahan-bahan yang tidak diperlukan. Sekarang masa dia berehat. Sebab itulah dia boleh membalas mesej daripada Rid.
Kehairanan dengan Diana yang tiba-tiba tertawa itu, membawa langkah Aadila Zulfaa kepada Diana. Perasaan ingin tahunya membuak-buak.
Aadila Zulfaa atau lebih dikenali sebagai 'makcik kepoh' adalah antara orang yang sering ditegur Diana. Oleh kerana kelancangan mulutnya berkata-kata. Sibuk ingin tahu berita sana sini, mengutuk itu ini. Paling tak digemari Diana.
'Makcik kepoh' inilah yang selalu tidak puas hati dengan teguran Diana. Walaubagaimanapun, mereka masih berkawan. Entah ada dendam atau tidak, Diana tak pasti. Kerana Aadila adalah temannya sejak sekolah rendah. Sudah cukup faham dengan perangai Aadila itu.
Mula-mula rasa marah juga, tetapi dia selalu ingat kepada idolanya, Nabi Muhammad SAW. Seorang yang selalu sabar dalam menyampaikan dakwah.
"Amboi, bahagianya. Chat siapa tu? " terus Aadila menjalankan sesi 'bawang' nya untuk dijadikan bahan. Persis gaya 'makcik bawang'.
"Oh, Aadila. Ni ha, ada orang gelabah kita dah tahu rahsia dia hahaha," Diana tertawa lagi. Kelakar betul rasanya dapat mengenakan Rid. Gelabah lelaki itu dibuatnya.
Dahi Aadila berkerut seribu. Beribu persoalan suda bermain di mindanya.
"Siapa?" Aadila cuba mengorek lagi rahsia Diana. Dia kenal dengan sifat Diana yang satu itu, cukup mudah berkongsi kehidupan sehariannya. Walaupun pernah kecundang beberapa kali. Masih tak serik.
"Rid," pendek jawapan Diana. Aadila tidak dapat mengagak siapa Rid. Nama yang diberikan terlalu pendek! Tetapi dia yakin Rid itu lelaki. Dalam hatinya sudah menyumpah seranah Diana kerana Diana pernah berkata, tidak manis bagi seorang wanita chatting dengan lelaki bukan mahramnya. Kini, Diana sendiri yang melakukannya!
"Rid? Rid mana pulak ni?"
"Alah, Rid la. Fattah Ridhwan," Gotcha! Senang betul Diana membuka aibnya sendiri.
Sangka Diana, Aadila tidak ambil peduli. Mungkin Aadila akan memahami situasinya kerana Rid itu kawan sejak kecil.Tetapi dia masih perlu menjaga batas. Itu hanya alasan Diana.
"Kau chat dengan dia?" soal Aadila, terkejut.
"Haah,"
"Bukan ke kau kata tak boleh chat dengan lelaki?" Aadila cuba menguji Diana.
"Hm haah. Tapi tulah, aku tak sampai hati nak biarkan mesej-mesej dia. Lagipun, kitorang kawan sejak kecik lagi. Kadang, aku rasa bersalah jugak. Aku tahu apa aku buat ni dosa. Tapi in sha Allah, aku takde perasaaan dekat dia," panjang lebar Diana memberikan alasan mengharap supaya Aadila akan memahaminya.
Tetapi dia salah. Dia lupa perangai Aadila yang suka menitik beratkan kesalahan seseorang. Lagi-lagi seseorang seperti Diana. Yang dirasakannya seseorang yang 'acah alim'.
"Ouh yeke. Hm takpelah, aku sambung kerja dulu. Aku ada kerja nak buat," Aadila menekankan perkataan "ada kerja". Niatnya ingin memerli Diana yang leka bermain telefonnya. Lagi-lagi apabila dia tahu Diana sedang berhubung dengan lelaki!
YOU ARE READING
Kerana Dia
RomanceKerana Dia, aku masih menunggu Kerana Dia, aku simpan hati ini kemas-kemas Kerana Dia, aku hilang semua cinta Semuanya kerana dia.. Masihkah harus aku menunggu? Masihkah harus aku simpan hati ini? Haruskah ku berikan cinta ini pada yang lain? Sa...