Bab 1

19.4K 555 35
                                    

"No mama ! Aisy takkan kahwin dengan pilihan mama dan mama kena ingat , aisy takkan pernah berkahwin dan tak nak berkahwin. Keputusan aisy muktamad !" Kata Aisy Khaizuran terus menaiki tangga menuju kebiliknya. Pintunya dihempas sekuat mungkin

"Adik !" Teriak Pn Hanis iaitu ibu kepada Aisy

"Ya Allah bang , saya penat la layan karenah anak bongsu awak. Sampai bila dia nak jadi macam ni ?" Soal Pn Hanis kepada En Yusuf , suaminya

"Hati dia belum terbuka untuk sesiapa lagi. Kenapa awak nak paksa ?" Soal En Yusuf

"Sampai bila bang ? Abang nak anak kita hidup dengan perasaan dendam selamanya ? Abang sedar tak ? Adik tu dah umur 26 tahun ! Bukannya 16 tahun" kata Pn Hanis terus berlalu kedapur

En Yusuf menggelengkan kepalanya. Hal ini la yang tiap tiap hari dibahas tanpa ada pengakhirannya. Sudah naik botak kepalanya asyik memikirkan hal ini

*****

"So macam mana ? Ara setuju tak dengan keputusan umi dan abi ?" Soal Pn Maira iaitu ibu kepada Ziya Arabela

"Ara ikut je apa yang umi dan abi rasa terbaik untuk Ara" jawab Ziya Arabela

"Alhamdulillah , kira jadi la ni kan ?" Soal Pn Maira kepada En Latif , suaminya

"Jadilah tu awaknya" jawab En Latif tersenyum

"Takpelah umi abi , ara basuh ni dulu la" kata Ziya Arabela terus mengangkat cawan dan pinggan

Ziya Arabela terus menuju kedapur , kata kata umi dan abinya kembali diingati. Ada benarnya juga keputusan yang dia buat kerana tahun ini dia sudah pun berusia 25 tahun. Sudah habis belajar dan bekerjaya jadi sudah tiba masanya untuk dia fikir soal perkahwinan

InsyaAllah , keputusan yang umi dan abinya buat pasti terbaik. Jika tunggu dia sendiri yang mencari jodoh , belum tentu jumpa kerana Ziya Arabela adalah seorang yang warak dan menjaga batas batas pergaulan

Ziya Arabela adalah anak tunggal kepada Pn Maira dan Encik Latif , jadi apa salahnya jika dia menuruti segala kata kata umi dan abinya. Kalau bukan dia , siapa lagi yang mahu menurut ?

"Jika benar apa yang dirancang ini , bantulah urusanku supaya dipermudahkan segalanya Ya Allah. Amin" Doanya dalam hati

*****

"Ah ! Serabut !" Jerit Aisy sambil mencampakkan bantalnya kelantai. Rambutnya dikusutkan

"Kalau bukan disebabkan perangai celaka kau , aku takkan jadi macam ni la sial !" Katanya lagi

Aisy mencapai sebingkai gambar dia tersenyum , kemudian bingkai gambar itu dicampak kedinding menyebabkan gambar tersebut terlerai. Aisy ketawa sepuasnya

"Dik , kau bukak pintu ni sekarang sebelum aku pecahkan" kata Afif Khairuddin iaitu abang kepada Aisy

"Kau nak apa ? Kau tak payah sibuk boleh tak ?" Teriak Aisy

"Kau nak bukak ke nak aku pecahkan ? Lagipun bukan sekali dua aku pernah pecahkan pintu kau ni. Jangan sampai lepas ni muka kau pulak pecah aku kerjakan" Afif memberi amaran

Aisy menumbuk katilnya lalu kakinya melangkah untuk membuka pintu. Walau macam mana pun sikap marahnya menguasai diri , sifat hormat kepada orang lain dia tidak pernah lupa

Afif menggelengkan kepalanya melihat keadaan bilik adiknya berselerak bagaikan kandang

"Apa lagi kau tak puas hati kali ni ?" Soal Afif yang berdiri didepan pintu

"Hal aku !" Jawab Aisy sinis

"Kenapa kau ni keras hati sangat dik ? Disebabkan perempuan macam tu takkan kau nak kecewa sampai mampus ?" Soal Afif , marahnya cuba dikawal

Lelaki Mulut Puaka (Complete) Where stories live. Discover now