Daehan
Darah yang keluar dari hidung aku lap.
Aku usap perlahan gambar ibu yang elok terletak di sudut meja aku.
Pistol glock 22 yang aku curi dari pakcik aku yang merupakan seorang polis aku tenung.
Adakah betul keputusan aku?
Aku menghela nafas perlahan.
Adakah hidup aku yang penuh kesakitan ini harus juga aku akhiri dengan kesakitan?
Aku mengambil pistol tersebut lalu acukan kepala pistol tepat ke tepi kepala aku.
Aku menarik picu perlahan.
Aku menutup mata.Air mata dibiarkan mengalir,memandangkan ini hari terakhir aku.
Badan aku menggigil,sumpah aku takut apa yang akan terjadi jika peluru pistol ini menimbusi kepala aku?
Adakah orang akan sedar das tembakan?
Adakah aku akan mati tanpa orang sedar?
Ting!
Mata aku dibuka perlahan.Pistol yang aku acu tadi aku letak kembali di atas meja.
Aku mengambil phone aku lalu lihat notifikasi yang dipapar.
B.suicidal Hotlines
Sebelum anda mengakhiri hidup anda.
Anda pasti mahu membalas dendam kepada semua yang pernah mengganggu anda bukan?
No worries.
Impian anda pasti termakbul,
Sila layari laman web kami!
Yes/No
Aku mengerutkan dahi cuba memahami isi kandung noti tersebut.
"Betul ke?" soal aku sebelum menekan perkataan 'yes'.
__________
Haejin"Perempuan tak guna!"
Kepala aku terteleng ke tepi,pipi yang ditampar aku sentuh.
Air mata aku mula mengalir.
"M-makcik...."
Makcik memandang aku.Pandangannya tajam menikam.
"Aku dah cakap kau kena layan orang tua tu kan !?" ujar Makcik Kim berang.
"T-tapi Hae tak suka..."
"Kisah apa aku , kau kalau nak duduk dengan aku ikut cara aku!" tengking dia.
Tangan aku menggigil ketakutan.Lagi laju air mata aku mengalir.
"M-maaf makcik,Hae janji yang Hae cari kerja lepas ni.Cuma jangan jual Hae kat orang lagi." rayu aku.
Makcik Kim tersenyum sinis.
"Kau? cari kerja? setakat dapat kerja cuci pinggan tu kau fikir dapat tanggung semua keperluan?"
Aku terdiam.Cuba mencari jawapan memandangkan itu sahaja yang aku mampu lakukan,tetapi tidak.Otak aku kosong.
Makcik Kim menarik tangan aku lalu mengheret aku diruang tamu.
Dia letak payung,hanger,kayu golf dan seterika di hadapan aku.
YOU ARE READING
B.Suicidal Hotlines
Misterio / SuspensoRasa hidup ini sudah tidak bermakna? Rasa diri ini sudah tidak diperlukan? Rasa dunia ini penuh dengan kebosanan? No worries. Persoalan yang anda sering cari akan dijawab. Sila layari laman web kami!