PART 2
Kejinya padaku, pedih. Aku memandang dengan pandangan yang sakit hati, mahu saja aku hiris siat-siat badannya tika itu. Benci bercampur marah, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Ya, aku tahu aku bodoh tapi aku tak busuk hati. Aku masih tahu menghormati. Zainol yang ku pegang sebagai sahabat sejati, hancur menikam bagai nak mati.
Zati, ternyata kau kini telah berpaling kearah teman aku sendiri. Memang sudahku duga kecudang jua akhirnya.
"Pergilah Yusuf, cinta kita sudah berakhir!" ujar Zati kepadaku lagi.
"Sebab syarikat ayah saya jatuh muflis, awak bercinta dengan saya sebab harta? Aku menduga."Ya, awak puas sekarang? Tak ada cinta antara kita."
Kenapa!! Kenapa manusia sangat kejam. Bahagia sangatkah harta itu? Aku mula sebak, namun air mata jantan aku tak mungkin terlepas tika ini. Aku punya maruah. Manusia dengan harta tak dapat dipisahkan. Kenapa semua ini harus ditunjukkan, kenapa kebencian itu harus diluahkan. Tergamak kau Zati.
Ku tinggalkan semalam yang indah
Sememangnya itu tak kuduga
Lamanya berkasih indahnya berjanji
Sanggup sehidup semati
Ucapan semalam kini berlainan
Kau yang dulu kukenali menjadi duri
Tergamaknya hatimu sayang
Menciptakan luka pada aku yang setia
Dahulu kau bisik kalimah
Walau apa terjadi kasih tak berubahYa, terserlah lah keyakinanku padamu ketika itu aku punya harta. Sekian lama bersamamu aku turut segala. Walau ada yang kau inginkan tak pernah aku membantah, walau aku sedar hari-hari mendatang akan berubah jua. Hah, aku pun tahu yang ia akan berubah. Tapi kenapa? Kenapa aku turutkannya jua. Kerana dia cantik, putih, hidung mancung, comel macam muka Korea plus Arab. Semuanya bagai bidadari tapi sayang hatinya penuh dengan ulat durjana. Busuk bagai sampah terbiar.