[10:30p.m |Seoul]
--------------------
Shooter
--------------------##########
Klik!! Sket!
Bunyi senjata api berteknologi tinggi yang dipasang oleh sepasang tangan memenuhi ruangan bilik yang sunyi di dalam sebuah bangunan Hotel mewah di kota Seoul,Korea Selatan.
Srtzzzzz!
*Tut*
Gadget yang tiba-tiba bergetar di dalam poket di bahagian peha menyentakkan lelaki itu dari menumpukan perhatian kepada senjatanya.
"Seok, target dalam perjalanan dan yang lain dah bersedia dalam posisi masing-masing. Pastikan kau bersedia dengan alat permainan kau,aku taknak rancangan ni berkecai. Kau dapat? "
"Huh? As your wish sir" *senyuman sinis terukir pada bibir jejaka kacak ini*
Plak!
*telefon pintar itu diletak ke lantai*Tingkap kaca bilik tersebut dibuka sedikit.Sebuah kerusi ditarik dan jejaka tersebut melabuhkan punggungnya ke atas kerusi tersebut.Lalu mencapai alat permainan kegemarannya.
Hujung senjata yang dipegangnya dihala tepat ke arah dua orang lelaki separuh abad berpakaian kot kemas yang membawa dua beg bimbit kulit berwarna hitam di tangan mereka.
Mereka berada di dalam sebuah bangunan syarikat yang terletak bersebelahan dengan hotel mewah tersebut. Mereka Sedang berbual di tepi kolam renang tanpa mengetahui bahawa mereka sedang diburu seekor binatang buas .
"Goodbye loser".
Senyuman manis diberikan sebelum jarinya menekan picu senjatanya dan melepaskan beberapa das tembakan tepat mengenai kepala dan beberapa bahagia lain pada anggota badan dua mangsanya.Tembakan jarak jauh yang amat tepat dan mampu membunuh mangsa dengan sekali tembakan.
"Mudah. Tch!"
Jejaka itu bangun dari kedudukannya lalu menutup jendela bilik tersebut dan duduk bersila di atas permukaan lantai bilik hotel tersebut yang dialas dengan carpet berbulu yang dihias dengan corak berbelang seperti belang harimau.
Jejaka itu mencapai telefon pintar berjenama Iphone Xs+ miliknya yang berada di sebelah sebuah beg Guitar berwarna ungu yang dijadikan tempat untuk menyembunyikan senjata miliknya dari dikesan oleh orang lain.
Jarinya menari di atas skrin telefon pintarnya untuk mendail nombor seseorang. Butang hijau ditekan lalu skrin telefon ditekap pada permukaan telinganya.
Tut tut tut..
"Oh? Yeoboseyo? " *suara seorang lelaki menyapa gegendang telingannya*
"Mulakan misi kau, aku dah selesaikan misi aku." *Jejaka itu berkata dengan nada mendatar*
Tut. *panggilan dimatikan*
Jejaka itu mencapai beg guitarnya dan memasukkan senjata yang dibawanya ke dalam beg tersebut dan menggalasnya lalu melangkah ke arah sebuah cermin separa besar yang terletak di tepi katil.
Mask berwarna putih bercorak animasi BT21 dikeluarkan daripada poket seluar jeans biru muda miliknya dan dipakai di bahagian muka sehingga hampir menutupi sebahagian dari wajah kacaknya.
Topi hitam yang tersarung di atas kepala ditanggalkan dan menampakkan rambut merah keperangan yang bersinar dibawah pantulan cahaya daripada lampu cermin dihadapannya.Jari jemari runcingnya membetulkan rambutnya yang kusut itu.
YOU ARE READING
[OG] THE SEVEN DEVILS [BTS]
Mystery / Thriller------------********------------ -------------------- THE DEVILS -------------------- ###### "To beat up the good people, that is violence" " aa~hh, , But to beat up the scoundrels.That the justice,Right?." ...