Bab 3

15 0 0
                                    

Hari ini merupakan hari pertama aku memulakan persekolahan di sekolah yang selama ini aku tinggalkan hampir 2 tahun dan juga sekolah yang memberi kesan yang mendalam hidup aku yang dulu.

Smk Seri Permata merupakan tempat yang menjadi bukti perubahan sikap drastik yang berlaku kepada Fiya.Seorang remaja perempuan yang masih mentah dalam menempuhi dunia percintaan di bangku sekolah menengah.

"Fiya dah siap belum?Kita dah nak gerak ni"tanya Rose menyedarkan lamunanku.Sambil tangannya dilambai-lambaikan di pintu.Terlihat figura Rose yang siap berpakaian uniform sekolah.

"Oo ye jap2 lagi sikit lagi nak siap"kata Fiya.Sambil tangannya ligat membetulkan tudung sekolahnya di hadapan cermin.

Rose melangkah masuk ke bilik Fiya lalu melabuhkan punggung di atas katil kepunyaan Fiya."Are you okay?"tanya Rose setelah melihat air muka saudaranya yang sayu.

"I'm okay but Fiya teringat kisah lalu"kata Fiya lalu memeluk tubuh Rose.Rose yang seakan-akan tahu apa yang bermain di fikiran saudaranya terus membalas pelukan Fiya.

"Fiya masa lalu jangan dikenang lagi biar benda tu jadi kisah silam kita.Kita sekarang cuma perlu teruskan hidup dan menjadi hamba Allah yang baik"terang Rose bagi memberi semangat serta motivasi kepada Fiya."Dah sekarang ni siap cepat Abang Erfan dah tunggu kita kat bawah tu nak sarapan sekali"kata Rose lagi.

"Okay Rose turun dululah nanti Fiya ikut turun"kata Fiya bagi membalas kata-kata Rose.Lalu Rose pun melangkah keluar dari bilik Fiya.

"Fiya mana Rose kata nak sarapan sekali pagi ni?"tanya Erfan apabila melihat adiknya Fiya tidak kelihatan."Fiya kejap lagi turun,hah tu panjang umur dia"kata Rose sambil tangannya menunjuk ke arah Fiya yang baru tiba di ruang makan.

"Hah dah jom sarapan nanti karang lambat pula nak ke sekolah dahlah korang baru masuk sekolah hari ni"kata Erfan panjang lebar.Fiya dan Rose hanya membiarkan abang mereka membebel kerana mereka sudah kenal dengan perangai abangnya yang terlalu protective.

Erfan mengetuai bacaan doa makan lalu mereka pun memulakan aktiviti sarapan mereka.Hanya kedengaran bunyi sudu dan pinggan berlaga sepanjang mereka sarapan.

Selesai makan mereka mula bergerak untuk ke sekolah."Hari ni korang nak naik dengan abang sekali atau pergi sendiri"tanya Erfan kepada adik-adiknya."Naik abang jeklah lagi pun boleh save minyak keretakan dan memelihara alam sekitar dari pencemaran udara"kata Rose panjang lebar.

"Orang tanya 1 dia jawab 10,cakap jeklah malas nak drive kereta"kata Erfan dengan nada sinis.Kedengaran suara ketawa Fiya dan Erfan setelah berjaya mengusik adiknya Rose di pagi hari.

Rose membuat muka setelah dikenakan oleh abangnya lalu terus masuk ke dalam kereta milik abangnya tanpa mempedulikan pandangan mereka.

Erfan memulakan pemanduannya dengan penuh cermat."Abang nak tanya Tiara kelas apa?"tanya Rose memecahkan suasana diam di dalam kereta.Rose memang mudah lembut hati apabila bersama dengan orang tersayang.Itu sebab Erfan tidak memujuknya dan hanya membiarkan sahaja hati adiknya reda.

Fiya hanya menunggu jawapan abangnya sahaja."Tiara dia kelas 4 Akaun sama macam korangkan?"tanya Erfan kembali.Kelihatan muka gembira adik-adiknya membuatkan hatinya tenang.Dia berharap adik-adiknya mampu membiasakan diri di sekolah ini setelah sebuah peristiwa berlaku kepada Fiya 2 tahun lepas.

Masuk ke perkarangan sekolah Erfan memarkirkan keretanya di tempat garaj kereta khas untuk dirinya.Terdapat beberapa buah kereta mewah juga bersebelahan dengan keretanya.

Fiya dan Rose melangkah keluar dari perut kereta lalu berdiri menunggu abangnya mematikan enjin kereta.Beberapa orang pelajar mula berbisik-bisik apabila melihat kelibat mereka berdua.Lagi-lagi mereka menaiki kereta yang sama dengan salah seorang ahli 4 Knight Boyz.Group yang merupakan jejaka yang digilai oleh pelajar perempuan di sekolah.

Fiya hanya membiarkan pandangan-pandangan beberapa orang pelajar di situ.Rose juga membuat perkara yang sama.

"Korang abang pergi dulu tau,abang nak jumpa kawan-kawan abang"kata Erfan.Fiya dan Rose hanya membuat simbol okay👌sebagai balasan.

"Fiya jom kita masuk kelas dulu dah tak sabar ni nak jumpa Tiara"kata Rose ceria.Mereka mula melangkah ke kawasan sekolah untuk menuju ke kelas mereka iaitu 4 Akaun.Sepanjang perjalanan ke kelas mereka asyik dipandang oleh pelajar yang ada di sekeliling mereka.Mungkin sebab mereka pelajar baru rasanya.

4 AKAUN

Kelihatan kelas masih lengang dan hanya ada beberapa sahaja pelajar yang sedang melakukan urusan mereka.Mereka melangkah masuk ke dalam kelas dengan senyuman yang terukir di bibir mereka.Reaksi yang baik ditunjukkan oleh rakan sekelasnya.

Datang seorang pelajar perempuan menghampiri mereka dan mengajak mereka untuk duduk dalam kumpulan yang meja yang bukan kepunyaan sesiapa.Pada mulanya mereka hanya menuruti tanpa sebarang bantahan.Setelah mereka melabuhkan punggung barulah mereka tersedar yang pelajar itu merupakan kawan baik mereka,Tiara.

Tiara hanya memandang mereka dengan senyuman manis yang tersungging di bibir.Fiya dan Rose mula bergerak menuju ke Tiara lalu memeluk kawan baiknya itu erat.

"Korang dah lama tak jumpa,rindu beb dengan korang berdua.Bila korang balik Malaysia sanggup eaa tak bagitahu aku"kata Tiara berjela.Rose meletakkan jari telunjuknya di bibir Tiara bagi mendiamkan kawan baiknya.Fiya hanya tertawa melihat adegan Rose dan Tiara.Tiara tersenyum sumbing apabila tersedar keterlanjurannya bercakap.

"Kau ni masih tak berubah-ubah perangai gopoh kau tu"kata Rose."Kitaorang baru 2 minggu balik Malaysia dan kitaorang pun rindukan kau sangat-sangat"kata Fiya bagi menjawab segala pertanyaan kawan baiknya,Tiara.

Tiara mengangguk kepala sebagai balasan.Mereka mula berbual-bual sehingga muncul seorang pengawas lelaki memberi arahan kepada mereka untuk mula berkumpul di dewan perhimpunan.Mereka mula mengemas tempat mereka dan bergegas keluar dari kelas sebelum nama mereka dicatat oleh pengawas tersebut.

Tiba di dewan perhimpunan semua pelajar diarahkan untuk duduk di barisan kelas masing-masing sementara menunggu ketibaan guru-guru.Suasana di dalam dewan seperti di pasar tani.Tiba-tiba suasana yang riuh menjadi hening tanpa sebarang bunyi kecuali bunyi derapan kasut yang datang dari arah pintu belakang dewan.

Fiya menoleh ke arah pintu untuk mengetahui siapa gerangan tersebut."Tiara kenapa diaorang diam tiba-tiba jek ni tadi bukan main bising siapa yang datang tu?"tanya Rose.

"Oo itu pengawas senior tapi semua guru dan pelajar sekolah ni gelar diaorang 4 Knight Boyz"kata Tiara bagi menerangkan pertanyaan kawan-kawan baiknya.

Muncul 4 figura pengawas lelaki dari arah pintu belakang yang berjalan dengan penuh karisma dan muka yang serius ditampilkan.Mereka menuju ke atas pentas tanpa mempedulikan pandangan pelajar lain.

"Fiya tu bukan Abang Erfan ke?"tanya Rose lagi."Haahlah tukan abang.Wow famous eaa abang kat sekolah ni"kata Fiya riang.Tiara hanya menggeleng kepala melihat telatah kawan-kawannya.

"Korang tak tahu ke abang korang ahli 4 Knight Boyz iaitu jejaka yang digilai oleh pelajar-pelajar perempuan sekolah ni?"tanya Rose bagi menjawab pertanyaannya."Tak pernah tahu"jawab Rose sambil matanya masih memandang 4 figura itu di atas pentas.

"Kalau korang nak tahu ketua 4 Knight Boyz ni ketua pengawas nama dia Adam,ahli kedua abang korang Erfan yang ketiga Ariff dan keempat Aliff.Lagi satu kalau korang nak tahu Ariff mata dia warna coklat dan Aliff warna biru"terang Tiara lagi.Rose menganggukkan kepala.Fiya pula hanya diam sahaja kerana bagi dia lelaki semuanya sama kecuali walid dan abang Erfan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 29, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kerana Dia Penawar HatiWhere stories live. Discover now