ONE SHOT!
"Ayah, ayah! Tolong!" Pierre berlari keluar dari biliknya dan terus melompat dibelakang ayahnya yang duduk di sofa. Luhan yang membaca surat khabar terkejut apabila anaknya meloncat dan memeluknya dari belakang. Anak lelaki yang berumur 7tahun itu tidak melepaskan pelukan.
"Pierre, kenapa ni? Sakitlah belakang ayah," Luhan cuba lepaskan diri dari pelukan anaknya yang seakan mahu mencekiknya sehingga putus nafas. "Pierre, ayah tak boleh nak bernafas."
Pierre mengeleng kepala dicelah tengkuk ayahnya. "Tak nak. Ada benda dalam bilik saya. Saya takut." suara kecilnya hampir berbisik di telinga Luhan. Luhan menghela nafas panjang sambil mengerling anaknya.
"Apa bendanya?" tanya Luhan, dia tak percaya anak lelaki yang dibela selama tujuh tahun ini masih takut untuk tinggal di bilik sendiri. Sejak dia dan Jae Young bercerai, Pierre diletakkan di bawah jagaannya. Walaupun mereka sudah bercerai, mereka masih rapat demi kebaikan anak mereka.
Perlahan-lahan dia berbisik pada ayahnya, "A-ada benda dalam bilik saya. Saya nak tidur dengan ayah malam ni, boleh?"
"Pierre, ayah dah cakap Pierre dah besar. Sekarang Pierre kena tidur sendiri." kata Luhan sambil mengurut kepala anaknya yang masih terlentok dibahu.
"Tak nak!"
"Pierre..." Dia mengeluh, "Okaylah. Tunjuk dekat ayah apa benda yang ada dalam bilik tu." Luhan bangun dari kerusi dan menuju ke bilik anaknya. Pierre yang takut-takut, memegang hujung baju ayahnya sambil berjalan dibelakang.
Luhan membuka pintu dan Pierre berdiri jauh sedikit dari pintu biliknya. Dia menoleh pada Pierre yang menyuruhnya untuk masuk. Mata Luhan berpusing sambil mengeleng kepala, melayankan saja permintaan anaknya itu.
"Ya Tuhan! Ini bilik ke gua?" Melopong mulut Luhan melihat bilik Pierre yang bersepah-sepah. Baju kotor dan bersih ada merata-rata seperti timbunan bukit kecil. Kalau permainan, jangan cakaplah. Luhan tepuk dahi sambil di mencangkung depan pintu. "Pierre, kenapa bilik awak ni macam lepas kena puting beliung?"
Dengan muka tidak bersalah, Pierre menghenjut bahu sambil tersenyum. "Tak de masa nak kemaslah, ayah. Cepatlah! Nanti benda tu lari keluar pulak."
Sememangnya tidak pelik pun jika ada benda lain akan hidup di antara timbunan baju, permainan dan sampah dalam bilik yang berkurun tidak berkemas itu. Luhan masuk ke dalam diikuti Pierre. Pierre naik di atas kerusi belajarnya sambil ayahnya cuba berjalan di antara permainan yang bersepah di atas lantai.
"Sia-siamang!" Luhan hampir menyumpah, tapi sedar yang anaknya ada disitu, sambil dia melompat kecil apabila kakinya terpijak sebiji lego yang terbiar di atas karpet.
"Ayah. Ayah mencarut ke?" tanya Pierre.
"Siamang tu binatang hutanlah." jawab Luhan.
"Iyalah tu." Pierre angkat kening, memandang ayahnya.
Mata Luhan mengerling ke atas sekali lagi. Budak bertuah, ada saja jawabnya.
"Ayah! Ayah! Sana tu, sana! Bawah tu!" Pierre menjerit sambil menunding ke arah bawah katilnya. Luhan berpusing-pusing mencari kehadiran 'benda' yang pecah masuk bilik anaknya. Dia perasan sesuatu sedang melarikan diri ke dalam bawah katil. Luhan tunduk untuk melihat.
Dia cuba mencapai dengan tangan dan menarik keluar sesuatu dari bawah katil. Mukanya berkerut apabila dia melihat stokin tidak berbasuh yang dipegangnya, "Pierre, dah berapa lama benda ni ada bawah katil?"
"Entah." pantas dia menjawab.
Luhan mencampak stokin itu jauh-jauh dan cuba melihat sekali lagi. Dia gterkejut apabila ternampak sesuatu yang bersinar sedang memandang tepat ke arahnya. Apabila Luhan terus memandang, 'benda' itu pantas menerpa ke arahnya. Luhan pantas bangun dan menjerit.
YOU ARE READING
Exo papa saya tapi mama saya lagi hebat!
FanfictionSeekor labah-labah Seorang kanak-kanak Tujuh orang lelaki dan seorang wanita Komedi abad ini!