Sebelum baca vote⛤ la dulu...penat sis update....😍😅
'HA HA HA......"Dia ketawa kegirangan. Perlahan-lahan album gambar itu diselaknya. Dia terus menuju ke halaman terakhir yang masih kosong. Sekeping gambar dikeluarkan dari meja soleknya. Gambar dia bersama dengan Dani. Gambar yang diambil semasa mereka mula-mula bercinta. Huh! Konon!
Dia memasukkan gambar itu ke ruangan yang kosang tadi. Bila dikira kembali gambar yang berisi di dalam album itu baru berjumlah tiga puluh lime keping. Bermakna 35 keping hati telah dikecewa. Ah, dia tak kira! Berapa banyak gambar yang dikumpul, dia puas bila melihat hati lelaki kecewa...
"Poor Dani...."
Itulah ayat lazim yang selalu dia ucapkan sesudah dia mempermainkan hati lelaki. Album gambar tersebut ditutup lalu dimasukkan ke dalam laci meja soleknya. Hmm.......siapa pula lepas ini,? Dia perlu mencari 'mangsa' baru untuk meleraikan kebosannya. Sekali gus mencari kepuasam baru. "Argh! Aku tak boleh macam ni. Jom kita.....jalan jalan cari mangsa!"
"Awak nak ke mana ni?" Tegur aiza yang baru keluar dari biliknya. Kalau tak salah, teman serumahnyaa ini baru sahaja pulang. Takkan mahu keluar semula?
"Awak ada rupanya. Saya ingat awak belum balik kerja lagi. Saya nk keluar sekejaplah. Boring....."
Berubah air muka aiza. Dia tidak sedap hati. Kalau orang lain menyebut perkataan itu, dia tak kisah tetapi, kalau teman rumahnya ini menyebut perkataan itu maknanya.....
" awak putus cinta lagi?" Soal aiza. Dia mengeluh bila melihat teman serumahnya itu mengangguk perlahan.
"Sampai bila?" Aiza menarik tangan teman serumahnya itu supaya mereka sama-sama duduk di kerusi rotan. Dia merenung muka selamba gadis yang telah menjadi teman serumahnya sejak sembilan tahun yang lepas.
"Sampai bila-bila. Awak tak payahlah asyik nak tanya soalan yang sama. Sekali-sekala tanyalah soalan lain sikit. Soalan yang mencabar minda ke...."
"Hmph! Tu nak corner cerita lain la tu. Saya ni bukannya apa. Saya cuma risaukan awak. Kerja yang awak buat ni, ada risikonya. Macam mana kalau sesuatu jadi kat awak nanti? Susah hati saya ni.
"Jangan risau. Tahulah saya macam mana nak buat. Selama hari ni pun elok je. Takkan ada apa apa pun berlaku. Saya bukannya nak cakap besar. Lagipun saya tinggalkan diaorang tu semua bersebab tau. Awak jangan risau, ya." Dia memeluk bahu aiza, terharu dengan kebaikkan aiza.
Kk bye guys... nanti sis update balik okey...sorry sis jarang update...sis baru lepas exam....kena la fokus
YOU ARE READING
jangan percaya cinta
Romancekerana peristiwa hitam itu dia tidak percaya pada cinta.Kerana peristiwa hitam itu dia berdendam dengan lelaki.Kerana peristiwa hitam itu dia mempermainkan lelaki atas nama cinta.Dan melihat kaum lelaki rebah tersungkur di kakinya membuahkan kepuasa...