"Ha.. sebenarnya..." Aku dengan wajah yang serius menanti pengakhiran kata kata ayahanda tersyinta.
"Kitorang nak korang berdua jadi flower boy and flower girl untuk anak kawan appa." Appa mendepakan tangan sambil tersenyum lebar.
"Wut? Tu je?" Aku dan Donghyuk masing masing menayangkan poker face.
"Ha tu je lah. Yang Donghyuk kata tadi tu nanti nanti la ye. Biar omma appa fikir masak masak dulu." Sempat lagi appa menyakat.
"Appa!" Muka aku yang asalnya biru.. eh colour peach berubah kemerahan macam buah epal. Malu weh malu. Donghyuk cuma menunduk.
"Ehehe." Appa tersengih macam cengkerang yang sudah direndam dalam clorox. Gigi perghhh putih. Kalau buat iklan ubat gigi gerenti lumayan hasilnya.
*****
"Omma, Rin pergi dulu."
"Rin, tunggu." Langkah aku terhenti bila mendengar panggilan dari hyung ku yang tersayang lah 'sangat'.
"Jom, hy.. oppa hantar pergi sekolah."
"Jinjja?! Yeahh!!" Okay.. seya seyang hyung seya. Woohoo!!
Dalam kereta...
"Apa mimpi hyung malam tadi tetiba nak hantar Rin ni?"
"Mimpi Rin kahwin dengan Dong..." PAP! Satu tamparan aku hadiah di lengan empuk milik Wonho hyung.
"Auch! Sakitla budu!" Lengannya diusap.
"Ha, carut! Rin bagitahu kat omma!"
"Ehh mana ada carut!"
"Ehh nak tipu pulak."
" Apa? Apa hyung sebut tadi? Ha cer sebut balik."
"Hyung sebut budu tadi!"
"Eh mana ada. Hyung sebut berudu! Ha, Rin carut! Ayokkk! Balik nanti hyung repot kat omma." Eh eh hyung ni.
"Ish la!" Aku merajuk. Sampai depan sekolah pun aku still senyap.
"Makseh driver!" Segera aku keluar dan tutup pintu. Aku yakin sekarang hyung tengah menyumpah seranah aku dalam kereta sebab panggil dia driver. Padan muka. Buat orang merajuk lagi.
Aku berjalan dengan langkah 'ayu' ke kelas.
"Cuba jalan elok elok sikit. Ni terkangkang, kau ingat koridor ni kucing kau punya?" Aku menoleh. Eh eh Donghyuk la.
"Sukati aku la. Hak aku. And haah aku ingat koridor ni hamster aku punya." Donghyuk pandang aku. Apa? Nak gaduh?
"Dasar tak serupa yeoja. Perangai cam namja." Gumamnya. Kau pikir aku pekak ke? Tak dengar? Ok even aku agak pekak. I think la.
"Oh ya? Kau pulak sebijik perangai macam mimi peri." Aku terus cau sebab aku tahu nanti dia akan kejar aku.
"Rin!" Jerit Donghyuk yang dah ditinggalkan jauh di belakang. See? I told you. Fight me.
Aku berlari dengan kepantasan kilat even pakai skirt. Nasib pakai seluar pendek. Ape ape? Jangan macam macam dengan gua ok. Nanti gue tumbuk lu punya muka kasi libam itu sebelah.
Aku masuk ke kelas dengan langkah anggun. Ceh, padahal dah semput sebab lari pecut. Dah boleh jadi atlet ni. Ufufu.
-TBC-
Ai don no wat i taiep in dis cepter. Makin lama makin mengarut. Aniwe hop u gais hev fan wail riding dis ff la ok?
P/S: Sekiranya terdapat kesalahan fakta, maafkan saya sesungguhnya saya bukanlah seseorang yang mengetahui semua benda.
young_shin_park demimu ku sanggup update wasehh 😹
YOU ARE READING
Falling In Love
FanfictionSeorang anti yeoja namun kini berkawan baik dengan seorang yeoja. Hmm complicated jugak.