0 - Kisah Aku

39 1 0
                                        


أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ

Ash Hadu An La Ilaha IllAllah Wa Ashadu An Na Muhammadan Abduhu Wa Rasuluh

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan (yang sebenar) melainkan Allah, dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah Pesuruh Allah


Itu adalah tutur kata ku yang paling jelas kedengaran ketika aku dan ramai lagi manusia lain yang  sedang memerhatikan kejadian menakjubkan yang berlaku di atas kepala kami semua. Sukar untuk dibayangkan apa yang bakal terjadi selepas ini. Namun aku mula sedar, yang ini mungkin adalah pengakhiran buatku dan juga mereka. Itu perkataan terakhir aku mampu sebut sebelum pandangan mataku mula terasa pedih dengan kemunculan asap-asap putih berdebu yang datang bersama dengan object dari langit itu. Perasaan bercampur baur antara sedih dan gembira, namun apa yang pasti aku terasa terlalu banyak penyesalan didalam diriku. Dadaku mula sesak dan aku menangis dalam kepulan-kepulan asap itu.

Alangkah baiknya sekiranya aku lebih bersedia untuk menghadapai semua in. Namun aku akhirnya reda dengan apa terjadi.


Komet pertama jatuh ke bumi itu di saksikan oleh jutaan manusia. Ini adalah satu permulaan bagi mereka yang masih hidup.


Adakah aku masih diberikan peluang untuk hidup di dunia yang serba cantik ini? Atau adakah kehidupanku sebagai manusia akan berakhir? Mungkin juga ini semua sekadar mimpi. Namun apa yang mampu aku buat sekarang adalah berdoa mengharapkan sesuatu yang baik dari Tuhanku - Allah SWT. 


Ya Allah Ya Tuhanku. Aku memohon perlindunganmu dan bantulah aku dalam situasi yang aku tidak ketahui. Aku memohon agar engkau tunjukkan aku jalan kebenaran dan sentiasa membantuku dikala aku dalam kesesatan dunia dan akhirat. Aku memohon agar aku tidak termasuk kedalam golongan hambamu yang tidak mampu diselamatkan lagi dan akan kekal di dalam Neraka mu buat selama-lamanya. Aku mohon bantuan dan pertolonganmu Ya Allah Ya Tuhanku. 


Aku terus menutup mata dan pernafasan ku mula perlahan... 



MALAPETAKA - AKHIRTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang