1 - kisah Dhia

30 1 0
                                    

Mereka bergembira tatkala malam menjelma. Setelah penat bekerja pada siang hari, mereka mulakan aktiviti malam dengan kegembiraan dan yang paling utama adalah melepaskan lelah pada hiburan.

Setiap hari hiburan menjadi peneman buat mereka. Siang malam hiburan tanpa henti. Ramai yang menjadi leka dengan hiburan yang semakin berkembang pesat selari dengan kemajuan teknologi.

Buat mereka yang masih ada ruang untuk mengingati Tuhan sang pencipta alam pula mengambil peluang selepas kerja dengan beribadah dan berdoa serta meminta hajat dan taubat darinya. Namun bilangan manusia in semakin berkurangan.

Kerana mereka juga turut menjadi mangsa hiburan tanpa henti dunia. Ataupun mereka menjadi mangsa kepada masalah-masalah yang berpunca dari duit.


*****


Malam itu Dhia Irdina dikejutkan dengan bunyi-bunyian yang kuat dan berbeza-beza. Ia seperti bunyi yang pelik dan menakutkan. Dhia bangun dan berjalan dari katilnya menuju ke arah tingkap bilik untuk mengetahui apa yang berlaku. Langsir tingkap dibuka dan pokok-pokok bergoyang seolah-olah sedang menari sambil ditemani oleh sang angin yang kuat sepertinya ada ribut sedang melanda kawasan perumahannya.

Takut dengan perkara itu, Dhia bergegas lari menuju ke bilik ibu dan bapanya. Namun apabila sampai disana, Dhia kecewa dan bersedih. Dhia baru teringatkan sesuatu, Ibu bapanya masih belum balik dari kampung neneknya di Melaka.

Angin kuat pada malam itu menjadi semakin ganas dan ia turut disertai dengan air hujan yang mula membasahi kawasan rumahnya yang sebelum in menjadi kawasan tempias jerebu dari Indonesia.

Bunyi pokok berlaga sesama pokok lain kedengaran lebih jelas dan ada satu bunyi kuat pada zink atap rumahnya. Takut dan panik dengan keadaan itu, Dhia berlari naik ke biliknya dan bersembunyi didalam selimut sambil berdoa kepada Allah agar dilindungi dari segala macam bencana dan kecederaan. Dhia juga turut berdoa untuk keselamatan ibubapanya dan juga kawan-kawannya.

Malam itu Dhia terlena dalam doa pada sang pencipta Tuhan sekalian alam.


'Tolong Dhia ya Tuhanku. Dhia takut dan semoga Allah tolong jaga Dhia dan kaum keluarga berserta dengan sahabat-sahabat Dhia. Berikan ketenangan dalam diri Dhia agar mampu terus berdoa padamu malam ini.'


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 09, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MALAPETAKA - AKHIRWhere stories live. Discover now