"assalamualaikum mairah"aku terdengar suara yang lembut sedang memanggil aku dari luar rumah. Aku membangkitkan tubuh badanku dan melangkah kearah nya.
Pintu rumah aku bukak kedua wajah ibu bapa aku terpancar "walaikumusalam umi ,Abi maaf umai tengah baca buku"balas ku dengan ramah dan perlahan.
Puan Hajah Adira senyum semanis gula termaksud Tuan Haji. Akmal "Tak pe mairah umi faham !" Balas umi lalu aku menyalami kedua belah tangan ibu bapa ku .
Aku diarahkan untuk menyediakan makanan . Dapur tempat yang sesuai untuk dimasak dan untuk menghidangkan makan . Sambil memasak aku memandang jam dinding dengan sekilas pandangan "2:59 lagi seminit nak pukul 3" aku meletakkan beberapa lauk pauk diatas meja .
Semua hidangan sudah aku hidangkan time up untuk aku panggil umi dan Abi ."Umi Abi makanan umai dah siapkan" ujar aku kedua belah ibu bapa ku yang sedang menonton Upin dan Ipin dibukan Ramadhan.
Puan Hajah dan Tuan Haji terdengar terus bangkit dari melabuh kan punggung "Terima kasih ye sayang!" Ucap umi . Abi jarang bercakap bapak aku lebih suka berdiam umi cakap Abi memang pemalu dan pendiam jadi aku faham.
"Umai pergi dulu umi Abi"aku menyalami kedua belah ibu bapa ku .Aku menjejakkan kaki ke tanah dan bergerak menaiki kereta kancil . Enjin kereta dihidupkan seatbelt aku pakai walaupun kawasan aku nih kampung tapi undang-undang tetap kita kena patuh.
Dengan bacaan bismillah dan doa menaiki kenderaan aku selamat sampai ke destinasi yang dituju. Pintu kereta aku kuak dan aku
keluar dari perut kereta ."Assalamualaikum " salam aku bagi ke tuan punya rumah beg galas aku turunkan dan dijinjing kan. "Walaikumusalam haa umairah mari masuk kelas dah nak mula" ajak ustaz Adam ke aku yang berada diluar rumah.
Aku balas dengan senyuman lalu melangkah mendaki tangga yang mempunyai 5 anak tangga. Aku memandang Kelanang dan kekiri ramai yang sudah sampai aku mengambil tempat duduk aku.
"Baiklah ustaz nak kamu semua baca surah yang semalam kita baca" aku membelekkan muka surat Al-Quran . Setengah jam masa untuk kami semua menghafal dan membaca tamat sahaja kitorang semua berangkat pulang ke rumah masing-masing.
"Assalamualaikum Yana" sapa iman Daniel ke aku yang baru nak membuka pintu kereta aku " Walaikumusalam Daniel "balas aku dengan senyum disebalik purdah.
"Awak dah nak balik ke "soal nya aku mengangguk tanda betul aku mahu balik "kalau macam tu jom lah sekali saya pun nak pergi rumah awak jugak mama cakap umi ngn Abi dah balik" laju betul mak si Daniel nih tahu yang Abi ngn umi aku baru balik dari Kuala Lumpur.
"Jom hari pun makin senja tak elok kita lelama"Daniel menangguk tanda setuju apa yang gadis purdah itu beritahu sebentar tadi. Gadis itu mempunyai aura yang sangat mulia dan berhati suci .
Aku menghantar Daniel ke depan rumah "Terima kasih atas masakan tadi ,masakan awak tak pernah mengecewakan saya balik dulu asalamualaikum jumpa awak esok" aku senyum.
"Walaikumusalam "balas aku lalu memerhati kelibatnya Daniel yang sudah hilang dari pandangan aku. Pintu rumah aku tutup disertakan dengan mengunci tombol pintu.
"Mairah sayang sini sekejab umi nak cakap"panggil umi aku bergerak kearahnya yang sedang duduk diruang tamu.
Aku melabuhkan punggung disofa single . Puan hajah dan Tuan Haji memandang sesama sendiri "umi dengan Abi dah bincang dengan Paksu kamu yang kami berdua nak hantar mairah ke kl untuk belajar disana" aku membulatkan mata .
YOU ARE READING
Muslimah Wife
Romance"apa kata kau cuba taken budak baru tu" "Hy nak kenal boleh" "walaikumusalam " Siapa yang tidak terpikat dengan suaranya Nur Umairah Ellyana seorang perempuan yang cukup matang ,pandai mengambil hati sukar untuk didekati . Semua lelaki ditolak deng...