Sampai Hati Awak,

63 5 2
                                    

"hurm bosannya takde Khairul"
"Kalau time-time macam ni mesti aku selalu pergi rumah dia lepak"
"Perlu ke aku mintak maaf?...hmm mintak maaf jelah" kata aku.

Semasa dalam perjalanan kerumah Khairul, aku ternampak Sam seperti sedang menunggu orang.

"Eh Sam! Ape kau buat kat sini?" Tanya aku.

"Uh a-aku nak beli barang sekolah" jawab Sam.

"Babyyy lama ke u tunggu..sorilah tadi kedai ais krim beratur panjang sanga-"
"Eh siapa perempuan ni baby? Selekehnya" tanya perempuan itu.

"Oh ni ex saya, dia ajak getback"
Jawab Sam tanpa rasa kesian.

"Ex? Getback? Eee kau ingat laki ni nak sangat ke dengan perempuan macam kau ni, dahla selekeh !" Jerit perempuan itu lalu meletakkan ais skrim itu ke atas kepala aku.

"Sampai hati kau buat macam ni Sam.."
"Sampai sini jelah hubungan kita."
Kataku lalu beredar dari situ.

Aku berjalan pulang ke rumah. Hatiku rasa seperti kosong..

*PON PON PON*

Aku ternampak kereta yang laju memandu ke arahku.

"Woi bahaya Elisa!" Jerit seseorang sambil menolakku.

Aku berasa sangat terkejut. Aku memandang ke arah lelaki yang menyelamatkan aku itu.

"Kh-Khairul?" Bisik hatiku.

Aku melihat terdapat banyak darah di badan dia. Dia tidak bergerak. Orang yang ada disekeliling itu memanggil bantuan.

"WEYH KHAIRUL BANGUN!"
"BANGUN PLEASE ! AKU ADA BANYAK BENDA NAK CAKAP" jerit aku sambil menangis.

Aku lalu pengsan.

"Elisa.. Elisa.. Elisa.." aku terdengar ada orang panggil nama aku.

"Ni aku Khairul"

"Kau tak perlu risau , aku okay je"

"KHAIRUL!" Aku menjerit namanya kuat kuat.

"Elisa.. akhirnya kamu dah bangun.. mak risau tahu tak" kata makku dengan muka yang risau.

"Mak.. elisa kat mana ni?" Tanyaku

"Kamu di hospital sudah 4 jam kamu pengsan" jawab makku lagi.

"Mak mane Khairul?!"
"Dia okay tak?"
"Nak jumpa dia" kataku sambil turun dari katil dan mencari dia.

Aku ternampak bilik Khairul. Aku segera masuk ke bilik itu..

"Khairul!" Jerit aku.

Lalu mak Khairul menampar aku.

"Ini semua salah kau! Kalau dia tak selamatkan kau mesti dia tak jadi apa apa!" Jerit ibunya itu.

*Tok tok tok*

Doktor masuk dan memberitahu bahawa salah satu ginjalnya rosak akibat blablabla.
Ibu Khairul mula risau. Doktor itu keluar setelah memberitahu hal itu.

"Uhm doktor, boleh tak saya nak derma ginjal saya? " Tanya aku.

"Oh boleh, tapi betul ni awak nak derma?" Tanya doktor itu.

"Ye saya pasti,"
"Tapi jangan bagitahu kepada sesiapa tentang ini" kata aku.

"Baiklah, pembedahan itu akan dilakukan esok"

Doktor itu pun beredar. Aku ternampak mak Khairul keluar dari bilik itu sambil menjeling aku lalu aku ke bilik Khairul.

"Weh Khairul, sorry tau sebab akulah kau jadi macam ni .. kenapa kau selamatkan aku? Ha kenapa ! Bagitau kenapa kau selamatkan aku! Aku nak sebab! Tahu tak bertapa rindunya aku kat kau bila 4 bulan aku tak jumpa kau.. aku takda niat pun cakap aku benci kau weyh.. hmm kau nk tahu tak ? Sebelum kemalangan tu kan, aku  baru je tahu Sam Curang.. hmm takpe aku tak kisah.. ye aku tk kisah.. langsung tak kisah ! buat ape nak  kisah kan.. *air mataku mula menitik* hmm weyh Khairul , aku tahu kau boleh dengar suara aku , aku suka kau ..*aku ternampak air mata mula keluar dari matanya* dari dulu aku suka kau, sejak first time kita jumpa, ha time tulah aku suka kau , tapi mesti kau benci aku , sebenarnye an Sam bagitahu aku yang kau selama ni benci aku, benci perangai aku , benci muka aku , aku macam betul ke ni? Betulke kau benci aku? Betulke!? Aku tanya ni jawablah! Betulke kau benci aku.."
( https://youtu.be/YMJZJMIQLVw )

Seorang jururawat menyuruh aku ke bilik asal.

*Esok pagi*

"Mak ?"
"Oh lupa mak mesti dah balik" bisik hatiku.

Doktor yang aku jumpa semalam ketut pintuku.

"Uhm Elisa kan?" Tanya doktor itu.

"Ye saya,"

"Dah sedia nak buat pembedahan?"
Tanya doktor itu.

"Sudah.."

Hampir 6 jam operasi pembedahan dan pemindahan itu berlangsung.
Khairul tersedar manakala aku masih koma akibat pembedahan itu.

"Mama?" Tanya Khairul.

"Ye sayang?" Mak khairul itu jawab lalu memeluk anaknya itu.

Doktor yang sama mengetuk pintu.

"Hai maaf menggangu, saya mahu beritahu semasa sesi pembedehan semuanya baik baik sahaja," kata doktor itu.

"Uhm doktor, boleh saya tahu siapa penderma itu? Tanya Khairul.

"Penderma itu sudah menyuruh saya tidak memberitahu kepada sesiapa tetapi , kalau kamu tanya, saya akan bagitau.."

"Siapa doktor?!" Tanya Khairul lagi.

"Penderman itu ialah Elisa Syakyra." Jawab doktor itu

"Ha ape?!"

Lebih Dari Kawan ?Where stories live. Discover now