Dari semalam satu panggilan ataupun pesanan tiada dari Suraya. Dan hari ini Fateh tidak begitu betah di prjabatnya. Dia gelisah sendiri. Tidak pasti apa yang terjadi pada Suraya selepas dia berlalu begitu sahaja semalam. Ingin menelefon, dia malu. Dia malu dengan perlakuannya semalam. Apa nak jawab kalau Suraya bertanya.
Ego sangatkah diri aku? Mencintai namun tidak menyatakan? Betul ke begini cinta? Sudah lama aku tidak merasa perasaan seperti ini. Hati tenang bila menatap wajahnya. Sue, apa kau buat pada hati aku ni?
Fateh serabut. Dari semalam dia tidak tenang. Dia membelek jam di tangan. 12 tengahari. Dia keluar dari biliknya.
"Saya keluar jap. apa apa hal call je saya nanti." Fsteh memberi pesanan pada atikah. Dia menuju ke parking kerrtanya dan memandu menuju ke pejabat suraya.
Sampai disana dia terserempak dengan Zafran.
"Ahhh bagus kau ada sini. Suraya mana? Puas aku call dia, tak berangkat."
Fateh terdiam.dia seperti sedang memikir. Tanpa berbicara dia terus melulu keluar.
"Ehh Fateh, kau nak kemana? Aku tengah cakap dengan kau ni."
Fateh berjalan menuju ke keretanya. Zafran mengekori langkah fateh. Dia pun tergesa gesa masuk duduk di bahagian penumpang depan.
"Aku nak ikut jugak kau cari Suraya."
Fateh mengerutkan dahi. Apa kene Zafran ni. Tak pernah pernah nak ikut aku kemana mana. "Apa ni Zaf. Aku bukannya nak mencari Suraya."
"Aku tahu kau tahu dimana Suraya. Dah cepat jalan." Zafran memandang kedepan.tangan disilang kedada.
Fateh membawa kereta dengan hati yang sembam Dah la tengah memikirkan hal Suraya. Dan sekarang Zafran pulak berkelakuan pelik. Kenapa dia tiba tiba nak tahu suraya di mana? Penting sangat ke Suraya pada company papa tu? Sampaikan baru sehari ketiadaan Suraya, zafran seperti cacing kepanasan mencari Suraya. Ahhh lantak kau lah Zafran. Sekarang aku harap Suraya tidak apa apa.
Kereta dipandu laju membelah jalan raya. Dia memasuki perkarangan apartment miliknya yang diduduki oleh Suraya. Tanpa berlengah Fateh terus menuju ke arah lift. Zafran setia dibelakangnya.hanya mengikut langkah fateh.
Pintu rumah dibuka dan terus masuk ke dalam.
"Sue" berkali kali panggilan dipanggil namun pemilik nama tidak jugak menyahut. Fateh berjalab menuju ke bilik namun langkahnya terhenti.
"Kau tunggu luar.jangan masuk" arah fateh pada Zafran.
"Ehh kenapa ak tak boleh masuk? Apa beza kau dengan aku? Sama je tetap bukan halal untuk dia."
" Aku suruh tunggu luar, tunggu saja lah. Apa apa pun aku penjaga dia." Pintu ditutup. Zafran berasa baran sedikit dengan tingkah Fateh. Zafran berdiri di luar pintu setia menunggu kelibat dua makhluk di dalam bilik itu.
Sementara itu Fateh di dalam bilik melihat Suraya berselimut terbaring di dalam bilik. Fateh menghampiri katil dan duduk diatas katil. Bahu Suraya digoncang. "Sue. .bangun. tengahari dah ni. Tak kan merajuk sampai macam ni sekali." Suraya tetap kaku disitu. Wajah Suraya ditelek. Bibirnya pucat. Fateh menyentuh pipi Suraya. Fateh terkejut. Badan suraya panas."sue. . Panas ni. Kau demam" fateh gelisah. Selimut yang membaluti badan Suraya dibuka. Fateh mencari sweater milik Suraya di dalam almari. Dicapai dan dipakai pada badan Suraya. Suraya hanya terkaku diam. Ada sedikit gigil di badannya. Terlampau panas badan Suraya. Pintu dibuka. Fateh berlari menuju ke katil kembali dan mendukung suraya. Zafran dibalik pintu terkejut.
"Kenapa dengan Sue?"
"Cepat. Kunci semua pintu. Dan ambil kunci kereta dalam poket seluar aku.kita ke klinik segera." Zafran pantang diberi arahan. Tapi tetap diikutinya juga.
YOU ARE READING
Jagakan Dia Untuk Ku
RomanceKaseh Suraya Ahmad Zarul Al-Fateh Siti Ameena Amni Zulaikha Nur Amira Zafran Suraya dan fateh baru sahaja kehilangan pasangan masing2 dalam sebuah kemalangan. suraya dan fateh adalah menantu kepada En Zamarul dan pn Azimah. sila ikuti kisah biras ya...