Episod 3

719 43 5
                                    

Aku kemudian menunggu di luar bilik hotelku. Bilik aku bersebelahan dengan biliknya sahaja. Entah kerja amal apa yang dia mahu aku lakukan hari ini pun aku tidak pasti.

"Jom,"

Aku memandang dia, "Kita berdua, je?"

"Sepatutnya sekali dengan ayah. Tapi bila ayah tahu saya ajak awak, dia biarkan saya pergi seorang," ujar dia dan aku mengangguk, "Nah," dia menghulurkan sebuah beg tote padaku. Saiznya tidak begitu besar.

Aku capai tanpa banyak cakap. Kemudian kami sama-sama ke pintu lif untuk turun ke bawah. Aku buka sedikit beg itu untuk melihat isinya. Ada biskut berpaket dan juga gula-gula.

Apabila tiba kami di dataran Masjid Nabawi, aku mula terlihat Iman menghulurkan biskut di dalam beg totenya kepada orang ramai. Terutama kepada pekerja yang bekerja di masjid ini.

Melihat dia yang melakukan itu, aku juga turut memberi biskut dan gula-gula yang berada di dalam beg toteku. Tersenyum mereka sambil mengucapkan terima kasih apabila mendapat makanan walau tidak seberapa. Tidak sampai 30 minit, habis biskut dan gula-gula di dalam beg tote aku dan juga Iman.

Kami kemudian duduk di dataran sementara menunggu waktu magrib yang berbaki lagi satu jam lebih. Iman menghulurkan aku secawan air.

"Zamzam?"

Dia menggeleng, "Tak la. Air kosong dekat paip tu je. Saya malas nak masuk keluar masjid,"

Aku mengangguk. Entah kenapa tiba-tiba aku gembira lakukan ini, "Kenapa awak bagi diorang biskut dengan gula-gula tu?" soal aku ingin.

Dia angkat bahu, "Dah jadi rutin setiap kali saya datang sini,"

"Berapa kali dah awak buat umrah?"

"Masuk kali ni dah tiga kali. Medina?"

"Ini first," aku kemudian meneguk sedikit air itu, "Kenapa awak tak cakap yang awak anak Ustaz Zul?"

"Kenapa? Kalau saya bagitahu awak saya ni anak Ustaz Zul, awak tak akan sombong dengan saya? Macam tu?" soal dia. Eh, dia cakap aku sombong?

Aku melepaskan keluh, "Saya tak sombong okay! Saya cuma tak selesa dengan lelaki. Especially yang baru kenal,"

Iman senyum, "Tak apalah. Saya faham. Saya ingatkan Medina kenal saya. Sebab Mateen dengan Mikhael kenal saya. Uncle dengan aunty pun kenal saya,"

Aku menggeleng, "Malangnya saya tak kenal awak siapa,"

Dia ketawa kecil, "Tak apa. Inilah masanya untuk kita berkenalan," ujar dia. Matanya dialihkan kepada orang India yang berada di hadapan kami, "Awak nak tau satu cerita?"

"Cerita apa?"

"Pasal orang India yang datang buat umrah,"

"Ha?"

Iman senyum, "Kebanyakan orang India bukan orang senang. Jadi mereka tak mampu untuk bayar pakej umrah melalui agensi,"

"Maksudnya? Dia datang sendiri?"

Iman mengangguk, "Duit yang diorang kumpul tu cukup-cukup untuk tambang pergi balik dan juga makan minum dekat sini,"

"Habis tu diorang tidur dekat mana?"

"Awak tengoklah tu," dia menjuih bibirnya ke arah sesuatu.

Aku melihat dua orang lelaki berbangsa India sedang berbaring tidak jauh dari kami. Mereka tidur di masjid?

"Diorang tidur sini. Beriktikaf di masjid. Kalau awak tak percaya, awak datanglah sini pukul dua tiga pagi. Mesti awak akan nampak diorang tidur dekat sini," ujar Iman lalu dia teguk air yang berada di dalam cawan.

Aisya Medina (OG)Where stories live. Discover now