BEEN THROUGH

12 0 0
                                    

Di pondok yang kecil, dia menanti kedatangan seseorang dengan penuh kesabaran dan penuh debaran. Hati memang rasa gelisah sangat-sangat. Sebelum dia pergi, ungkapan ini perlu diutarakan sebelum diri merana. Merana seumur hidup.

"Aku masih perlukan kau sebagai kawan aku dunia akhirat. Jangan pernah lupakan aku kalau dah ada seseorang. Ingat, kat sana berlambak lelaki yang kau akan hadapi. Jadi berhati-hati dan dalam masa yang sama belajar tu penting. Azam kan diri kau untuk menjadi seorang pensyarah yang berjaya. Itu yang aku pesan." Lembut nasihat diberi. Penuh rasa ikhlas.

Masing-masing berbalas senyuman. Ucapan tidak terhingga diberikan. Akhirnya, masa itu pergi jua.

You shine like the stars

You light up my heart

***

Kelam kabut Malik mengemas barang-barang tukangan. Waktu sudah berganjak ke pukul 6.15 minit petang. Janjinya pada seseorang sudah terlewat.

"Apa barang yang mak pesan tu? Aduh boleh pula lupa." Rungut dia di atas motor. Kedai runcit menjadi hala destinasinya.

Sesampai sahaja di depan kedai runcit Pak Jalil, tongkat motor ditongkatkan menjadi satu lantas bergegas melangkah ke kedai runcit.

Lelaki kan, aci redah je beli barang. Asalkan barang itu selamat dibeli dan berada di depan mata. Yang penting boleh digunakan.

Alhamdulillah. Bila barang diletakkan di atas meja, suara bebelan Ibu tidak kedengaran. Memang betullah itu barang yang disuruh beli.

"Ibu nak masak apa ni?"

Kerusi kayu ditarik. Dia memerhati sahaja perlakuan Puan Asmah mengeluarkan beberapa barang basahan. Sayur, ikan bilis, bawang besar, bawang kecil. Puan Asmah meletakkan ikan tenggiri ke dalam singki.

"Lauk biasa je, Mal. Kita ni bukan berduit sangat. Ini aje yang mampu."

Malik hanya tersenyum. Dia pun sudah tahu keadaan kehidupan mereka.

"Alhamdulillah. Mal bersyukur apa yang ada. Kita boleh hidup dah mujur. Mal masuk bilik dululah. Nak mandi." Ucapnya.

"Yelah."

Keesokan pagi, Malik bersedia untuk bekerja. Di sinilah rezeki dia selama dua tahun. Rezeki sebagai anak pekebun getah. Cukup baginya. Alhamdulillah.

Selesai sahaja tugasnya, dia berehat di pangkin pondok yang dibinakan dengan kudrat Malik sendiri. Memerhatikan keadaan kawasan pencarian nafkah Malik untuk dia sekeluarga.

"Alhamdulillah, bukan senang untuk mencari pekerjaan seperti ini. Ekonomi semakin merundum. Jadi aku tidak mahu memilih pekerjaan. Sudah dapat pekerjaan seperti ini pun, aku amat bersyukur." katanya ketika duduk melepak bersama Karim, rakan sekerjanya.

"Aku pun rasa bersyukur dapat kerja kat sini. Lagi-lagi bila jumpa dengan kau. Kau macam bagi aku inspirasi" puji Karim seraya memandang sekilas wajah Malik.

"Apasal kau cakap macam tu. Aku ni apa yang ada." cuba merendah diri.

"Ala kau ni, aku suka gaya kau bekerja. Penuh konsisten. Tak ada nak makan gaji ke. Bila waktu rehat dan kau rehat. Aku kagum lah."

"Yelah sangat. Itu depan mata kau. Belakang? Entah-entah aku pi tidur sekejap. Aku bukan manusia sempurna. Kekadang ada jugak aku keluar balik rumah."

Karim terdiam mendengar kata-kata daripada Malik. Menyusup hati agaknya. Masing-masing berdiam diri sambil duduk termenung.

Panas terik memancar terkena wajah Malik, dia berganjak ke tepi. Terlalu lama mereka beristirahat di pangkin, Malik meminta diri.

CERPEN BEEN THROUGHWhere stories live. Discover now