<B16>

38 3 0
                                    

🎶 up up baby don't give~~~ wake me up baby don't give~~~ go up up ba-🎶

Tangan Jihyo ralit mencari telefon Iphone XSnye untuk mematikan alarm pada telefonnye yang rancak memainkan lagu Wake Me Up-Twice.

'erghh... malasnye nk bangunnn' keluh Jihyo dalam hati.

Seusai sahaja Jihyo bangun dan merenggangkan segala sendi-sendinye,  tiba-tiba Jihyo tersenyum sendiri kerana teringatkn kejadian malam tadi.

Throwback

"Pengumuman!! pengumuman !! sebentar lagi akan bermulanya acara tari menari ! di minta kepada senior-senior untuk mencari pasangan dan WAJIB menyertainya. Pemenang akan di pilih melalui keserasian dan kesweetan korang. Para junior-junior pula WAJIB mengundi dan memilih pasangan fav korang!!! SEKIAN Selamat mencari pasangan"kata Mc majlis iaitu ketua pengawas.

"Wehh... wehh... wehh acara utama dh nk start  dh wehh... jom jom cepat masuk dewan balik" Nayeon mengajak Jihyo,Mina dan Momo dalam keadaan kelam kabut.

"Ehh... lek ahh, kabut2 buat ape bukan laripon acara tuu. Lagipon acara tu start lagi 20minkan. Nak cari pasangan lagi, ishh bawak bersabau" bebel Jihyo yang geram dengan sikap kelam kabut Nayeon itu.

"Hehehe... okay lhh okay lhh. Sorry ahh aku terlebih exited tadi"

Nayeon hanya menayangkn gigi bunnynye yang comel itu.

"Ermm... jomlhh sambung jalan-jalan mane tahu dapat jumpa pasangan ke untuk menari nanti enn" cadang Jihyo lalu menarik MiNaMo beredar dari pondok berhampiran padang itu .

Hampir 10min mereka merayau-rayau kerana ingin mencari budak-budak senior untuk dijadikan pasangan mereka nanti namun mereka hanya jumpa beberapa budak junior melepak dan berdating sahaja. Syarat acara itu pula mestilhh senior berpasangan dengan senior.

"Ishh... dh 10min kite cari budak-budak senior ni, kaki aku pon dah naik lenguh duk pusing-pusing satu sekolah ni.Mane diorang nyorok ni.. selalu ade jer melepak dekat-dekat sini" keluh Mina sambil mengurut-urut kakinye.

"Aku pon dh tak larat nak jalan lagi ni. Jomlah masuk dewan balik, mane tahu diorang duk lepak dalam tu jer kan. Lagipon kejap jer lagi acara tu nak start. Tak dapat join pon kite boleh jadi penonton kat meja belakang nanti enn" cadang Momo dengan muka yang agak kepenatan.

Setelah mereka sampai di dewan, para pasangan telah pon bersiap sedia di tengah-tengah dewan tersebut.Mereka pula hanya duduk di meja belakang memerhati setiap gerak geri pelajar-pelajar disitu.

Makin lama makin ramai yang sudah dapat pasangan... meja sebelah yang tadi penuh, kini sudah tiada orang hanya mereka berempat sahaja yang belum dipelawa untuk dijadikan pasangan.

Dalam beberapa minit kemudian KimK, Jaemon dan Yoongji datang menghampiri meja Jihyo, Momo dan Nayeon. KimK memberi satu topeng mata kepada Jihyo tanda ingin  berpasangan dengannye. Jaemon pula memberi gelang tangan couple kepada Momo. Yoongji pula hanya memberi sapu tangan yang sama warna dengannye kepada Nayeon.

Mina pula sudah berpasangan dengan Minseok sepupu kepada Soyeon. Manakala Soyeon pula berpasangan dengan Seunggi yang merupakan ketua kelas dan bfnye sendiri.

Jihyo memakai topeng mata tadi lalu di bawa ke tengah-tengah dewan untuk bersiap sedia. Sebelah tangan KimK terus merangkul pinggang Jihyo menyebabkan Jihyo sedikit terkejut lalu menolak badan KimK kebelakang .

"Sorry, izinkan saya?" pinta KimK sedikit bersalah kerana tidak meminta kebenarannye terlebih dahulu.

Jihyo menenangkn hatinye lalu mengangkat sebelah tangannye seperti ingin meletakkn di atas bahu KimK , KimK yang ternampak itu terus merangkul kembali pinggang Jihyo lalu menarik semula badan Jihyo agar dekat dengannye.

Jihyo hanya menurut sahaja, otaknye juga tak dapat berfungsi dengan baik akibat terlalu gemuruh. Denyutan jantungnye juga makin lama, makin laju seperti ingin terkeluar .

"Pandai menari?" soal KimK pendek dengan riak wajah yang dikawal .

"Bo..bolehh si..sikit-sikit" perlahan saja Jihyo membalas cukup untuk mereka berdua sahaja yang dengar.

*MUSIC ON*

Lama mereka berdiam diri hanya fokus pada menari sahaja, KimK memberanikan diri untuk memulakan perbualan.

"Awak, saya nak tanya sikit boleh?" KimK meminta kebenaran takut-takut Jihyo tidak selesa pula dengan perbualannye nanti.

"hmm?" Jihyo mengangkat sebelah keningnye tanda dia tidak berapa dengar ape yang KimK katakan.

Lalu KimK mendekatkan mukanye ke arah Jihyo, hanya beberapa inci sahaja bibir mereka ingin bertemu. Jihyo hanya terkaku dengan tindakan KimK itu.

"Saya nak tanya, awak dh ade bf ?" soal KimK ingin tahu.

"Takde" Jawab Jihyo pendek kerana masih kekok berbual dengan lelaki yang tidak dikenalinye itu.

"Ohh... Cantik awak malam ni " puji KimK dengan suara yang agak romantik.

Jihyo terus menundukkan kepalanye akibat malu dengan pujian KimK tadi. Dengan tidak sengaja tangan Jihyo menyentuh dada KimK dan dapat Jihyo rasakan denyutan jantung KimK yang laju seperti baru lepas marathon. Cepat-cepat Jihyo mengalihkan tangannye ke tempat asal.

Tanpa mereka sedari, ade beberapa orang pelajar yang memandang mereka dengan penuh perasaan marah dan dendam.

*MUSIC OFF*

"Kepada para peserta sila stay bersama pasangan masing-masing dan terima kasih atas penyertaan anda semua. Kepada para junior pula sudah mengundi pasangan mana paling sweet ?!!!" petah Mc tersebut berbicara.

"Dahh!!!" jawab pelajar junior serentak.

"Okayy!! Tanpa membuang masa lagi, mari kite umumkan pemenang bagi acara ini adalahh!!!" sengaja Mc itu melambat-lambatkan pengumuman ingin mendebarkan lagi para peserta.

"Pemenangnye adalahhhh!!!! pasangaaannn!!!! bertopeng mataaaaa!!! berikan tepukan gemuruhhh!!" bergegar satu dewan Mc itu mengumumkan pemenangnye dengan serentak lampu spotlight dihalakan ke arah KimK dan Jihyo yang masih lagi berpegangan tangan.

"Ehhh... kita lahh!!! Wahhh!!" akibat terlampau gembira KimK dan Jihyo menjerit serentak lalu Jihyo melompat memeluk KimK dengan spontan KimK menyambut Jihyo dan berpusing-pusing di tengah-tengah dewan.

"Uuuuuuu!!!!!" satu sekolah bersorak apabila ternampak kejadian itu.

Mereka yang baru sahaja perasan akan tindakan mereka, terus sahaja meleraikan pelukan mereka. Merah padam muka mereka apabila terdengar usikan-usikan pelajar disitu.

"Kepada pasangan bertopeng mata sila naik ke atas pentas untuk menerima hadiah" Kata Mc tersebut.

KimK dan Jihyo terus menuju ke atas pentas untuk mengambil hadiah. Selepas sahaja turun dari pentas KimK memberikan hadiah itu dan juga hadiah darinye kepada Jihyo. Belum sempat Jihyo ingin berterima kasih, KimK sudah pergi meninggalkan dewan itu.

End Throwback

"Unnie!!!! bangunnn!!!! turun makan!!! nanti omma bisinggg!!!" jerit Minji di depan bilik Jihyo.

"Yee... yee jap lagi unnie turun!! ishh kacau jer lhh" jawab jihyo lalu bergegas ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Tbc*

(C) CIRCLE LOVE || I Love You Penerima Coklat !!! ||Where stories live. Discover now