<B22>

25 2 4
                                    

"KimK!!!! KimK!!!! Bapak kau datang!! Bapak kau datang!!" Jaemon merempuh pintu pejabat KimK.

"Uishh... terkejut aku. Haa ade ape??"soal KimK sambil mengurut dadanya.

"Bb-bap-bapak kau datang. Dia dah ade dalam bilik mesyuarat tuu" jawab Jaemon gagap.

"What!!!??? Bapak aku datang!?"muka KimK terus sahaja bertukar bengis dan masam.

Jaemon hanya membuntuti KimK ke bilik mesyuarat dan hanya tertunduk tak berani nak melihat muka KimK seperti mahu makan orang itu.

'Paakkk' KimK yang baru sahaja masuk bilik itu terus terkena sebuah file hasil campakan Tuan Kim iaitu ayah KimK. Dahi KimK sedikit terkoyak dan berdarah akibat terkena bucu file tersebut.

"Macam mana kau uruskan syarikat ni KimK!!!! Aku baru bagi kau pegang tak sampai setahun!!! Dah jatuh saham syarikat aku!!!"lantang sahaja suara Tuan Kim. Satu bilik tak berani mengeluarkan suara.

"Ade satu syarikat baru masuk linelah appa. Lagipon Kiem belom pasarkan produk baru kita tu"

"Aku tak kira!!! Kau sebagai pemilik syarikat sepatutnya kenalah peka dengan sekeliling!! Aku nak kau naikkan balik saham kita!!! Fahamm!!!" Naik seoktaf suara Tuan Kim.

Tuan Kim dan ahli-ahli lembaga pengarah lain bersurai tinggallah KimK dan Jaemon sahaja di bilik mesyuarat itu.

"Kau ok tak? Nak aku panggil doktor, dahi kau tu macam teruk jer tu" soal Jaemon ternampak darah di dahi KimK masih mengalir.

"No!! Dah kau pergi buat kerja kau.. bagi aku ruang" jawab KimK keras.

Jaemon terus berlalu tanpa banyak cakap.

"Arghhh!!!!"abiss satu bilik mesyuarat bersepah akibat kemarahan KimK.

KimK terus berlalu keluar dari syarikatnya lalu mendapatkan kereta Honda NXSnya. Laju saja kereta KimK meluncur meninggalkan pengkaran syarikatnya.

Hari semakin gelap, serabut kepala KimK fikirkan tentang syarikatnya. Tanpa berfikir panjang. KimK terus memasuki club malam yang berdekatan.

Bunyi bising di dalam club itu tidak di endahkan KimK. Seorang pelayan datang menhampiri KimK yang agak kusut itu.

"Yes sir?"soal pelayan perempuan yang memakai pakaian tidak cukup kain.

Lama KimK merenung lurah dada pelayan perempuan itu yang agak menonjol.

"Sir!?"

"Yes yes, bagi aku ape-ape air yang boleh hilangkan stres aku ni" lalu KimK mengeluarkan sejumlah duit dan beri kepada pelayan itu.

"Alright" pelayan perempuan itu sengaja memegang dada sasa KimK sebelum pergi.

Satu botol, dua botol, tiga botol, 4, 5, 6 dan seterusnya. Berbotol-botol KimK teguk, kini dia dah hilang kewarasan dirinya.

Tekaknya terasa ingin memuntahkan sesuatu. Terus sahaja KimK berlari keluar club itu sehingga terlanggar sekumpulan samseng.

"Woii!!! Kau buta ke!!"seorang lelaki berbadan agak tegap memegang KimK.

"Sorry.. sorry" ucap KimK separa sedar.

"Banyak kau punya sorry" terus sahaja lelaki itu memukul KimK di luar club sehingga lunyai.

KimK sudah terbaring dengan separa sedar.

*****

"Korang!!! Hyo nak pergi 7E dulu. Korang ade nak kirim ape-ape tak?"soal Jihyo yang sedang menuruni tangga.

(C) CIRCLE LOVE || I Love You Penerima Coklat !!! ||Where stories live. Discover now