Bab 2

224 23 6
                                    

"Argh!"

Alfi menjerit kesakitan. Pandangannya jadi berbalam-balam dek menahan kesakitan yang tak tertanggung.

"Berhenti!"

Alfi menjerkah. Namun tiada siapa yang mempedulikannya.

"Diam! Jangan ingat sebab kau pandai pelajaran dan silat, jangan ingat kau boleh belasah kawan aku!"

Buk!

Buk!

Buk!

Alfi yang semakin lemah hanya mampu terbatuk-batuk keluarkan darah sewaktu Busu menghadiahkan tiga biji penumbuk ke perutnya.

Dia hendak melawan tapi dia tak berupaya untuk melakukannya.

Walaupun bisikan itu semakin kuat menyuruh dia bangkit untuk melawan balik, Alfi tetap tak mampu.

Penangan dipukul dengan kayu softball beberapa kali membuatkan dia tak berdaya untuk melawan.

"Hei!"

Busu cengkam kuat rambut hitam lebat Alfi, menyebabkan dia terdongak memandang ke arah Busu yang sedang merenung tajam ke arahnya.

"Kau tahu tak, disebabkan kau Harraz kena tahan wad? Disebabkan dia cuma acah nak tikam kau guna pisau lipat, kau belasah dia sampai dia nyawa-nyawa ikan? Nak letakkan kau dalam penjara pun tak boleh sebah kau bijak berkata-kata. Kau buat macam Harraz bersalah 100% dalam hal ini tapi hakikatnya benda ni kecil je pun!"

Puih!

Busu meludah wajah Alfi.

"Pergi mati!"

Busu terus menyepak kuat perut Alfi, sebagai penyudah kepada sesi membalas dendam dia.

Alfi rebah ke atas tanah sebaik rakan-rakan subahat Busu melepaskannya.

"Dia betul. Kau memang patut pergi mati! Dahlah pelik, gila pula. Tiba-tiba sahaja boleh berubah personaliti dari pendiam kepada ganas, kau memang minta nak tempah katil dalam hospital sakit jiwa kan? Aku doa mak dan ayah kau campakkan kau ke dalam hospital bahagia!"

Buk!

Tanpa belas kasihan, Shahril terus menyepak kawasan yang sama seprti Busu.

Dia memang dah lama berdendam dengan Alfi.

Tak dinafikan Alfi yang dikenalinya sejak mereka berada di tingkatan satu memang seorang yang serba-boleh.

Namun personaliti dan pemikiran Alfi amat menjengkelkan dia!

Ditambah pula dengan tingkah laku Alfi yang tiba-tiba bertindak menumbuk mata kanannya sewaktu dia mengacah Alfi dengan cubaan tikam dia dengan sudu.

Dendamnya bersarang dalam hati melihat Alfi bebas tanpa sebarang tindakan. Malah dia pula yang terkena. Tak pasal kena kejar dengan ayah bersama parang sebab bergaduh di sekolah.

"Aku tak nak cakap banyak. Cuma sebagai mangsa..."

Attis yang sedari tadi mendiamkan diri mula berbicara sambil mata tajam menikam wajah Alfi yang bengak dan penuh lebam.

"Yang pernah terkena dengan kau!"

Tanpa berfikir dua kali, Attis terus memijak telapak tangan Alfi.

"Argh!"

Alfi menjerit saat Attis bertindak memijak telapak kanannya berkali-kali tanpa henti.

"Aku nak kau rasa apa yang kami rasa!"

"Argh!"

Darah mula bersemburan keluar dari mulut saat kaki kanan Attis hinggap di perutnya.

"Puas hati aku. Jom. Biar dia mati dekat situ!" ujar Attis sambil tersenyum puas sebelum mereka bertiga terus melangkah pergi, meninggalkan Alfi yang semakin lemah keseorangan di lorong.

Turun naik dada Alfi menarik nafas bagi mengurangkan kesakitan dan menenangkan otak.

Suara bisikan itu masih ada, masih setia suruh dia bangkit dan bunuh mereka yang bertindak membelasahnya.

Namun Alfi tak terdaya. Pukulan demi pukulan yang diterima menyebabkan dia langsung tak berdaya.

"Alfi?"

Alfi mengecilkan matanya, cuba untuk mengecam manusia yang bertindak duduk bertinggung di tepinya sambil meneliti keadaannya menggunakan cahaya lampu jalan.

Tangan kanan diangkat sedikit, ingin memohon pertolongan sebelum dunianya terus berubah gelap.

Anugerah Daripada Tuhan [EV] √Where stories live. Discover now