34

9.6K 512 8
                                    

Aku tunggu di luar. Zafran masih di dalam bilik, sedang melakukan pemeriksaan.

Aku sudah tidak mampu bertenang. Sesekali aku memandang pintu. Mengharap doktor keluar dengan berita yang mampu melegakan aku.

Aku memegang telefon. Masih keliru antara mahu call mami atau tidak.

Sedang asyik berfikir, seorang doktor menghampiri aku.

Pantas aku bangun mendekatinya.

" Ahli keluarga Encik Zafran? " soal doktor itu.

Aku mengangguk. " Macam mana keadaan suami saya? " laju aku bertanya. Sudah tidak sabar.

Doktor yang bernama Arif itu tersenyum. " Suami puan tidak apa-apa. Serangan gastrik selalunya berlaku apabila diri dalam keadaan stress, tidak menjaga pemakanan dan lain-lain lagi. Tetapi keadaan Encik Zafran tidaklah terlalu serious. Cuma saya mahu tekankan, dalam keadaan begini, waktu pemakanan amat penting. Jika tidak, serangan seperti ini pasti akan berlaku lagi dan jika berterusan, ia akan menjadi lebih kronik. " terangnya panjang lebar. 

Aku tersentak. Kepala aku angguk. Faham dengan penerangannya.

" Kalau tiada apa-apa lagi, Puan boleh ambil ubat di counter dan boleh pulang. "

Aku senyum kelat. " Terima kasih doktor. "

Dia membalas senyuman. " Sama-sama. Tugas saya. " Doktor itu berlalu pergi.

Aku berjalan perlahan-lahan kembali ke kerusi. Kata-kata doktor sebentar tadi masih terngiang-ngiang di kepala aku. Terasa seperti sebiji batu besar menghempap diri sendiri.

Mata sudahpun bergenang. Aku menahannya daripada jatuh.

Zafran keluar daripada bilik Doktor itu.

Laju aku mengelap air mata. Tidak mahu Zafran melihat aku menangis. Aku menghampirinya. Tangannya aku pegang. Memimpin dia berjalan.

Aku berhenti di counter. Menyelesaikan pembayaran dan mengambil ubat. Setelah selesai, aku memapahnya lagi masuk ke dalam kereta.

Pandangan pelik Zafran aku biarkan.

Sepanjang perjalanan masing-masing diam. Biarlah. Aku lebih tenang seperti ini. Aku focus memandu sehinggalah tiba di rumah.

Pintu kereta dibuka. Aku membantu Zafran masuk ke dalam rumah. Aku terus membawanya masuk ke dalam bilik.

Zafran aku baringkan. Selimut ditarik hingga ke dada. Setelah nampak selesa, aku pusing. Ingin keluar daripada bilik. Memberi peluang Zafran berehat. Dia masih belum pulih sepenuhnya.

Zafran sempat mencapai tangan aku. " Teman aku. "

Mata dipejam. Aku menarik nafas. Perlahan-lahan aku menolak tangan Zafran. Tangannya aku letak disisi kembali.

" Rehat. Ada benda aku nak buat. Nanti dah siap aku kejut. " tiada intonasi. Aku berjalan keluar daripada biliknya.

Laju aku berlari masuk ke dalam bilik. Air mata tidak dapat ditahan lagi. Laju dia meluncur turun.

Sakit. Ya, itu yang aku rasa sekarang. Sakit melihat Zafran menjadi seperti itu disebabkan aku.

Rasa berdosa dan bersalah menghantui diri. Aku tak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik. Disebabkan aku, Zafran jadi seperti ini. Disebabkan aku, Zafran sakit.

Langsung aku tidak tahu Zafran mempunyai sakit gastrik. Tiada seorang pun yang memberitahu aku. Disebabkan kecuaian aku, Zafran kembali sakit.

Air mata yang turun aku lap. Aku punca dia sakit. Dan aku juga perlu merawatnya.

Encik Penulis, Miss Photographer!Where stories live. Discover now