40

10.2K 450 10
                                    

Hello gais, HAHAHAHAHAHA sorry. Haritukan, aku nak update. Pastu kan, pastu line aku lambat. Pastu pulak aku lupa nak update. Sorry 😂

" Sayang taknak beli jugak ke? " tanya Zafran. Sebelah tangannya mengenggam erat tangan aku. Sebelah lagi memegang paper bag hasil tangkapannya hari ini.

Aku merenung seketika. Berfikir. " Taknak la. Malas, penat. " memang akhir-akhir ini aku asyik penat sahaja. Banyak sangat bekerja kut. Biasalah, pulun sebelum raya.

" Ala mana boleh macam tu. Jom, abang belanja " tangan aku diheret oleh Zafran masuk ke dalam salah satu butik.

Kaki aku melangkah malas. Sampai sahaja, Zafran terus meneroka butik itu. Mencari baju yang sesuai untuk disarung oleh aku.

" Nah, cuba yang ni " Zafran memberikan baju kurung pahang berwarna mint green itu kepada aku.

Aku ambil lalu masuk ke dalam bilik persalinan tanpa banyak bunyi.

Aku pandang cermin sekilas. Lawa jugak. Pintu bilik aku buka. Terpempang muka Zafran di hadapan pintu.

Tangan aku depakan sedikit. Aku memandang Zafran. Cuba bertanya pendapatnya tanpa sebarang suara. Kening aku jongketkan.

" Cantik! Nak hug ke ni? "

Aku membuat muka. Ceit! Itu pulak yang dia fikir.

Pekerja yang berada di tepi tersenyum.

Aku masuk kembali ke dalam bilik persalinan. Menyalin pakaian.

Lol, selalunya perempuan paling susah nak cari baju.

******
" Abang, jom balik? " ajak aku.

Zafran melihat jam tangannya. " Awal lagi. "

Aku mengeluh. " Sara penat la. " kaki aku hampir-hampir tercabut ya bila berjalan dengan Zafran ni. Semua nak tawaf. Jenoh ceni.

Zafran berhenti. Dia memandang wajah aku lama. Aku membalas pandangannya. Kening aku jongketkan. Apa?

Zafran mengheret aku ke kerusi. Tangannya laju menyinggah ke dahi. " Sayang tak sihat ke? " riak mukanya mula bertukar risau.

Tangannya aku jatuhkan. " Sara sihat la. Penat sikit je. Banyak kerja tak siap. " kerja belambak-lambak. Sampai kena bawak balik rumah untuk siapkan.

" Betul ni? "

Aku mengangguk perlahan. Tangannya aku rangkul, kepala dilentokkan ke bahu Zafran.

" 5 minutes, then wake me up "

Zafran tersenyum. Kepala aku diusap lembut. Tidurlah sayang.

Akhirnya aku betul-betul terlena. Wow, amazing me.

******
Tangan lincah melipat baju dan masukkannya ke dalam bag. Tidak lupa juga baju-baju Zafran. Bawak satu bag dah la.

Zafran sibuk menulis di sebelah. Bilik kerja ada, tapi sibuk menyempit atas katil ni jugak. Alasan dia 'jauh-jauh nanti rindu'. Rasa nak sekeh-sekeh je. Ngengada!

Aku duduk tegak. Tangan yang lincah melipat kain tadi terhenti.

" Sambung la buat kerja tu. " Zafran bersuara.

" Tak boleh nak sambung. "

" Kenapa? " Zafran mendongak. Melihat aku yang sudah hampir kejung.

Tangannya yang melingkari pinggang aku tampar. " Sebab ni la. "

Zafran sengih. " Ala kejap je. "

" Taknak la, Sara geli la macam ni. " aku sudah meliuk-lentok menahan geli. Kalau peluk sahaja macam selalu itu takpe jugak, ni tangan sibuk nak geletek orang. Ada yang jatuh katil ni kang.

Encik Penulis, Miss Photographer!Where stories live. Discover now