"You buang semua design ni, I tak nak tengok design sampah macam ni"
jerit seorang gadis dari dalam butik mewah miliknya.Alya. Tengku Alya Adriana bukan hanya cantik pada namanya tetapi juga cantik pada wajahnya. Tapi sayang, Alya cantik pada wajah tetapi tidak pada sikapnya yang angkuh dan suka memandang rendah kepada orang bawahannya.
"I nak you all buat balik harini dan hantar kat I by today. I don't care you all tidur or tak"
Alya melangkah keluar dari butiknya dan melangkah ke arah kereta Audi R8 miliknya dan terus meluncur laju tanpa menoleh kebelakang
. . .
"I menyampah betul lah dengan pekerja bawahan I ni, lembap nak mampus suruh buat benda simple pon tak boleh, bodoh !" Alya mengomel kepada rakan baiknya Syafinaz.
Syafinaz Mikayla. Rakan baik kepada Alya. Mereka bagai isi dengan kuku tetapi mereka ibarat langit dengan bumi. Syafinaz lebih sopan dan ayu orangnya dan selalu bertolak ansur dalam semua perkara berbeza dengan alya yang angkuh dan bajet tahu semua perkara tu haha
"Apa you membebel ni Alya," Syafinaz kurang berminat mahu melayan karenah kawannya yang kekwat tu. Bukan dia tak tahu perangai rakan baiknya tu macam mana.
"You ni macam tak minat je tau apa yang I story kat you. I mintak design yang simple je yang ada unsur fantasy and magical tu pon dorang tak boleh buat. Susah la kalau ada pekerja lembap macam ni"
"You ni garang sangat lah. cuba chill sikit. lek lu sap kok luh hahahaha" gurau Syafinaz sambil menyuap spaghetti Bolognese ke dalam mulutnya.
Pakkk
dengan selambanya Alya mengetuk kepala Syafinaz dengan kuatnya.
"Aduh sakitlah ! I nak makan ni" Syafinaz mencebik bibirnya sambil menyambung makan spaghetti nya.
Semasa mereka tengah menjamu selera, datanglah seorang makcik tua yang meminta sedekah di kawasan berdekatan restoran mewah tersebut.
"Nak boleh bagi makcik duit sikit? makcik dah 2 hari tak makan" rayu makcik tua terhadap Alya dan Syafinaz.
Belum sempat Syafinaz mengeluarkan duit untuk diberikan kepada makcik tersebut, Alya bersuara dengan lantangnya,
"Hei orang tua ! kau ni memang takde kerja lain ke nak minta sedekah kat sini. Kalau hidup tu asyik nak menyusahkan orang, baik kau pergi mampus !" dengan bongkaknya Alya menghalau makcik tua itu pergi dari restoran mewah tersebut.
Banyak mata di dalam restoran tersebut memandang sinis terhadap gadis cantik yang tiada adab itu.
"Makcik, saya minta maaf ye atas sikap kawan saya ni. Biasalah orang mental disorder memang macam ni. Sekali lagi saya minta maaf " pinta Syafinaz seraya menghulur not RM 50 kepada makcik tua tersebut sebelum dia berlalu pergi.
Setelah makcik tersebut pergi, Syafinaz mencerlung tajam ke arah Alya yang menayangkan muka selamba badaknya itu.
"You ! jagalah adab tu sikit, tak malu ke orang tengok. Jomlah, kita gerak buat malu je orang usha kita !" Syafinaz dengan pantas menarik tangan Alya meninggalkan kawasan restoran berkenaan.
. . .
"Siapa lah yang ajar you kurang ajar macam ni kan? I think your parents pon tak ajar kan. Please respect others" pujuk Syafinaz semasa mereka melangkah menuju ke arah kereta Audi milik Alya tersebut.
"I don't fucking care about what people said about me ! dan please jangan babitkan parents I okay dalam hal ni !." bentak Alya lalu memasuki ke dalam keretanya.
Kereta tersebut meluncur laju di jalan raya dan sepanjang perjalanan, mereka berdua lebih memilih untuk berdiam diri dan membiarkan lagu terpasang untuk memecahkan kesunyian.
YOU ARE READING
The Troublemaker
RomanceBukkk Alya telah melanggar seseorang yang turut tergesa-gesa untuk keluar dari lif berkenaan. "What the hell are you doing !!! You langgar I ? You ni nak mati awal ke ? you don't know who I am !" Maafkan saya cik, saya nak cepat ni. Urgent !" Adrian...