bab 2

14 1 0
                                    

Adrian POV
(flashback 5 tahun lepas)

"Ibu, Ad dapat keputusan SPM cermelang!" Adrian berlari mendapatkan ibunya di dapur yang sedang memasak.

"Tahniah Ad ! tapi ibu tak mampu nak tampung pembelajaran kamu sebab duit kita tak banyak Ad cukup untuk adik-adik kamu untuk ke sekolah je Ad" sayu puan Maria memberitahu tentang status kewangan mereka terhadap anak sulungnya itu.

"Takpe lah ibu, Ad tak kisah lagipun Ad cuma happy dengan keputusan ni, tak harap lebih pon. Ad faham tentang situasi kita sekarang ni. Ad janji Ad akan cari kerja dan bantu kita sekeluarga, Ad janji !" terang Adrian kepada ibunya, walaupun dia sedih tetapi dia terpaksa menerima takdir yang keluarganya bukan dari keluarga yang senang.

Benar. dia mampu untuk mendapatkan biasiswa tetapi siapa yang akan menanggung perbelanjaan ibu dan adik-adiknya ? mengharapkan duit pencen ayahnya tidak cukup untuk menampung mereka sekeluarga. Jadi terpaksalah dia bekerja untuk meringankan beban ibunya itu.

. . .

Lamunannya terhenti apabila bahunya dicuit oleh rakan sekerjanya

"Woi Ad kau berangan apa? kerja lah woi. Teringat bini kat rumah ke? hahaha" tegur Aliff dari belakang langsung menghentikan lamunan Adrian.

"Mana ada bini nak berangan pon. Lain lah kau ada bini. Syok lah hari-hari duduk bawah ketiak bini." usik Adrian kembali kepada Aliff yang sudah malu-malu kucing apabila disebut pasal rumah tangga. Maklumlah orang baru kahwin. Tu yang gatal semacam tu.

Ya, Adrian Mikhael adalah nama aku. Nama yang megah tapi tidak semegah hidupku.

Aku berjaya mendapatkan pekerjaan di sebuah hotel terkemuka di Malaysia iaitu Prince Haider Hotel dan hanya mampu bekerja sebagai housekeeper di tempat gah tersebut.

Maklumlah aku hanyalah SPM holder siapalah aku untuk meminta kerja mewah di sini. Sudah lima tahun aku bekerja di sini dan Alhamdulillah duit gaji yang aku terima aku kongsikan dengan ibu di kampung.

. . .

"Hello, Alya? boleh datang pejabat papa dekat hotel, Papa ada hal nak bincang dengan kamu," beritahu Dato Seri Tengku Ahmad Shah yang merupakan ayah kepada Alya Adriana

Bapanya mempunyai pengaruh yang besar di dalam Malaysia, dan sangat menyayanginya. Apa yang Alya minta semuanya dia dapat. Patutlah perangai anak macam setan sebab tak sedar diri.

"Okay nanti Alya datang. Lagipun Alya nak jumpa dengan Adam nak ajak date hehe," manja sekali suara Alya dihujung talian.

Adam Zafran. Adam ialah boyfriend kepada Alya. Alya terlalu sayang akan Adam sehingga apa yang Adam minta Alya akan cuba tunaikan. Hubungan mereka masih dirahsiakan kerana Adam yang meminta sedemikian. Alya pon tidak pasti apakah alasannya yang sebenar.

Adam merupakan salah satu top model yang bekerja di bawah butik terkenal milik Alya iaitu Alya's Boutique.

Adam juga merupakan orang yang bertanggungjawab di atas semua model lelaki dan perempuan yang bekerja di bawah Alya.

Oleh sebab itu, mereka berdua selalu bersama tetapi tidak pernah digosipkan bahawa mereka berdua bercinta kerana komitmen yang terikat antara mereka dan sikap profesional mereka semasa menjalankan tanggungjawab mereka.

Walaupun desas desus mengatakan bahawa Alya Adriana menjalinkan hubungan cinta dengan salah satu modelnya, tetapi berita itu tidak dapat disahihkan sehingga kini kerana tiada siapa yang pernah melihat Alya bermanja-manja dengan mana mana lelaki.

. . .

Alya menyelongkar almari besar miliknya untuk memilih pakaian yang sesuai untuk dikenakan sebelum berangkat ke hotel milik papanya.

Lama baju-baju mahal berjenama dibelek belek dan akhirnya memilih untuk memakai blouse putih dan mini skirt blue black yang memang cantik dan sangat elegant.

Dia kemudian mencapai kunci kereta miliknya untuk terus pergi ke hotel papanya untuk berjumpa dengan papanya disamping berjumpa dengan kekasih hatinya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The TroublemakerWhere stories live. Discover now