Bab 1

52.9K 1K 5
                                    

Aisyah tersenyum bangga memegang sekeping kertas keputusan sijil pelajaran Malaysia yang diperolehnya

"Aisyah...tunggu lah sat awat hang jalan laju sangat" tegur Khalida rakan karib Aisyah yang termengah mengah mengejar Aisyah

"Sorry...aku excited sangat dengan keputusan aku sampai lupa hang kat belakang" Aisyah tersenyum sambil memeluk tangan rakan karibnya sebagai tanda memujuk

"Ish..kalau ya pun tunggu la aku , hang dapat apa keputusan hang?" Tanya Khalida

"Aku dapat straight A...ah..happynya.." kata Aisyah dengan gembira

"Tahniah..aku tau kawan aku memang pandai" ucap Khalida sambil peluk Aisyah

"Thank you Khalida , anyway hang dapat apa?" Tanya Aisyah

Khalida tersenyum penuh makna dan melompat gembira

"Aku pun dapat straight A....!!"jerit Khalida sambil melompat dengan Aisyah

"La..sama dengan aku...yes kita geng" kata Aisyah dan turut gembira dengan Khalida

"So lepas ni macam mana , hang nak apply mana sambung belajaq?" Tanya Khalida

"Hm...tu lagi satu masalah aku tak pikiaq habis gi mana aku nak sambung plus aku masih tak jumpa jawapan untuk sambung dalam bidang apa" kata Aisyah dengan muka muram

"Tak apa lah ada banyak gi masa hang pun belum masuk 18 gi kan so pikiaq habis2 dulu nanti hang main masuk aja mana2 course kang menyesal pula better pikiaq dulu" Khalida menasihati Aisyah dia tahu Aisyah masih serabut membuat keputusan

"Hang pula nak sambung mana?" Tanya Aisyah

"Aku mungkin apply MSU dekat KL" kata Khalida

"Oh ya hang kata dah haritu hang ikut pilihan mak hang kan ambil course Bisnes" kata aisyah

Khalida hanya menganggukkan kepalanya

"Dah jom mesti mak bapa kita tunggu keputusan kita ni" kata Khalida dan menarik tangan Aisyah untuk pulang bersama

Mereka berjalan pulang sambil bersembang itu dan ini

Setibanya di rumah Aisyah diserbu oleh ahli keluarganya untuk melihat keputusan SPM nya

"Alhamdulillah tak sia2 hang belajaq siang malam dapat juga straight A akhirnya" kata Ibu kepada Aisyah sambil memeluk tubuh Aisyah

"Terima kasih ibu.." kata Aisyah

"Ayah bangga dengan anak ayah ni " puji Ayahnya pula

Aisyah mendakap ibu dan bapanya bagi berkongsi kegembiraan yang dia rasai sekarang ini

"Tahniah dik , esok aku bagi hadiah sempena keputusan cemerlang hang ni" kata abang kepada Aisyah

"Terima kasih angah , adik tak kisah pun kalau tak dak hadiah angah dah ucap tahniah pun adik dah happy" kata Aisyah

Abang keduanya itu memeluk tubuh Aisyah erat bagi menyatakan kebanggaan nya terhadap adik bongsu nya itu

Isteri Ekspres Tengku RaizWhere stories live. Discover now