A tale of thousand stars

882 59 4
                                    

"Aku bersumpah dua puak ini tidak akan bersatu sehingga bintang ke seribu ditemui."

Sumpahan diujahkan antara dua ketua puak suci dan puak kegelapan. Sumpahan yang kekal sehingga kini menyebabkan dua puak tersebut tidak dapat bersatu.

Mereka dilarang untuk bertemu dan jikalau bertemu satu benda buruk akan berlaku. Namun semua sumpahan tersebut dapat diputuskan dengan menjumpai bintang ke seribu.

Bintang yang akan memutus dan menghilangkan sumpahan keramat yang akan menghancuru dua puak tersebut.

Akan tetapi bintang itu tidak dapat dicari begitu sahaja. Ianya hanya dapat oleh orang tertentu sahaja.

Dan sudah semestibya bintang itu belum lagi ditemui. Hari berganting minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun, namun tiada langsung petunjuk bintang itu akan ditemui.

Dua puak itu terus bermusuhan. Mereka tidak akan berkesefahaman, malah saling menyalahkan antara satu sama lain.

Mereka menbenci dan melaknat sesiapa sahaja yang cuba berkomunikasi dengan puak lawannya. Dan sekiranya dilakulan juga, maka satu hukuman akan diberi. Tidak kira siapa orang tersebut, hukuman tetap hukuman.

Semua itu berlaku selama berpuluh, malah beratus tahun. Ketua yang dulunya hidup sudah tiada dan digantikan dengan yang baru. Akan tetapi sumpahan tadi tetap ada.

Dua ketua baru itu, amat dijulung dengan kebijaksanaan mereka meminpin puak masing-masing dan zaman itu dikira zaman gemilang untuk puak tersebut.

Namun hari yang terang tidak akan selalu terang. Hujan melimpahi bumi mereka, apabila anak antara ketua dua puak itu bertemu di satu pertemuan tidak dijangka.

Anak gadis dari puak suci tidak menyangka dalam dia bermain di hutan dia berjumpa dengan putera dari puak kegelapan.

Mereka tidak bergaduh malah berbaik sesama sendiri. Hubungan mereka terpaksa dirahsiakan supaya tidak berlakukan pergaduhan antara puak mereka.

Sesungguhnya mereka memang tidak menyukai akan sumpahan yang terkena pada puak itu. Mereka tidak suka bergaduh malah mempunyai satu perasaan yang sukar diungkap.

Mereka berjanji akan tetap bersama dengan hubungan yang dirahsiakan. Asalkan mereka tidak diketahui oleh ahli puak mereka.

Hubungan antara putera dan puteri dua puak itu semakin hari semakin membaik sehingga hadir perasaan yang ingin hidup bersama.

Di hati mereka kini memang sudah tercatat nama masing-masing, namun mereka tidak boleh bersama akibat sumpahan puak mereka. Mereka menerima semua itu, jadi mereka hanya akan bertemu dalam diam.

Dengan harapan hati mereka tidak akan sakit menerima takdir mereka itu.

Hubungan mereka kini umpama bunga membuka kelopak indahnya di musim bunga. Namun itu semua tidak berakhir suka. Bunga yang merka itu gugur di musim luruh. Daun mula meninggalkan dahannya.

Mereka terjerumus dalam perkelahian antara dua negara tersebut. Hubungan yang tidak dipersetujui diketahui oleh 2 puak. Mereka dipaksa untuk berpisah.

Puteri yang tadinya tersenyum gembira bertukar menjadi tangisan kesedihan. Dia tidak dapat menerima semua itu. Hanya disebabkan permusuhan dua puak, hubungan yang indah bak bunga ditaman, awam dilangit dan air dilaut itu terputus.

Sungguh dua negara itu tidak menyukai akan hubungan tersorok tersebut.

Puteri yang itu dikurung di dalam sebuah rumah yang jauh terletak di dalam hutan sebagai hukuman terhadapnya. Dia dipaksa untuk meratapi akan kesalahan di sana. Tidak ada sesiapa yang boleh bertemunya selain daripada ahli keluarga.

A Tale Of Thousand Stars [✔️]Where stories live. Discover now