BAB 8

1.5K 35 0
                                    


NAFAS dihela panjang. Cadangan papanya terasa sangat tidak logik. Tak ada kepentingan pun untuk dia mengahwini Humaira.

Lagipun, dia sudah serik sebenarnya. Dulu, dia pernah sematkan dalam hati untuk settle down dan hidup bahagia dengan Noreen. Tapi pengakhirnya, dia dikhianati.

Yang sebenarnya, dia malas mahu memikir hal-hal begini. Bila sampai waktu, kahwin saja.

"Nampak tidak manis, Raf. Dia jaga papa tanpa apa-apa hubungan."

"Pa, nurse pun tak perlu ada apa-apa hubungan dengan pesakit." Tuan Rafeq membantah teori papanya. Lagipun, dalam rumah ni ramai orang. Bukan hanya dia seorang saja.

"Nurse tu lain. Di hospital dan hanya sesekali. Humaira ni setiap waktu. Makan pakai papa semua dia uruskan." Tan Sri Razak masih tak mahu mengalah. Masih mahu si anak memikirkan cadangannya.

Dia rasa Humaira itu adalah pilihan yang terbaik. Walau baru mengenali gadis itu, dia dapat rasakan Humaira gadis baik-baik. Walau tak tahu keturunan gadis itu, dia yakin Humaira dididik dengan ilmu penuh di dada.

Lagipun, Humaira itu yatim piatu, senang kalau jadi menantunya, tak payah fikir nak gilir-gilir untuk berhari raya di mana. Kekal saja di rumah ini. Hati sebagai orang tua, memang akan fikir sehingga sejauh itu.

"Kita bayar gaji, kan?" Balas Tuan Rafeq pula, malas mahu memikir sebenarnya. Dia tak mahu kahwin tangkap muat. Dia mahu isteri yang hatinya mahu, bukan sebab orang lain yang mahu.

"Kamu rasa Humaira lakukan semuanya sebab dibayar?" Geram pula Tan Sri Razak dengan pandangan si anak.

Dia nampak semuanya. Humaira itu satu dalam sejuta. Ikhlas seorang Humaira, boleh nampak dari setiap apa yang dilakukan. Bukan sekadar melakukan hanya kerana duit semata-mata.

Tuan Rafeq terdiam. Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Humaira. 'Bukan semua benda boleh dibeli dengan duit dan bukan semua perkara boleh dibayar dengan kekayaan.'

"Takpelah. Kalau kamu tak nak, biar papa lamar Humaira untuk papa. Jadi isteri..."

"Pa!" Hampir terjerit suara Tuan Rafeq memintas bicara papanya. Terkejut dan tak percaya bersilang di depan mata.

"Mana boleh!" Itu yang terluah di bibirnya. Tak pernah terlintas di fikirannya yang papanya berminat dengan Humaira. Beza usia mereka tersangat jauh.

"Kenapa tak boleh?" Tan Sri Razak bagai mencabar.

"Dia tu muda sangat, pa."

"Age is just a number, Raf. Beside everything, I'm not too old to dream a new dream." Senyum meleret terlukis di bibir Tan Sri Razak.

Tuan Rafeq yang melihat terasa mahu terjatuh dari kerusi. Apa kena dengan papanya? Sudah lama hidup sendiri, malah dia pernah menyuarakan agar papanya mencari pengganti mamanya tetapi dia ingat lagi papanya pernah kata 'tak ada lagi yang mampu gantikan tempat mama kamu.'

Takkanlah tiba-tiba semuanya berubah? Takkan tiba-tiba papa jatuh cinta dengan Humaira? Tak boleh jadi!

"Dia tak sesuai dengan papa." Akhirnya, itu yang terluah.

"Habis, sesuai dengan siapa?"

Tuan Rafeq terus terdiam. Takkan dia nak cakap Humaira tu sesuai dengan dia?

"Papa bagi masa Raf fikir. Tapi seminggu saja. Kalau Raf tak beri jawapan, papa akan lamar Humaira untuk papa." Ini bukan lagi mendesak tapi lebih pada ugutan sebenarnya. Dia nak tengok sejauh mana anaknya itu keras hati.

Mata tuanya nampak, si anak selalu mengerling Humaira dan dia juga nampak bagaimana Humaira selalu lari-lari bila berdepan dengan anaknya ini.

"Bagilah masa panjang sikit." Tuan Rafeq cuba berkompromi.

Tan Sri Razak terus geleng kepala.

"In fact, seminggu tu pun sudah terlalu panjang. Kamu tahu ke Zidan tanya pendapat papa kalau dia nak keluarga Pak Ngah kamu melamar Humaira untuk dia?"

"Whattt???" Tanpa sedar, Tuan Rafeq terjerit kuat. Terkejut. Sudah dua kali jantungnya diuji. Boleh dapat sakit jantung dia kalau begini.

Dia tahu sejak akhir-akhir ini Zidan selalu berkunjung ke sini, selalu mencari peluang untuk mengayat Humaira. Tapi tak menyangka sebegitu cepat Zidan bertindak dan dia tak sangka Zidan serius.

Mengenali Zidan, mana pernah lelaki itu serius dengan perempuan. Zidan ramai saja teman wanita tapi tak pernah pun diperkenalkan pada keluarganya. Ini kalau dah sampai melibatkan keluarga, haruslah serius.

"Nantilah, Raf bincang dengan Humaira." Tiba-tiba dia buat keputusan dengan spontan. Tak tahu apa yang mendorongnya.

Membiarkan Humaira menjadi pasangan hidup Zidan, dia tak sanggup untuk melihatnya. Dan membayangkan yang dia harus memanggil mama pada Humaira, juga dia tak sanggup.

Tapi, sanggupkah dia menjadikan Humaira sebagai isterinya? Saban waktu menghadap perempuan itu tanpa ada cinta di hati?

'Tak ada yang kurangnya pada Humaira.' Satu suara bagai berbisik.

'Kalau kau tak sanggup tengok dia bahagia dengan Zidan, apakah maknanya?' satu lagi suara berbisik buatkan dia menghembus nafas berat.

Sungguh berat masalah dia sekarang ini. Kehilangan tender projek juta-juta pun tak seberat ini.

BERIKAN KESEMPATANWhere stories live. Discover now