BAb 7

1.5K 34 0
                                    

BEKERJA di rumah besar ini, Humaira rasa dia sentiasa hilang punca. Tak tahu nak buat apa.

Tapi bagi Luna, adiknya itu tersangat suka. Apa taknya, ke tempat kerja berhantar, balik kerja juga dijemput oleh pemandu Tan Sri. Duduk di rumah besar, makan semua percuma. Siapa yang tak suka. Dan yang paling penting, boleh melanjutkan pelajaran nanti.

Tapi bagi Humaira, dia segan sebenarnya. Dia tak perlu buat apa-apa, hanya membawa makanan pada Tan Sri bila tiba waktu makan dan teman Tan Sri makan sambil bersembang sahaja. Tak perlu memasak dan tak perlu membersihkan rumah sebab semuanya sudah ada orang yang buat. Kak Deeba sebagai tukang cuci dan Kak Yah sebagai tukang masak.

Tugas dia hanya membantu nurse yang datang untuk membersihkan luka dan menyediakan pakaian untuk Tan Sri selain makan minumnya. Mandi pun ada pembantu lelaki yang tolong mandikan.

Dia yang sudah terbiasa melakukan kerja-kerja berat, terasa lain macam pula apabila hanya diberi tugas ringan begitu dan dijanjikan gaji yang mahal. Tapi demi adiknya, Humaira diamkan saja.

"Arwah ayah Mai dulu, meninggal sakit apa?" Suara Tan Sri menamatkan lamunan Humaira.

"Kanser usus." Perlahan saja Humaira menjawab. Tiba-tiba teringatkan arwah ayahnya. Tak lama disahkan mengidap kanser usus tahap 4, ayah pergi menghadap Ilahi.

'Jaga adik, jaga solat, jaga maruah diri. Biar miskin duit, tapi jangan miskin peribadi. Jangan jadikan alasan miskin untuk meminta dan mengambil hak orang lain. Rezeki kita tuhan dah tetapkan. Tapi kena berusaha.' Itu pesan ayahnya yang dia ingat sampai hari ini. Sebab itu bila dia dituduh mencuri, dia sangat sedih.

"Mak?" Soalan seterusnya dari Tan Sri buat Humaira terngadah.

Bagaimana dia mahu ceritakan yang emaknya menghilangkan diri sejak dia berusia tiga tahun? Sejak adiknya, Luna berusia setahun, mereka ditinggalkan. Hilang tanpa khabar berita.

"Assalamualaikum, Pak Long!" Tiba-tiba ada suara seseorang yang hampir terjerit dari arah belakang Humaira. Terus dia hela nafas lega. Tak perlu bercerita.

"Hah! Zidan. Mari minum."

Humaira terus bangkit berdiri. Tadi dia menemankan Tan Sri minum di bawah pergola di laman tepi rumah banglo tersebut.

"Mai... ni Zidan, sepupu Rafeq, anak saudara saya." Tan Sri memperkenalkan mereka.

Humaira mengangguk sebagai tanda berkenalan.

"Saya ambil cawan." Dia kemudiannya meminta diri.

"Siapa tu Pak Long?" Zidan terus angkat kening ke arah Humaira yang sudah berlalu sambil melabuhkan duduk di kerusi berdepan dengan Pak Longnya.

Sempat lagi Humaira mendengar soalan tersebut tetapi tak sempat pula dia mendengar jawapan Tan Sri.

Mendapatkan cawan, Humaira teringat yang nescafe di dalam teko sudah sejuk sebab sudah lama. Jadinya, dia bancuh nescafe yang lain dan dihantar kepada Zidan.

Lepas hantar minuman, dia kutip cawan yang sudah kotor di atas meja dan bawa ke dapur untuk dibersihkan.

Kak Yah tiada di dapur, mungkin solat asar di bilik.

Selesai kerja membersih, Humaira kemas apa yang patut. Lap pinggan dan disusun dalam kabinet.

"Hai!" Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang menegur dan pantas Humaira berpaling.

"Nescafe sedap. Nak secawan lagi, boleh?" Zidan hulurkan cawan yang sudah kosong ke arah Humaira.

Tak cakap banyak, Humaira menyambutnya dan mula menyediakan secawan lagi nescafe.

"Saya tak pernah rasa nescafe sedap macam ni. Awak bancuh dengan kasih sayang, ya?" Nada mengusik, Zidan ketawa perlahan. Duduk dilabuhkan di atas bar stool bertentangan dengan tempat Humaira sedang berdiri membancuh nescafe.

"Atau... awak ada baca-baca sesuatu." Usik Zidan lagi apabila Humaira hanya diam dengan usikan pertamanya.

"Nescafe Encik Zidan..."

"Panggil Z jer." Zidan memintas. Gaya lelaki yang sedang memancing si gadis.

Humaira letakkan nescafe ke depan Zidan. Baru beberapa minit mengenali lelaki ini, dia sudah dapat gambaran penuh sikap sepupu Tuan Rafeq ini. Peramah dan berani. Mulut manis dan suka senyum. Tak kurang juga kacak seperti Tuan Rafeq. Cuma badan Zidan agak rendah dari Tuan Rafeq yang tinggi dan tegap.

"Nama Humaira, ya?" Soal Zidan dalam usaha memancing bicara Humaira. Tadi dia sudah selidik serba sedikit pasal Humaira dengan Pak Longnya.

*Wanita yang selamatkan Pak Long masa kemalangan.

*PA baru Pak Long.

Hanya itu maklumat yang dia dapat. Selebihnya, Pak Longnya tak mahu cerita. Tapi, pertama kali bertentang mata dengan mata bundar Humaira, dia jadi tertarik. Mata yang baginya menyimpan banyak rahsia.

"Mai asal mana?" Zidan cuba menyelidik.

"Kau buat apa kat sini?" Suara Tuan Rafeq yang tiba-tiba muncul di pintu masuk ke ruang dapur tersebut memanggil Humaira dan Zidan serentak menoleh.

"Tengah mengayat cik adik manis ni." Tanpa selindung Zidan menjawab telus. Memang dia tengah mengayat pun.

Tuan Rafeq yang mendengar terus mengarahkan pandangan pada Humaira. Entah kenapa dia tak senang hati mendengar perkataan mengayat dari Zidan.

Bukan dia tak kenal sepupunya itu, kalau bab mengayat, berilah padanya. Dan selalunya perempuan yang diayat akan mudah melekat. Mulut manis bergula, poket pulak tebal, perempuan mana yang tak suka.

Tajam renungan Tuan Rafeq memamah wajah Humaira yang nampak serba tak kena itu. Kakinya terus melangkah masuk.

"Kak Yah mana?" Serius suaranya mengaju soalan pada Humaira. Mata melilau sekitar dapur mencari Kak Yah. Tapi, bayang wanita itu langsung tak ada. Jadinya, Humaira hanya bersama Zidan di ruang ini. Berdua!

"Solat." Sepatah Humaira menjawab.

"Kau ni kacau la. Aku baru nak kenal-kenal dengan Mai..."

"Jangan nak mengarut!" Pantas saja Tuan Rafeq mencantas bicara Zidan. Tapi, matanya mengerling Humaira.

"Jom ke depan." Dia tarik lengan Zidan agar bangkit berdiri.

"Kejap lagi Firaz datang. Boleh join kita orang bincang pasal tender Ramal Villa tu."

"Alaa... aku tak minat...."

"Sesekali kau kena ambil peduli juga hal syarikat. Syer kau pun ada kat situ." Terus Rafeq mematahkan ayat Zidan yang mahu beralasan.

Sambil mengerling Humaira, memberi amaran bisu yang dia tak suka si gadis melayan Zidan, Tuan Rafeq melangkah keluar dari ruang dapur tersebut.

Zidan mencebik sambil memberi isyarat tangan pada Humaira, menunjuk pada Rafeq yang sudah menghilang.

"Jealous." Dia ketawa perlahan sebelum mengekor langkah Rafeq.

Humaira yang melihat hanya geleng kepala. Tak ada maknanya Tuan Rafeq nak jealous. Lelaki heartless macam Tuan Rafeq tu, tak pernah ambil peduli pun.

Mengikut perkiraan Humaira, Zidan tu lebih bagus dari Tuan Rafeq. Tak menyombong dan mesra walau tahu dia ni hanya pekerja di sini.

Bukan macam Tuan Rafeq yang selalu serius dan muka ketat. Yang tahunya memberi arahan dan marah orang.

Euuwww!!

BERIKAN KESEMPATANWhere stories live. Discover now