Peringatan

41 6 0
                                    

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami bagi pihak GBE18 ingin meminta maaf kerana telah lama menghilangkan diri untuk sekian yang lama.

Hal ini kerana bukan mudah untuk kami selidiki serta membaca satu persatu buku para peserta. Setelah beberapa bulan berlalu, kesemua buku para peserta telah habis dibaca.

Secara kesimpulannya, majoriti buku yang telah kami baca mempunyai kesalahan dari segi ejaan, perkataan, maklumat, tanda baca serta cara penulisan yang secara tidak sistematik.

Walau bagaimanapun, kami telah berjaya mendapat pemenang-pemenang yang sesuai serta mempunyai bakat yang lebih jauh dalam dunia penulisan.

Jika karya anda tidak berada di dalam senarai pendek, jangan kecewa dan risau. Hal ini kerana GBE19 akan datang semula dan bakal diurus oleh kumpulan yang jauh lebih profesional.

Beribu maaf yang dipinta jika pihak kami melakukan kesalahan secara sengaja atau tidak sengaja. Yang elok, kita simpan dan yang buruk kita lupakan.

Sekali lagi, kami ingin ucapkan terima kasih pada semua peserta yang mempunyai keberanian untuk menyertai pertandingan ini. Kami percaya bahawa anda semua mempunyai bakat dalam bidang penulisan. Para peserta hanya perlu berusaha dengan lebih gigih.

Terima kasih.

Great Books Edition 2018 (DITUTUP)Where stories live. Discover now