Prolog

62 1 0
                                    

Sejak dari kecil lagi dua beradik ini, Annur Fitriya dan Annur Insyirah sering dibanding-bandingkan. Entah kenapa Insyirah dilebih-lebihkan walhal dia adalah yang sulong. Mereka berdua adik-beradik kembar tidak seiras. Insyirah lahir awal tahun. Fitriya lahir hujung tahun. Sehinggakan hari ini, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang telah pun keluar Fitriya tetap dianaktirikan. Keputusannya yang baik tidak memberi apa-apa makna apabila slip keputusannya dikoyakkan di depan mata. Insyirah pula memperoleh 4A sahaja.
"Oooo kau dapat 8A?.. kau ingat kau dah cukup baguslah ni?"
Serta-merta slip peperiksaannya dikoyak dengan rakus oleh tangan ibunya sendiri, Suhana.
"mak... Tiya tak sempat tunjuk kat ayah lagi.."
Fitriya melutut mengutip serpihan slip peperiksaannya yang sudah koyak dan bertaburan di atas lantai itu.
"Peduli apa.. sebelum ayah balik.. memang layak pun slip kau ni dikoyak kalau ikutkan hati memang aku bakar!"
Balas Suhana dengan angkuh. Insyirah di sebelahnya senyum sinis puas. Fitriya menahan air mata.
"Jijiklah aku tengok muka kau ni! Eh sebabkan kau, kita jatuh miskin jatuh susah tau! kenapa dari kecil kau tak mati je?! menyusahkan!"
Tambah Suhana, geram. Seraya jari telunjuknya menolak kuat dahi Fitriya. Fitriya terduduk. Masih tunduk. Insyirah senyum jahat, membisikkan sesuatu kepada ibunya dan berlalu menuju ke kamar.
"Assalammualaikum.."
Suara Rahman, suami Suhana iaitu bapa kepada Fitriya dan Insyirah memberi salam bergema dari luar rumah. Baru pulang menoreh getah.
"Kau jangan nangis ye, aku sepak muka kau.."
Bisik Suhana lalu menjawab salam dan menuju ke muka pintu menyambut kepulangan suaminya.
"Macam mana keputusan SPM Tiya dengan Syirah? Okey ke?"
Sebaik sahaja soalan itu diajukan, ligat sahaja otak Suhana memikirkan helah.
"Entahlah tu bang.. saya tanya tadi, dia dah koyakkan slip dia.. taknak tunjuk pun.. teruk la tu..Syirah okey dapat 4A"
Balas Suhana sambil mengiringi suaminya yang naik ke atas rumah. Fitriya sedang gigih mencantumkan slip peperiksaannya.
"Tiya dapat 8A laaa ayah..."
Fitriya menyulam senyuman gembira.
"Betul ke ni tapi ibu cakap...."
Belum sempat Rahman menghabiskan kata-kata Fitriya memintas,
"Betul..."
Suhana mengecilkan matanya tanda marah dia terus menuju ke kamarnya.
"Habis tu kenapa dikoyak slip tu.."
Tidak sempat Fitriya menjawab pertanyaan ayahnya itu, Suhana menjerit dari dalam kamar.
"Abang....!!"
Rahman menoleh ke arah kamarnya dan terus berlari menuju ke sana.
Rahman menjenguk di pintu disusuli Fitriya.
"Kenapa ni Ana?"
"Kotak barang kemas saya yang saya letak kat sini mana?"
"awak memang letak kat situ kan selalu.. awak ubah tempat lain kot.."
"Takde.. saya tak ubah... Syirah..!!"
Jerit Suhana memanggil Insyirah. Suhana terus keluar menuju ke kamar Insyirah.
"Kau ada amik kotak barang kemas ibu ke?"
Soal Suhana sambil pura-pura mencari. Rahman dan Fitriya yang tidak tahu-menahu hanya melihat.
"Mana ada bu.."
Ujar Insyirah juga pura-pura tidak tahu. Puas menggeledah, Suhana menoleh ke arah Fitriya. Dia terus keluar dari kamar itu bergegas pula menuju ke kamar Fitriya.  Rahman dan Fitriya mengekori. Buka sahaja almari pakaian, kotak barang kemasnya tersergam indah di situ. Laju Suhana menoleh ke arah Fitriya. Mata tajamnya merenung dalam. Fitriya menggeleng.
"Tiya tak ambil..."
Berdegup laju jantung Fitriya ketika itu. Bila masa pula kotak barang kemas ibu ada dalam bilik aku?
"Abang..tengok Tiya ni dah ada dalam bilik dia, taknak mengaku.."
Tutur Suhana.
"Betul.. Tiya tak ambil.."
Fitriya masih menafikan.
"Habis macam mana boleh ada dalam almari kau.."
Insyirah yang baru tiba, menyampuk.
"Cakap betul-betul, Tiya ambil ke tak?"
Soal Rahman. Fitriya menjawab dengan gelengan kepala.
"Ayah tak pernah ajar kamu mencuri tau!"
Rahman mula meninggikan suara.
"Tapi Tiya tak ambil..."
Air mata Fitriya mula bergenang. Rahman bergegas ke ruang tamu. Tapak kakinya yang laju memijak papan rumah kedengaran. Rotan panjang yang diletakkan di atas meja di ruang tamu dicapai. Dia kembali semula ke tempat tadi.
"Baik kamu mengaku sekarang!"
Suara Rahman semakin tinggi. Sekali lagi Fitriya menggeleng kali ini diiringi air mata dan esakan tangisan.
"Bagi tangan kamu!"
Fitriya menadah tangan secara terpaksa. Satu! Zap! Dua! Zap! Tiga! Zap! Tiga kali rotan hinggap ditelapak tangannya. Rahman terus berlalu tanpa sepatah kata. Suhana dan Insyirah berpandangan sambil tersenyum puas.

Beberapa bulan kemudian..

Hari ini sekali lagi Fitriya difitnah sehinggakan dia dihalau oleh bapanya dari rumah. Kali ini Rahman benar-benar naik hantu. Tidak! Fitriya memang tidak melakukan perkara itu! Insyirah cuma mereka-reka cerita. Fitriya cuma pergi bekerja sahaja. Rahman masuk ke dalam kamar Fitriya mengemas semua pakaiannya. Beribu kata maaf yang keluar dari bibir Fitriya sedikit pun tidak diendahkan. Pakaiannya dicampak di ruang tamu.
"Kau kemas dan berambus sekarang! Sekarang!!!"
Jerit Rahman.
"Tapi Tiya tak buat.."
Ujar Fitriya teresak-esak.
"Aku taknak dengar apa-apa! Esok pagi yang aku tau aku taknak tengok muka kau dalam rumah ni!"
Rahman bertutur tanpa melihat wajah Fitriya. Dia terus berlalu ke kamar.
"Tunggu apa lagi.. berambus la.."
Ujar Suhana perlahan dengan penuh sinis. Insyirah senyum jahat. Fitriya buntu. Umurnya masih belasan tahun. Baru mahu belajar erti hidup. Tidak tahu ke mana hendak dituju. Ke mana langkah aku jika aku keluar dari rumah ini?

Aku Yang TerbuangWhere stories live. Discover now