BAB 1

55 2 1
                                    


Aku tak pernah terfikir akan hidup sebatang kara seperti ini. Bertukar-tukar kerja selepas aku tamatkan zamat persekolahan. Impian aku nak sambung belajar di Universiti tetapi benarlah kata orang perancangan Allah itu lebih indah. Sekarang aku lebih belajar berdikari dengan hidup sendiri. Semalam aku diduga dan difitnah lagi oleh rakan sekerjaku. Aku dituduh mencuri wang di kaunter sedangkan aku tidak melakukan itu semua. Aku malas berbalah. Aku tinggalkan apron dan terlalu berlalu. Tamatlah tugasku sebagai seorang juruwang disebuah restoran fast food. Aku juga dihalau dari hostel. Tak mengapa. Aku anggap ini dugaan buat aku. Sedangkan dulu aku dihalau oleh keluarga sendiri aku boleh bangkit dan berdiri inikan pula hal sekecil ini. 

Hari ini aku akan masuk ke rumah sewa baru. Alhamdulillah. Ada rezeki buat aku. Sewa bulanan cuma RM300 sahaja untuk satu rumah yang sudah dipenuhi dengan perabot. Aku berterima kasih kepada tuan rumah yang menawarkan aku untuk menyewa di rumahnya itu. Orangnya muda, baru mencecah usia 30-an. Cumanya aku hanya pernah bertemu sekali sahaja dengannya itu pun hanya untuk penyerahan kunci rumah. Lelaki yang dikenali sebagai Zaki itu meminta Fitriya hanya membuat bayaran secara bank in sahaja pada bulan bulan seterusnya kerana beliau terlalu sibuk. Pada awalnya sukar dipercayai, tetapi semuanya berjalan lancar. Fitriya bersetuju sahaja kerana dia tidak mempunyai tempat berteduh buat masa ini.

Fitriya menarik bagasinya masuk ke dalam rumah. Cantik. Sama macam dalam gambar. Sofa, televisyen, almari semua lengkap. Fitriya bergegas pula masuk ke dalam kamar tidur. Cantik. Katil, almari pakaian dan meja solek semua lengkap. Dia tersenyum sambil memanjatkan syukur. Dia berlalu keluar pula ke dapur. Peti sejuk, dapur dan gas tersedia. Dia membuka pintu peti ais. Kosong. Kena keluar ni! Beli barang dapur. Bisik hatinya. Fitriya bergegas ke kamar semula mahu bersiap-siap keluar. 

Fitriya mengunci pintu pagar. Tiga orang anak muda di hadapan rumahnya memandang sambil berbisik-bisik. Fitriya tidak selesa. Apa hal mamat tiga ekor ni? Fitriya melihat pakaiannya atas ke bawah. Elok je baju aku. Takde koyak apa pun. Biasalah tu tak biasa tengok perempuan lawa la tu. Bisik hatinya, sedapkan hati. Dia tidak menghiraukan tiga orang jejaka bawang itu. Fitriya terus menapak pergi.

"Wei sejak bila rumah depan ni ada perempuan? Bukan Abang Zul ke yang duduk situ?"

Soal Raqib, jejaka bawang yang pertama. Orangnya tinggi-tingi dan sangat peramah.

"Entah-entah Abang Zul ada perempuan simpanan tak?"

Kali ini jejaka bawang yang kedua pula membuat andaian. Hadith. Jejaka idaman wanita. Tall, dark and handsome.

"Tak payahlah sibuk pasal orang. Asalkan dia tak kacau kita dah la kan.."

Tambah Annas. Jejaka putih melepak yang tidak suka sibuk hal orang lain.

"Tapi kita sebagai jiran kena ambil tau jugak tauuu"

Raqib menyangkal.

"Kita husnudzon jelah Abang Zul dah pindah kot.."

Balas Hadith.

"Tak pernah pula nampak dia angkut barang.."

Raqib menyangkal lagi.


Tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju berhenti di hadapan rumah itu. Raqib, Hadith dan Annas cepat-cepat mengambil tempat bersembunyi. Bersembunyi di sebalik kereta Viva Annas yang berwarna emas itu.

"Ni samseng mana pula wei?"

Bisik Raqib.

Dua orang lelaki berbangsa cina berbadan tegap keluar dari kereta Honda itu. Mereka menggoncang-goncang pagar rumah sambil memanggil Zul. Raqib, Hadith dan Annas saling berpandangan. Hairan. Tiada jawapan. Dua orang lelaki itu mencampakkan kertas ke dalam rumah dan terus bergegas masuk ke dalam kereta. Mereka terus meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah itu. 

"Wei seriuslah?"

Soal Hadith.....


Sebaik sahaja memasuki perkarangan rumah, Fitriya hairan ada kertas yang diperonyokkan bersama batu di dalam kawasan rumahnya. Fitriya mencapai perlahan sambil melihat sekeliling.

HUTANG JANGAN LUPA BAYAR. JANGAN INGAT KAU BOLEH LARI!

Segera Fitriya melihat ke kiri dan ke kanan. Bila masa pulak aku berhutang. Dia tidak mengendahkan dan terus menuju masuk ke dalam rumah. Ada orang nak main-main laa ni. Entah-entah budak-budak lelaki tadi. Saje nak takutkan akulah tu. Dengan jiran baru pun nak dengki. Bisik hatinya.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 12, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Yang TerbuangWhere stories live. Discover now