Zati balik pukul berapa?
Satu SMS diterima daripada Johan, cukup untuk buat aku rasa jengkel. Sibuklah dia ini. Suka hati akulah nak balik pukul berapa pun. Skrin telefon pintar Samsung disentuh, menekan papan kekunci maya untuk menaip mesej balas kepada Johan.
Tak sure lagi. Kenapa?
“Zati. KLCC jom? Dah lama tak lepaklah. Tengok wayang nak?” Hannan bersuara. Tengah hari itu cuma aku dan dia berdua. Hannan memang kawan rapat aku sejak dari sekolah menengah dan kebetulan kami ambil kursus yang sama di universiti.
“Wayang apa? Macamlah tak boleh tengok online. Malaslah nak bazir duit,” balasku sambil mata setia tatap skrin telefon, menunggu jawapan daripada Johan.
I’m thinking of nak ajak Zati dinner malam ni. Tu pun kalau Zati balik awal dan ada masa free. Dah lama kita tak dinner sama-sama kan? Abang ada fieldwork luar pejabat jadi ingatnya balik saja nanti abang bawa Zati. Macam mana?
Aku ketap bibir, tak tahu nak balas apa. Memang aku tak ada kerja apa-apa, tapi mengenangkan kena makan malam dengan Johan buat aku kena fikir helah untuk mengelak. Rimaslah. Nak makan malamlah, nak jalan-jalanlah. Dia ingat aku suka semua itu?
“Alah kau ni, dengan aku pun berkira. Bukannya selalu. Kau tu sibuk memanjang dengan kerja. Tak ada life langsung. Jomlah keluar lepak. Kita naik kereta aku lepas tu aku hantar kau balik ke sini. Macam mana?” Hannan memujuk. Dan aku masih atas pagar. Nak balas apa dekat Hannan dan Johan?
Kalau dekat Hannan, nak kena cakap “tak bolehlah, laki aku ajak dinner date malam ni” dan lepas itu Hannan akan asak aku dengan macam-macam soalan contohnya “bila kau ada laki” dan macam-macam lagi?
Dan untuk Johan pula, nak beritahu “maaflah saya nak tengok wayang dengan Hannan jadi awak boleh pergi dinner dengan Bella” dan lepas itu balik rumah dan buat bodoh di depan dia?
Sekarang ini, dua manusia tengah tuntut jawapan daripada aku.
“Jadi tak ni?” Hannan minta respon.
“Aaa...” Telefon bimbit kugenggam kemas. “Yalah, yalah. Aku ikut kau ke KLCC.”
Hannan dah tersengih lebar.
Sorry, I think I can’t make it. Sebab petang ni kelas sampai 6.30 lepas tu sambung sampai malam pukul sepuluh. Take Bella with you then.
Bukan susah pun kan?
Hahaha.
Aku dan Hannan tak habis-habis ketawa kenangkan adegan kelakar dalam filem yang baru saja selesai ditonton. Keluar saja dari TGV Cinema aku dan dia mula menuju ke Signature Food Court KLCC di tingkat dua. Macam itulah aku dan Hannan. Semua benda kami kongsi bersama. Suka, duka, kecewa dan marah. Tapi Hannan masih tak tahu yang aku dah berkahwin dengan Johan. Serba salah itu tak usah ceritalah. Tapi nak buat macam mana? Aku memang dah terpaksa rahsiakan. Walaupun cuma dengan Hannan, aku tetap malu.
Petang itu sekitar jam enam setengah, aku dan dia duduk bersama di meja makan medan selera tersebut. Hannan pilih nasi ayam, manakala aku dengan sizzling yee mee yang masih berasap. Tengok wayang dua jam pun boleh buat perut lapar tahu?
“Zati, kerja kau macam mana?” Hannan menyoal. Aku makin rasa serba salah. Kalaulah kau tahu kebenarannya, Hannan.
“Kerja? Okey saja. Kenapa kau tanya?”
YOU ARE READING
120 Hari Mencintaimu
Short StoryIzzati Farha pernah mengagumi keperibadian Johan Ramzani selaku majikannya, namun kekaguman itu pergi dibawa angin lalu apabila dirinya dilamar lelaki itu dengan jarak usia mereka sebanyak enam belas tahun. Pemberontakan jadi isi dan kulit rumah tan...