Untitled Part 1

6 0 0
                                    


Pemerkasaan Pekerja, Kesatuan Sekerja dan Inovasi di Era Revolusi Industri 4.0

oleh

[Meor Mohamad Nazhan B Meor Ridzuan]

[Sejarah]

Universiti Malaysia Sabah

Pada era globalisasi ini dunia turut mengikut arus perdananya. Berlakunya pelbagai perubahan di dalam sektor pekerjaan untuk meningkatkan lagi produktivti seseorang pekerja itu. Bagi pendapat saya pemerkasaan pekerja ini tidak sepatutnya menjadi satu ancaman kepada kesatuan sekerja dan inovasi. Hal ini kerana pemerkasaan pekerja ini dibuat untuk meningkatkan kemahiran pekerja itu sendiri dan ianya adalah satu kebaikan yang sepatutnya disyukuri oleh pekerja. Kesatuan sekerja ini adalah tempat dimana pekerja berkumpul dan menyatakan hak mereka. Hanya jika pemerkasaan yang dilakukan oleh majikan mereka telah menindas mereka sebagai pekerja barulah ianya boleh dikatakan sebagai ancaman. Berkaitan dengan inovasi pula ianya sudah tentu tidak memberikan sebarang ancaman kepada amalan inovasi kerana pemerkasaan perkerja itu sendiri berperanan untuk mengalakkan inovasi, kreativiti, motivasi dan menanamkan sifat – sifat ingin tahu mengenai suasana pembelajaran dan pengetahuan. Tidak akan ada sebarang ancaman kepada inovasi di Revolusi Industri 4.0 yang baru dimulakan ini. Dengan pemerkasaan pekerja itu sendiri mampu untuk meningkatkan lagi tahap inovasi yang terdapat di dalam sesebuah organisasi tersebut. Akhir sekali, pemerkasaan pekerja ini bukannya hanya mendatangkan kesan kepada pelanggan tetapi pekerja itu sendiri mereka akan merasa puas dengan pekerjaan yang mereka lakukan serta merasa berbaloi selepas idea mereka diterima orang ramai.

[Katakunci: kesatuan sekerja, revolusi industry 4.0, inovasi, pekerja, Malaysia]

Rujukan:

Azizan, H. M., & Razlina, H. J. (2015). Relationship between workplace incivility, job attitudes and muslim religiosity personality among trade union members. Global Journal Al-Thaqafah, 5(2), 43-51.

Satar, N. S. M., & Morshidi, A. (2007). An Evaluation of Cultural Roles and Usability Attributes in Learning Management System. Faculty of Information Technology and Multimedia Communication, Open University Malaysia.

Morshidi, A. H., & Hamid, F. A. (2010). E-Government and Malaysia: A Theoretical Consideration. SOSIOHUMANIKA, 3(2).

Nurhizam, Azizan dan Yuriny (2019). . UKM Pakarunding, Bangi. ISBN: 9789671244210

Kesatuan Sekerja InovasiWhere stories live. Discover now