Ikhtilat
Apa itu ikhtilat ? Apa yang kamu tahu tentang ikhtilat ?
Ikhtilat bermaksud pergaulan secara bebas antara lelaki dengan perempuan ajnabi (orang yang tidak ada pertalian darah dan boleh berkahwin dengannya) pada suatu tempat , sama ada dalam bentuk kumpulan atau berdua-duaan , di tempat yang sunyi mahupun terbuka .
Hukum ikhtilat bergantung kepada keadaan ...
🚫 1. Haram
Haram bergaul / berhubung lelaki dan perempuan tanpa urusan yang perlu / penting untuk melakukan pergaulan itu , tambahan pula kalau tidak menjaga batas , bermesra-mesra , bertepuk- tampar bahu semua , walaupun hanya menggunakan sapu tangan sahaja .
🚫 2. Harus
Harus untuk urusan yang tidak dapat dielakkan seperti urusan jual beli , doktor merawat pesakit , cikgu dan murid dan yang sewaktu dengannya .
Dalam bab pembelajaran , rakan sekelas , bergaul / berbicara bila perlu sahaja .
Dalam bab minta ajar atau pinjam barang , ada sahaja rakan sejantina yang lain kan , tak pun tanya cikgu terus . Tiada alasan .
🚫 3. Wajib
Ikhtilat menjadi wajib apabil keadaan darurat , terdesak , berkaitan dengan keselamatan , dan nyawa .
Secara ringkasnya , emergency case . Contohnya , kamu wanita terjatuh semasa bawa skuter , kebetulan hanya lelaki yang lalu dan sedia membantu . Tambahan pula , masa tu kamu pakai jubah , kaki tercedera terseliuh teruk atau patah , tak boleh berdiri . Tak kan nak cakap ''jangan tolong aku , ikhtilat''
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Isra' , ayat 32
وَلَا تَقْرَبُوا۟ ٱلزِّنَىٰٓ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ فَٰحِشَةً وَسَآءَ سَبِيلًا
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
Dalam ayat tu disebut jangan kamu hampiri . Ayat ni jelas menyatakan manusia dilarang menghampiri zina, apalagi melakukannya . Iktilat merupakan salah satu perkara yang menghampiri zina .Bagaimana dengan isu ikhtilat di alam maya ? Ada kah masih perlu dijaga ?
Mestilah . Malah dalam alam maya kena jaga betul-betul dengan lebih teliti . Syaitan itu cerdik , dia tidak akan berhenti untuk cari kelemahan manusia termasuklah mengikuti peredaran zaman agar kita lalai dan mudah jatuh . Macam kita cakap tadi , PERGAULAN dan INTERAKSI .
Ringkasnya , kalau berkomen , berchating , bila perlu sahaja . Paling utama bagi muslimah , jangan letak emoji . Selain itu , jangan upload gambar yang mampu menarik perhatian ajnabi . Walaupun bukan gambar sendiri .
Biarlah orang nak kata sombong , jangan takut , jangan risau .
Tanya diri sendiri , kamu takut dan risau dengan apa yang orang lain akan kata tapi dengan Allah bagaimana ?Renung - renungkanlah , kita di mana ? Adakah ikhtilat kita sudah terjaga ? Atau masih tiada perubahan ?
Astagfirullahalazim
Mari kita perbaiki apa yang patut 🤗🍁
![](https://img.wattpad.com/cover/185237518-288-k193752.jpg)
YOU ARE READING
Bidadari Abah Q's
Poetryبِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ruang perkongsian, bnda baik sebarkan. bnda buruk perbaiki. mari samasama kita perbaiki dan muhasabah diri ♡ - bidadariabah 🍁