SEKOLAH Pt.1

26 1 0
                                    

Tahun 2009

Tahun ini merupakan tahun pertama aku bersekolah menengah, Tingkatan 1. Aku bersekolah di sebuah sekolah yang boleh dikatakan berhantu di negeri Pantai Timur. Sudah banyak cerita seram yang aku dengar tentang sekolah ni, lebih - lebih lagi abang dan kakak aku juga bersekolah di sini. Lagi banyak cerita yang aku dapat. 3 hari pertama berorientasi di waktu petang, tiada kes dan gangguan kedengaran. Keadaan sekolah juga aman.

Namun setelah masuk hari keempat dan sesi persekolahan di waktu pagi sudah bermula di waktu pagi, ketika itu lah pelbagai kisah seram dan gangguan yang aku dengar dan lihatnya sendiri. Histeria, rasuk dan kisah - kisah seram juga boleh dikatakan setiap hari berlaku. Aku tidaklah begitu takut, lebih kepada ingin tahu. Oleh sebab itu, setiap kali ada kes rasuk dan histeria, aku akan bergegas ke tempat kejadian untuk melihat sendiri keadaan itu.


***********************************************************************


2 - 3 Bulan Kemudian

Setelah hampir dua - tiga bulan bersekolah, aku mendapat satu mimpi. Aku bermimpikan, aku ke sekolah seperti biasa pada pagi itu. Tapi apabila melangkah masuk ke dalam kelas, terkejut aku apabila melihat satu kelas aku diserang histeria. Semua menjerit dan menangis. Aku takut dan terkejut. Terus aku berlari keluar dari kelas dan turun dari bangunan. Berlari untuk mencari cikgu untuk meminta bantuan. Namun apabila aku melalui surau, lagi mengejutkan apabila kelihatan ramai murid - murid diserang histeria di dalam tu. Cikgu - cikgu juga ada yang sedang menangis dan menjerit. Keadaan seperti tidak terkawal. Aku mula ketakutan dan kebingungan. Tak tahu nak dibuat apa. Tak lama setelah itu, aku terbangun dari mimpi. Begitu sahaja, mimpi aku berhenti.

Mengenai mimpi, aku tidak fikirkan sangat. Aku teruskan sesi persekolahan seperti biasa. Bagi aku mimpi itu adalah mimpi biasa. Mungkin juga kerana aku terlalu memikirkan dan taksub dengan setiap kejadian di sekolah. 


***********************************************************************


Bulan 9, 2009

Bulan 9, sekolah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform. Perkhemahan untuk setiap tingkatan dan unit beruniform. Sekolah aku waktu itu terdapat 6 unit beruniform (PBSM, Pandu Puteri, St. John Ambulance, Puteri Islam, Kadet Remaja Sekolah dan Kadet Polis) dan setiap tingkatan harus berwakilkan dua orang pelajar. Aku yang merupakan ahli  unit beruniform Puteri Islam, berminat untuk menyertai perkhemahan pertama ini. Jadi, aku tidak melepaskan peluang dan turut sertai perkhemahan ini (Kalaulah aku tahu perkhemahan ini akan menyebabkan hidup aku kini kucar - kacir, sumpah aku tarik diri dari awal). Perkhemahan itu diadakan selama 3 hari 2 malam (Khamis - Sabtu) dan bertempat di kawasan padang sekolah. Hari pertama dan malam pertama, keadaan masih normal dan terkawal. Tiada histeria, kes rasuk mahupun gangguan. Mungkin kerana masing - masing keletihan, jadi malam itu semua tidur awal.

Pada malam kedua iaitu malam terakhir, terjadi gangguan besar - besaran. Kes ini jugalah penyebab kepada tidak diadakan lagi perkhemahan di sekolah sehingga sekarang. Malam itu, diadakan satu sesi ceramah motivasi. Usai solat Mahgrib dan Isyak berjemaah, cikgu menyuruh kami semua ke khemah masing - masing dan bersiap untuk ceramah motivasi pada pukul 9.30 malamnya. Jadi aku dan rakan satu khemah pun bergegas balik khemah dan bersiap - siap. Malam itu juga aku tidak tahu kenapa tapi aku rasa sangat tidak sedap hati. Rasa seperti takut untuk pergi ke kem motivasi itu. Tapi apakan daya, suruhan harus dipatuhi. Jadi setelah bersiap, kami berempat dengan cepat bergegas ke surau sekolah (tempat dimana diadakan kem motivasi). 

Sampai di surau, jalan gelap. Yang kelihatan hanya lampu di dalam surau. Hati aku makin berdebar. Tapi disebabkan sudah lewat, aku hanya biarkan perasaan aku mati di situ. Aku buang kasut dan simpan ke tepi, lalu bergegas untuk masuk ke dalam surau. Baru sahaja nak masuk ke dalam surau, aku tengok ada seorang murid perempuan sedang duduk mengadap ke arah kubur (surau bahagian perempuan sekolah aku betul - betul bersebelahan kubur. Yang memisahkan kubur dengan surau kami, hanyalah pagar dawai hijau berjaring- jaring). Budak perempuan itu ketika itu memakai baju putih dari atas hingga bawah dan sedang bercakap seorang diri. Aku waktu itu tidak takut cuma kehairanan. Aku panggil cikgu yang bertugas malam itu dan memberitahu apa yang aku nampak.

GangguanWhere stories live. Discover now