Bab 1

2.9K 145 89
                                    

Fail yang dipegang dibimbit dengan penuh berhati-hati. Baju yang dipakainya dikemas sedikit supaya lebih kelihatan cantik. Manalah tahu ada yang tersangkut padanya nanti. Perasaan betul orang macam aku ni! Syara menggeleng kepala mengenangkan apa yang difikirnya. Rasa nak termuntah pun ada mengenangkan dirinya yang terlanjak berangan memikirkan perkara yang bukan-bukan.

Pintu mesyuarat itu dibuka lalu Kepalanya ditunduk perlahan pada boss besarnya menandakan hormat lalu dengan penuh sopan dirinya melabuhkan duduk pada kerusi yang disediakan. mukanya diselambakan tanpa menghiraukan wajah ketat Encik Mansor.Pekerja yang memerhatinya dari tadi juga tidak dihiraukan. Kelihatan kerusi di dalam mesyuarat itu telah dipenuhi oleh semua pekerja.

"aduyai kenapalah aku boleh datang lambat ni!"monolog Syara dalam hati.

"boleh jelaskan kenapa datang lewat? Hampir setiap hari awak lewat! Awak nak saya berhentikan awak ke?" marah benar Encik Mansor padanya kali ini. Tapi salahnya juga kerana selalu datang lewat. Mata Encik Mansor yang mencerlung padanya dipandang sekejap kemudian tidak lama mata Syara menunduk dibawah meja memandang tangannya.

"saya....."

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!"

Encik Mansor bersuara dengan matanya masih memandang padaku dengan pandangan tidak puas hati. Dapat aku tahu melalui ekor mata.

"What happen Encik Mansor? Any problem?" kedengaran penuh diingin dan tegas.

Suara garau seseorang menghentikan ungkapan aku yang belum habis tadi dan menghentikan perbalahan diantara aku dan Encik Mansor. Dalam hati aku berterima kasih pada lelaki itu. Jika tidak pasti aku perlu meletakkan kapas pada telingaku untuk mengelakkan telinga aku pekak mendengar bebelan Encik Mansor. Aku hanya menunduk tidak berniat mahu membuat apa-apa.

Encik Mansor tersenyum memandang gerangan yang bersuara itu. Mereka bersalaman dan berpelukkan seperti kawan lama yang sudah lama tidak berjumpa. Raut wajah Encik Mansor tadi kembali ceria.

"Kenalkan boss baru korang yang akan menggantikan saya. Tujuan mesyuarat ni sebenarnya untuk beritahu kamu semua yang saya akan berpindah ke syarikat lain dan tidak lagi bertugas di syarikat ini. saya harap kamu semua mampu bekerjasama dengan boss baru ini." Encik Mansor menepuk bahu Alex Lee untuk kenalkan diri pada semua pekerja disitu.

"My name is Alex Lee and just that!" hanya senafas Alex Lee memperkenalkan diri tanpa berniat mahu memanjangkan cerita. mata Alex memandang sekliling untuk mengenali muka pekerja-pekerjanya sehinggalah matanya menangkap seorang perempuan sedang menunduk dari tadi.

"kau memang nak kena perempuan!" monolog Alex.

"and.....you!" Alex menunding jari pada Syara yang dari tadi menundukkan muka daripada memandang ke hadapan.

Syara masih lagi tidak mahu mengangkat wajahnya. Takut menguasai dirinya. Menggelentar lututnya kerana dipanggil oleh Alex si boss yang akan mengantikan Encik Mansor nanti.

"where's your manner?"mencerlung mata Alex memandang perempuan dihadapannya itu. Mata biru Alex semakin lama semakin bertukar warna. pekerja yang berada di situ terkejut memandang mata Alex boss barunya itu. pantang dirinya apabila sedang berbicara tetapi hanya menunduk saja. menjadikan dirinya berbicara dengan lantai.

Siapa Hak Kau?!Where stories live. Discover now