-5-

3.7K 147 0
                                    


"Abang, ada apa suruh Iz datang rumah tiba tiba ni? Macam urgent je bunyi masa abang call tadi, buat Iz risau je. Ada yang tak kena ke?" tanya Fariz penasaran.

"Abang ada benda sikit nak bincang dengan kamu Iz. Pasal Afeef. Tu yang abang suruh kamu kesini." jawab Babah.

"Afeef? Oh ya, kenapa dengan dia? Dia ok tak?"

"Hmm dia sekarang dekat luar, buat group assignment katanya. Macam ni, abang risau dengan pelajaran dia." ujar Babah.

"Kenapa dengan pelajaran dia bang? Ada yang tak kena dengan course dia tu ke?" tanya Fariz sambil mengerutkan kening.

"Pointer dia makin lama makin jatuh, malah ada subjek yang kena repeat. Abang risau, dia tu macam tak kisah je dengan pelajaran dia. Afeef tu makin lama umur makin menginjak, sampai bila nak tahap tu je. Bukan setakat tu, dia pun selalu keluar malam, lepak dengan kawan kawan sampai tengah pagi, ponteng kelas. Hm abang pun salah, sentiasa manjakan dan terlalu bagi kebebasan pada dia. So sekarang abang yakin yang abang dah fikir masak masak. Kalau boleh abang nak dia tinggal dengan kamu Iz." kata Babah. Fariz membulatkan mata tanda sedikit terkejut dengan permintaan abangnya itu.

"Tinggal dengan Iz? Maksud abang, tinggal dekat rumah Iz??" tanya Fariz dengan wajah blur. Yelah mahu tak blur, biar betul Afeef tinggal dengan dia??

"Ye betul. Biar Afeef stay rumah kamu, memandangkan kamu pun sekarang tinggal di Shah Alam. Dekat sangat dengan kampus Afeef tu. Abang pun bukan selalu ada kat Malaysia ni, minggu depan abang dah nak kena gerak pergi Hanoi. Kena lawat site dekat sana. Lagilah abang risau dengan keadaan dia tanpa abang. Abang mintak tolong sangat, abang harapkan kamu je boleh ubah Afeef tu."

"Err tapi bang, macam mana abang yakin yang Iz ni boleh ubah Afeef? Sedangkan Iz dengan dia bukan rapat pun. Yelah jumpa pun jarang, Iz risau dia awkward je nanti." soal Fariz pula. Mana tidaknya, dia jumpa Afeef tu pun jarang sekali. Takpun bila jumpa, perbualan tak panjang.

"Abang yakin kamu ialah orang yang sesuai untuk ubah Afeef. Dia pasti dengar cakap kamu memandangkan kamu ni tegas Iz. Dengan abang, dia tu tak takut." ujar Babah. Fariz mendiam memikirkan permintaan abangnya itu. Takkan nak tolak? Lagipun bukan sesiapa, anak buah tiri dia jugak. Lagipun tak sanggup cakap tidak kepada abang tirinya itu. Walaupun Babah dan Fariz ni adik beradik tiri, hubungan mereka sangat erat/kuat seperti ikatan kandung.

"Iz boleh terima permintaan abang. Tapi Iz pun ada something nak mintak?"

"Apa dia Iz? Cakap je kalau boleh abang tunaikan, abang akan."

"Secara jujur Iz tak berapa setuju kalau abang masih nak manjakan dia dengan credit card, kereta. Iz sebenarnya tak nak dia bermewah macam sebelum ini, Iz tak nak ajar dia 'selesa'. Tapi buat sementara ini Iz akan bagi kelonggaran & peluang dulu pada Afeef. Kalau dia buat hal & perangai, Iz harap abang tak kisah dengan tindakan Iz pada dia. Abang jangan risau, Afeef tu pun anak buah Iz. Tahulah macam mana Iz nak jaga dia dengan cara Iz sendiri. Iz harap abang bagi kepercayaan ni pada Iz?"

"Baiklah Iz kalau kamu rasa ini yang terbaik. Abang tak kisah asalkan ia memberi kebaikan kepada Afeef. Apa sahaja kata kamu itu abang ikutkan. Jadi kamu setuju lah ya Afeef tinggal dengan kamu? Syukur alhamdulillah! Nanti abang akan bincang dengan dia pasal ni."


'Eh, Range Rover merah?' tanyaku dalam hati bila melihat kereta tersebut di luar pagar depan rumah. Siapa pulak yang datang rumah ni? Kawan Babah kot. Setelah aku keluar dari kereta, aku pun mengorak langkah menuju masuk ke dalam rumah. Babah sedang rancak berborak dengan seorang lelaki. Lelaki itu duduk membelakangi jadi aku tak pasti siapa dia. Babah perasan aku tercegat depan pintu depan, lalu dia dia tegur aku. Lelaki tersebut pun berpaling ke belakang untuk memandang aku. Eh Paksu?!

"Haa Fee, dah balik. Meh sini. Paksu kamu ada datang ni." arah Babah. Aku pun menuju ke arah mereka lalu duduk di sebelah Babah.

"Eh kamu ni, ada pulak terus duduk. Pergi bersalam dengan Paksu dulu." suruh Babah kepada aku. Aku pun satu hal, dah tahu pakcik aku dekat depan ni bukan nak bersalam dulu. Fariz hanya memberi senyuman selepas Babah menegur aku begitu, aish. Aku pun bersalam cium tangan Fariz lantas kembali ke sebelah Babah.

"Apa khabar Fee? Dah lama tak jumpa, makin besar dah anak buah I ni." sapa Fariz dengan suara machonya. Kali terakhir aku jumpa dia pun beberapa tahun lepas. Tak banyak perubahan pada wajahnya. Malah makin segak, tak makan dek usia walaupun telah menjangkau 30 an.

"Fee sihat je. Paksu bila balik Malaysia? Berapa hari Paksu kat sini?" tanya aku pula. Sejujurnya aku tak tahu nak tanya apa, awkward. Babah tergelak bila dengar soalan aku. Ada yang tak kena ke?

"Fee, Paksu kamu ni dah tak kerja kat Singapore lagi. Dia dah pindah balik sini setahun lebih yang lepas. Tu lah masa Paksu balik Malaysia haritu dia ada datang ke sini, Fee pulak kebetulan tak ada kat rumah." jelas Babah kepada aku. Oh maksudnya Fariz ni dah pindah Malaysia sejak setahun lebih yang lepas & dia dah tak tinggal mahupun kerja kat Singapore lagi.

"Ye betul, I dah tak kerja sana lagi. Rasa dah tiba masa kerja dekat negara sendiri." kata Fariz sambil teliti memandang aku. Tiba tiba Babah mencelah.

"Ha kebetulan Fee kat sini, Babah ada something nak bagitahu ni. Babah harap Fee faham dengan keputusan Babah, sebab ini yang terbaik buat Fee." kata Babah dengan nada yang berbaur serius. Aku cuak! Apa benda yang cuba disampaikan oleh Babah ni? Depan pakcik aku pulak tu. Fariz hanya membatu memerhatikan kami.

"Er apa dia Bah? Serius je bunyi." tanyaku acah acah tenang.

"Mulai bulan depan, Fee kena tinggal dengan Paksu. Babah pun tak lama lagi kena berangkat ke Hanoi & berbulan dekat sana. Jadi Babah risau takde siapa yang akan tengokkan Fee." ujar Babah. Aku terkejut beruk dengan kata kata Babah. Dah kenapa pulak aku kena stay dengan Fariz?!

"Ha?! Kenapa Fee kena stay dengan Paksu? Fee tahu lah jaga diri, lagipun ada Mak Mah kan. Fee tak nak!" jawabku enggan. Aku tak nak!

"Mak Mah tu lain, Paksu lain. Babah tak nak Fee main main lagi, biar kali ni Paksu yang akan pantau Fee. Babah pun bukan selalu ada kat Malaysia ni untuk tengokkan Fee. Lagipula Paksu tinggal dekat je dengan kampus Fee tu, so senang. Ini semua untuk kebaikan Fee sayang, selama ni banyak peluang Babah dah bagi kat Fee tapi hasilnya sama. Fee tetap dengan perangai Fee yang lama, pointer Fee malah makin merudum. Babah nak Fee berubah. Biar Fee boleh fokus study dengan baik, kalau tak faham tanya Paksu, Paksu boleh tolong. Dia pun background bisnes jugak." pujuk Babah sambil mengusap rambut aku. Aku tetap membantah!

"Fee tak nak, Bah!! Fee tetap nak duduk sini. Babah tak boleh paksa Fee! Fee tak nak tinggalkan rumah ini!" aku tetap berkeras dan berdegil.

"Fee sayang, bukan bererti kamu terus tinggalkan rumah ini sayang. Buat sementara saja Fee tinggal dengan Paksu. You can leave the house once everything getting better. Fee sayang Babah kan? Fee anak manja Babah kan? Please dengar cakap Babah ya sayang. Tolong tunaikan permintaan Babah kali ni, Babah cuma mintak ini saja dari Fee. Paksu pun tinggal sorang, so he can give fully attention to you." pujuk Babah lagi sambil memeluk aku. Aku sejujurnya tak nak malah belum cukup bersedia, aku bukan rapat pun dengan Fariz jadi aku tak tahu dia ni seorang yang macam mana. Jauh di sudut fikiran aku terngiang adakah aku masih boleh keluar lepak dengan kengkawan aku lagi? Balik tengah pagi? Ponteng kelas? Bangun lambat? Huh! Kali ni aku tak dapat membantah permintaan Babah, aku terpaksa akur. Cuma satu, harapan aku semoga perangai Fariz persis Babah. 

BENCINTAWhere stories live. Discover now