-19-

4.1K 170 76
                                    


Mata aku tak lekang dari melihat Fariz dan Amin yang sedang berborak di pantri bertemankan secawan kopi di tangan. Si Amin siap ukir senyum lagi ketika berbual dengan Fariz. Nafas aku turun naik. Dah hampir 10 minit mereka disitu, entah apa yang dibualnya. Menyampah!

"Uitt! Tengok apa tuuu?!" tegur Kak Zana. Terkejut aku!

"Haish akak ni, terkejut Fee. Err mana ada tengok apa pun. Tengah buat kerja je ni." tipu aku.

"Hmm cuba tengok tu, akak suka betul dengan cara pakcik Fee. Bukan main friendly dia dengan Amin tu. Busy macam mana pun dia, ada je masa nak borak dengan staff. Tuan Fariz tu nampak je tegas tapi sebenarnya hati baik. Suka tolong orang. Dah ramai dah pekerja kat sini yang dia tolong Fee. Sebab tu lah kat sini kami semua rapat sebab cara dia layan kami pun bagus. Hmm, untung Fee ada pakcik macam dia." puji Kak Zana.

"Tapi dia tu kekadang annoying la kak. Suka control Fee." adu aku pula. Saja hehe.

"Dia control sebab dia sayang. Fee tu budak lagi, so normal la di usia Fee sekarang ni akan rasa rimas bila kena control, kena tegur, kena marah. Tapi Fee patut tahu, apa yang dia buat tu sebab dia sayang Fee & tu semua untuk kebaikan Fee jugak. Fee satu-satunya anak buah dia, mesti lah dia jaga dengan baik. Fee patut bersyukur tau dapat pakcik macam tu. Kalau akak kat tempat Fee akak suka tauuu! Dah la hensem, gentleman pulak tu. Sesiapa yang dapat dia ni untung besar!" jelas Kak Zana. Sebab sayang eh? Tapi dia sayang aku setakat anak buah je kan?

"Sebab sayang eh? Hm."

"Mestilah dia sayang Fee. Pernah je dia rushing balik awal sebab risau yang Fee tak dinner lagi. Yang masa Fee demam tu lagi lah dia tak keruan, siap whatsapp Kak Zana cakap tak dapat datang kerja esok pagi tu, sanggup cancel meeting semata nak jaga Fee tau. Ha itu belum lagi cakap pasal outstation, bukan main cepat dia nak balik. Risau dengan Fee punya pasal. Mungkin Fee tak nampak semua tu, tapi percayalah dia betul-betul nak jaga Fee." tambah Kak Zana lagi. Aku terdiam.

"Dia sayang Fee sebab tu dia tegas. Dia nak yang terbaik untuk Fee. Fee pun kena la dengar cakap dia, kena la hormat dia. Jangan lawan, tak baik tau. Ok lah, akak nak sambung buat kerja ni." Kak Zana pun beredar. Aku kembali melihat pantri, mereka sudah tiada. Aku tak faham kenapa makin lama perasaan cemburu aku makin kuat, perasaan insecure jangan cakap lah apatah lagi dengan Amin. Dia kan budak pandai, dengar cakap, innocent, rupa pun boleh tahan, logik lah kan kalau Fariz jatuh hati? Tambahan lagi Fariz pun dah lama membujang dan tiada girlfriend, tak mustahil jugak pakcik aku ni songsang? Ternampak kelibat Amin yang sedang menuju ke tandas, aku pun segera bangun dari kerusi untuk ikutnya kesana juga.

"Kalau nak kerja tu buat cara nak kerja. Jangan tahu nak mengurat bos je." perli aku sambil membuka pili sinki untuk mencuci tangan. Amin lantas memandang aku sambil senyum.

"Afeef. Sumpah saya tak ada niat macam tu. Saya mintak maaf kalau buat awak tak selesa tapi saya bukan orang macam tu. Saya hormat Tuan Fariz sebagai majikan saya dan juga sebab dia banyak tolong saya. Awak jangan salah faham ya?" ujar Amin.

"Bagus lah kau sedar diri. Fariz tu tak layak dengan kau. Kau nak tahu something? Orang macam kau ni kira untung ada kat sini sebab paksu aku, kalau tak dah lama aku halau! Kau ingat aku kisah ke kau nak cari duit poket ke kau tak ada duit ke kau tak nak menyusahkan mak bapak kau ke apa ke? Sampai bila bila aku tetap benci kau, faham?!" intonasiku tinggi.

"Afeef.. Saya tahu awak marah, saya mintak maaf. Tapi sampai bila kita nak macam ni? Saya nak sangat berbaik dengan awak." ujar Amin.

"Apa kau cakap? Berbaik? Hahah, berangan lah kau! Kau tak layak jadi kawan aku. Jijik kau faham?! Nah ini yang layak untuk kau!" aku menolak Amin dengan kasar dan malangnya dia tergelincir jatuh dan kepalanya terhentak kuat di bucu dinding. Darah mula membanjiri dikepala Amin. Aku mula gelabah dan cemas. Amin masih lagi terbaring sambil tangannya menyentuh darah tersebut. Aku panik lalu keluar dari tandas untuk meminta tolong. Untung kebetulan Fariz ada berdekatan.

BENCINTAWhere stories live. Discover now