❈ 1 𝔑𝔬𝔳𝔦𝔩𝔲𝔫𝔦𝔲𝔪 ❈

7.8K 485 130
                                    

PAPP!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAPP!!

Buku hijau lumut dengan ukiran tulisan berwarna keemasan di atasnya itu ditutup sebelum dihempas ke atas katil. Gertapan gigi makin kuat menggarap. Ditahan-tahan rasa geram yang membuku di dada daripada meledak.

"Apa kena dengan cerita ni? Pengakhirannya heroin mati begitu aje ke? In the end lelaki yang dia cinta itu tidak membalas cinta dia pun. Ish, tak masuk akal langsung! Sebab cinta dia sanggup mati? Aku tak tahulah si Thana ni bodoh ke, biul ke, bangang? Buta sangat dengan cinta tak kesampaian dia tu!" bebel aku, seorang Haura sendirian.

Mulut bukan main jaguh berbicara. Namun, hakikatnya aku sendiri tidak memahami makna di sebalik tirai 'cinta' yang tidak pernah aku singkap.

Tak sampai beberapa minit selepas aku usai mengkhatamkan novel di sebelahku ini, kantung mata sudah mula memberat.

"Hmm... mengantuklah pula."

Spontan belakang tangan menutup mulut, menahan kuap. Kantuk datang berkunjung di antara kantung kewarasan sadar.

Tubuh badan kemudian dihempas ke katil. Tubuh terposisi secara menelentang dengan tangan yang didepakan seluas-luasnya sambil berbaring. Lantunan cahaya lampu tidur yang agak kekuningan membias pada siling bilik, mata ini pandang kosong.

Jika aku yang jadi Thana, mustahil aku akan cintakan lelaki yang langsung tidak mencintai aku semula.

Diikuti dengan monolog sendirian itu, satu suara yang seolah-olah terdengar berbisik di telinga ini, berkata,

"Cinta itu buta, Haura." Gemersik sekali bunyinya.

Buta kerana mereka yang memilih untuk membutakan mata daripada melihat cacat-cela yang terletak pada makhluk yang mereka puja. Mereka pekakkan telinga sehingga tidak sedar keegoan mereka tidak lagi mendengarkan hujah bahawa cinta suci yang mereka dambakan akan menarik mereka jatuh ke dalam jurang kesengsaraan. Yang mungkin sukar untuk mereka memanjat kembali.

Aku membidas.

Benar. Pabila takhta cinta itu digadai dan tidak diletakkan pada takhta yang sepatutnya, maka ianya tidak layak lagi dipanggil cinta yang kononnya mereka anggap suci. Cinta yang benar-benar suci hanyalah cinta kepada Allah dan cinta yang disandarkan di atas jalannya.

Cinta monyet or beruk and whatsoever itu, bukannya cinta tapi dusta semata. Saat kesucian cinta itu dikotori oleh hati mereka, saat itulah tiada lagi istilah cinta yang selayaknya dipanggil cinta!

Nafas terdengus geram. Panjang berjela pula aku membebel dalam hati, menyatakan ketidaksetujuan.

Kepala meneleng ke kanan. Buku hikayat yang berjudul The Untold Storia itu aku tatap. Mengapa tajuknya pelik semacam ya? Mengapa 'The Untold Storia'? Setelah sekian lama menjatuhkan pandang pada buku di sisi, soalan itu muncul sekali lagi dalam benak aku.

| QUEEN D'AMORE | A Delusion Veil [Bakal Terbit]Where stories live. Discover now