Botol air milik aku terus di capai pantas. Aku perlu cepat untuk beli kek strawberi. Kalau habis, menangis meraung pun siapa yang nak bagi? Dengan pantas aku menuju ke arah kantin sekolah.
Sampai sahaja di hadapan kantin, langkah aku mati saat terlihat Baekhyun bersama Jongin sedang menyuap kek strawberi ke dalam mulut mereka. Er, kalau habis kek strawberi ni memang punca Jongin lah.
Mata aku tertancap pada Baekhyun. Dia comel dalam apa jua keadaan. Aku hanya tersenyum kecil memandang Baekhyun.
"Seuljin, ayam goreng aku?"
Aku menjeling tajam ke arah Jongin.