Sudah lebih lima belas minit aku menunggu Jongin, langsung tidak nampak batang hidung. Aku rasa dia tipu aku, mentang mentang aku senang kena tipu. Aku mencebik perlahan.
Bekas plastik berisikan buah strawberi aku tenung lama.
"Happy birthday baekhyunnie" ucapku sendirian sambil mengukir senyuman kecil.
"Terima kasih"
Dengan pantas aku menoleh ke belakang. Aku hanya dapat lihat sekarang bukan Jongin, tapi Byun Baekhyun. Jantung aku bagaikan mahu pecah. Jongin penipu!
Aku bangun dari duduk dan terus mengahadap Baekhyun. Badan aku kaku melihat wajah Baekhyun.
"Terima kasih sebab tak pernah berhenti mencintai saya" ucap Baekhyun lalu memeluk erat tubuh aku.
"Mungkin awak tak sedar, yang saya dah lama jatuh cinta pada awak, Seuljin" sambungnya lagi.
"Hadiah untuk hari lahir saya bukan strawberi tu, tapi awak" suara ikhlasnya menyapa ditelinga aku.
Aku hanya tersenyum kecil dan membalas pelukan Baekhyun. Akhirnya, cinta aku terbalas jua.
Jongin hanya tersenyum gembira sambil menyuap buah strawberi ke dalam mulutnya.
Baekhyun..
You drive me crazy.
Tamat.