"PD Nini, awak pasti?"
Perempuan yang memakai cermin mata dan berjaket biru itu terus mengangguk. Mukanya menunjukkan riak keyakinan yang ideanya itu boleh mengubah semula nasib stesen TVC.
"MBC setuju nak bagi kita hak penyiaran rancangan 'We Got Married'. Ini satu peluang emas dan kita kena guna peluang ini dengan sebaik mungkin."
Di depannya ada beberapa orang berpengaruh dalam stesen TVC jadi PD Nini perlu berusaha memujuk mereka.
"Awak rasa WGM masih relevant ke? Masih ada orang nak tengok rancangan ni?"
"Orang akan tengok, kalau diorang ada sebab nak tengok." PD Nini senyum.
Dia bagi isyarat kepada assistant nya untuk membuka slide presentation.
"That's why kita kena create that reason. Kita kena tampilkan couple yang memang penonton anticipate nak tengok , jadi for sure rating kita akan tinggi untuk setiap minggu."
The board directors saling berpandangan antara satu sama lain.
"And... who will be that couple?"
PD Nini senyum meleret. Dia tekan button, dan terus terpampang gambar pasangan yang memang ada dalam fikirannya sejak dia menerima proposal untuk WGM.
"Sehyo."
"Mereka berdua tidak mengenali antara satu sama lain. Tapi.. ada ramai peminat yang ingin lihat mereka bersama. Jadi, audience dah ada. Kita cuma tinggal untuk present saja lagi."
Semua directors berbisik antara satu sama lain sebelum mula bersetuju dengan PD Nini.
"Kami akan usahakan budget. Awak kena make sure yang idea awak ni berjaya."
PD Nini buat isyarat 'okey'. Dia pandang assistant nya sebelum kenyitkan mata. "Now, we hava a lot of works to do."
Song Jihyo letak buku skrip selepas menelitinya. Dia gelak kecil.
"Youngbae ah, bila kau call pagi tadi suruh datang office, aku ingatkan there's another new movie project. Tapi, ini reality show."
Jihyo angkat buku skrip sekali lagi sebab nak baca tajuk. "We.. Got Married."
Kemudian dia teringat dekat rancangan realiti Taiwan yang dia pernah participate sebelum ni, bersama Chen Bolin.
"Bukan formatnya sama je ke dengan 'We Are In Love'?"
Youngbae angguk tapi matanya masih tertumpu kepada bola golf. Setelah pastikan bola golf tersebut masuk ke dalam lubang, dia pusing ke arah Jihyo.
"Yes betul dear. Boleh cakap konsepnya lebih kurang sama. Tapi, aku lagi prefer WGM sebab its more CHALLENGING." Youngbae dah start senyum jahat dekat Jihyo.
"Oh, dia ada buat aktiviti lasak jugak ke? Contoh macam terjun dari bangunan? Lompat dalam mulut buaya? Atau tidur dalam sangkar harimau?"
"No, of course not! Itu dah macam documentary untuk wild animal."
Jihyo gelak je. "Habis tu..."
"Show ni a little bit more challenging as kau kena tunjuk kehidupan lepas kahwin."
Jihyo buat-buat terkejut. "Youngbae ah, since when aku dah kahwin? Boyfriend pun aku tak ada, macamana pulak aku dah kahwin?"
Youngbae terpaksa jugak lepaskan set mini golf kesayangannya. Susah nak berbincang dengan Jihyo kalau dia dah start main-main macam ni. Dia kemudian duduk di kerusi, menghadap Jihyo.
"Minggu lepas aku dapat call dari PD Nini. She's my junior's friends' cousins' sister in law... Dia propose dekat aku projek WGM ni. Kau sendiri tahu kan show ni pernah famous suatu ketika dulu sebelum hilang ditelan dek zaman. Tapi, dia cakap show ni akan buat comeback dan dia propose untuk kau jadi main cast."
YOU ARE READING
US
FanfictionHye everyone, this is Nini. Nini bercadang nak buat cerita Sehyo yang tak berat dan santai. US... Tak tahu kalau cerita ni boleh sampai ke penghujung atau tak, tapi Nini try.. Hehe. Start: 06/05/2019 End: --/--/----