Bab 3

88 3 0
                                    

"Aku nak pergi tandas kejap."Lantas saja Damia bangkit dari meja makan dan bergegas ke belakang.Aku tak menjawab malah hanya melihat pemergiannya.Makanan diatas meja hampir separuh saja aku habiskan.Rasa tiada selera pula.Telefon Iphone dari kocek seluar aku ambil.Media sosial instagram aku buka.Notifications dari semalam satu-persatu masuk.Malas nak layan hal sekeliling akhirnya aku tenggelam dengan hiburan media sosial.

"Minah ni kang sekejap dia memang 20 minit ke apa?"Jam ditangan dikerling.Tunggu Si Damia memang mencabar sikit.Semalam nak ambil aku dekat rumah pun lama.Ni pergi toilet je pun kau buat hotel ke dalam tu.

"Hai.Sorry lama."Tersengih macam kerang busuk.Besar kecil je aku tengok dia tersengih depan aku.

"Eh tak apa.Kalau boleh biar sampai tidur dalam toilet tu pun aku tak kesah."Jelingan maut aku sempat berikan.Damia makin lama makin panjang sengihnya.Malas nak tanya apa yang dia buat dalam tu terus saja aku ke kaunter untuk bayar makanan kami.

"Beb..psst!"Aku menoleh kearah Damia.Kerutan didahi aku mula kelihatan.

"Kau apasal bisik-bisik?"Balasku mendatar.

"Ish!tu tengok tu!"Dia memusingkan badan aku mengiring ke kanan.Aku pula hairan apa yang dia nak tunjuk sebenarnya.

"Kau nak tunjuk apa?"soal aku setelah hampir beberapa saat seperti orang bodoh berdiri tak nampak apa.

"Tu.Mamat yang duduk dekat hujung kedai tu."

"Mana?ouh haah kenapa?"Jawabku setelah mata tertangkap seorang lelaki bertopi merah dan berhoodie kelabu di sudut hujung meja makan.Dia menurunkan lagi topinya apabila sedar diperhati oleh kami.

"Dia bukan mamat yang langgar kau ke tadi?"Soalan Damia buatkan aku menoleh kearahnya.

"Wah!yakinnya kamu!Kalau salah orang macam mana ha?"Aku kembali menghadap kaunter setelah huluran baki aku diterima.

"Ish betulla itu dia!Kurang ajar betul.Dah langgar kau kuat-kuat pastu tak minta maaf.Siap stalk lagi."Ujar Damia dalam nada geram.

Aku mengeluh kecil.Sambil-sambil memasukkan duit dalam wallet sambil tu aku membebel.

"Biarlah dia.Aku tak kesah pun.Aku dah cakap,orang macam tu tak payah dila...Woi Damia!"Aku terus kelang kabut apabila melihat Damia segera serbu lelaki tak dikenali tu.Terus minah tu hentak tangannya dimeja dihadapan lelaki tu.

"Hey!you ni memang tak ada adab ke?Ingat i tak cam muka sangap you tu?Dah langgar kawan i siap ikut kitorang lagi ewah kau."Damia terus berpeluk tubuh dihadapannya.Mampus!

"Weh!apa benda kau ni?Sorry!kitorang tak ada niat nak kacau you minum.Jom!"Terus aku menarik Damia namun gadis itu yang menarik aku.

"Minta maaf sekarang!Baru kitorang pergi.Hoi!"Meja dihentak lagi.Segelintir pelanggan mula memandang kami dengan wajah yang bengis.Siapa je suka minum petang mereka diganggu?Aku menggaru kepala yang tak gatal.

"Dah la Damia..kau.."Ayat aku terhenti.Lelaki bertopi yang menunduk tadi mendongak memandang kami.Statik mulut kami berdua terkunci.Damia seakan terpaku kerana dia menggigit bibir bawahnya dan aku terkedu.

"You guys dah kacau customer lain.Tak malu ke?"Dia bersuara buat kan aku dua kali ganda terkedu.Mata kelabunya menjadi tatapan aku.Kenapa macam..

"No sekarang you langsung tak cam muka kawan i ni ke?Yang you langgar tengah hari tadi tu siapa?Dinding?"Soalan Damia buatkan aku terkebil.Lelaki itu tersenyum sinis sebelum bangkit mendekati kami.

"Kau berdua dah ganggu kerja aku.Sekarang aku nak kau bayar air aku."Jawabnya tenang.

Apa yang aku sedar sekarang ni.Mata dia tak henti tatap wajah aku.

"Thank you,ladies."Terus saja dia berlalu pergi.Damia sudah menahan geram.Aku seperti tiada reaksi melihat dia tadi.

"Urgh!Acah nak mampus!Mentang-mentang ada rupa adab dicampak merata."Damia sudah mula kan sesi bebelannya.Aku mengeluh kecil.Air jus yang di minum separuh oleh lelaki tadi dipandang sekilas sebelum aku ke kaunter untuk membuat bayaran.

"Kau pun satu jangan diam je.Kita perempuan kena garang sikit.Kalau kau biar je sampai bila-bila orang tak akan respect kau."

"Yelah Damia.Aku malas nak bertekak dengan mana-mana mamat sekarang ni.Better aku diam.Kau pun tengok lah cara dia layan kita.Nak tak nak je kan?that's way aku suruh biar je manusia tak ada adab macam tu.Biar karma membalas sudah."Balasku panjang lebar.Damia disebelah sudah memuncungkan bibirnya tanda putus asa mahu menjawab.Aku tersenyum kecil.

"Dah lah kau ni.Muncung-muncung nak pergi mana?Aku tau kau tak kenyang lagi.Big Apple jom?"soal aku buatkan Damia tersenyum riang.

"Jooom!Aku nak beli 2 kotak!"ujarnya terus menarik aku.Rasanya aku dah terlepas cakap apa yang aku tak patut.Well,for her anything.Damia satu-satunya sahabat yang aku paling rapat sejak form 1 dulu.

Sekarang?tua dah.Tahun ni masuk 22.
Belajar pun tak habis lagi disebabkan sisi gelap aku ni.Kalau nak diikutkan aku tak layak pun jejakkan kaki dekat college aku lagi.Setiap kali aku datang,ada la mana-mana mata yang tak puas hati pandang aku atas bawah.Lelaki perempuan sama saja.

Sejak aku difitnah buat benda yang tak elok dengan Adam,aku putuskan hubungan kami.Siapa sedar kan selama ni aku difitnah oleh girlfriend kedua dia?Dia hanya menduakan aku.Rasa bodoh pula teringat memori bersama Si sialan tu.

Disebabkan dia lah aku asyik ditangkap.Aku jadi liar.Asyik main kan perasaan mana-mana lelaki yang aku jumpa.Damia saja yang backup aku dan ajar aku cara hidup 'bebas' dan 'tenang'.

Sekarang aku nak habiskan hidup aku dengan mempengaruhi perasaan lelaki.Itu moto hidup aku.Cinta?huh.Boleh mampus lah benda tu.Takkan pernah wujud dalam kamus hidup aku lagi.

Atau,

Mungkin terselit?

Kau Yang Pertama & TerakhirWhere stories live. Discover now