Lo Siento ➡ Part 32 ⬅

26 0 0
                                    

" Kau! Kau, tak guna ! "

Wonho terus memukul Hanbin. Kemudian dia meninggalkan Hayeon dalam keadaan terpinga-pinga. Tanpa mendengar penjelasan Hayeon, wonho melangkah pergi meninggalkan Hayeon. Mungkin dia sudah salam faham.

Hayeon hanya menitiskan mutiara jernih. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.

" Tak! Tak boleh Hayeon, kau dah susah-susah nak dapatkan Wonho. Takkan nak mengalah ? kau kena berusaha! Ya, betul lebih baik aku kejar dia. "

Hayeon mencapai beberapa plastik barangan. Digemgam erat dikedua belah tangan. Kakinya mengikuti langkah dan jejak Wonho yang tidak jauh di hadapan.

" Wonho! Kajjaman! Tunggula. Dengar dulu apa yang saya nak cakap ni~ "

Hayeon terus mengikuti Wonho. Wonho hanya berjalan menapak pergi tanpa menoleh ke arah Hayeon. Sampai sahaja di seberang jalan berhampiran dekat tempat letak kereta, langkah Wonho terhenti.

" Kau nak apa ! " jerit Wonho.

Wonho menoleh ke belakang. Menghadap Hayeon yang memang dari tadi mengikutinya. Tangan Wonho dikepal. Dia bergerak setapak demi setapak ke arah Hayeon.

Hayeon yang melihat dan mendengar jeritan Wonho, dia terkejut. Takut. Dia terus menginjakkan kaki ke belakang sedikit demi sedikit sehingga langkahnya terhenti kerana ada diding mall.

" Saya nak jelaskan perkara yang terjadi tadi. Tolong lah dengar. Arghh! "

Hayeon menjerit apabila Wonho meletakkan tangannya secara spontan di dinding.

" Kau tak payah nak jelaskan apa-apa aku tak perlukan penjelasan dari kau. "

Sekali lagi Wonho melangkah melintas jalan raya. Tiba-tiba terdengar bunyi hon kereta dan juga beberapa orang yang menjerit. Seperti yang Wonho duga ada satu kemalangan yang baru sahaja terjadi.

Tak mungkin itu Hayeon. Detak Wonho dalam hati. Dia terus menghampiri orang yang mengelilingi tempat kejadian itu. Kelihatan Hayeon berlumuran darah. Plastik-plastik tadi sudah bertaburan.

" Hayeon! "

" Wonho~ uljima. Lo Siento untuk segalanya. Terima kasih sebab sudi terima saya dalam hidup awak. Kepala saya sakit. Saya sudah ingat tentang kemalangan tiga bulan lalu. Plastik-plastik ni bertaburan sama dengan novel saya yang bertaburan. Berlumur dengan darah. Sakit badan saya ni sama masa kecewanya hati saya masa tu... jadi saya nak awak ma.... " kata Hayeon perlahan.

" Hayeon shi! Aniya~ aniya~ saya salah. Awak bertahan yer. Saya yang patut minta maaf. Selama ni saya layan awak teruk. Pasal tadi awak tak payah jelaskan apa-apa.. saya tahu itu anak buah Taehyung. Saya cuma cemburu bila awak bercium dengan lelaki lain... jadi jangan tinggalkan saya. Saya arahkan awak! Jangan tinggalkan saya, saya dah bukakkan hati saya seluasnya untuk awak.. hiks ! "

Wonho memeluk Hayeon. Tanpa sedar dia memeluk Hayeon erat. Ambulan masih tidak sampai. Tangan Hayeon mengusap-ngusap lembut pipi Wonho. Dia tersenyum. Walaupun dia amnesia, dia bahagia kerana amnesia itu telah membukakkan hati Wonho untuknya...

" Saya dah jadikan novel awak realiti kan ? Saya cuma nak awak tahu.... saya cintakan awak. "

Itulah kata-kata terakhir yang dilafazkan oleh bibir Hayeon.

Tbc : Lo Siento

Votment plis readers
Tq saranghae 😍🍀❤💕

[C] Lo Siento | WonhoWhere stories live. Discover now