"Woii! Bangun!" Danial menjerit.
Hampir pekak telinga medina. Perlahan lahan dia membuka matanya. "Kita katne ni?" Tanya medina sambil menggosok matanya yang mamai itu. "Agaknya kat mana eh?" Tanya daniel. Medina memandangnya sekilas. Wahh besar betul rumah ni! "Rumah kita ke?" Tanya medina lagi. "Tak. Rumah akak dengan suami akak. Dah, tu amik barang akak tu" Daniel memuncungkan mulut ke arah beg bagasi yang besar. Malas betul nak layan soalan akaknya yang banyak itu. Masuk saja ke dalam perkarangan rumah, medina tergamam. Besar. Dengan kolam renang mini dan kolam ikan juga pondok untuk menghirup udara di luar. Wahh seronoknya. Namun, keseronokan nya tidak dipamerkan. Sebaliknya medina memasamkan muka walau hakikatnya dia sedikit teruja.
_
Dia memasuki rumah itu dengan perlahan lahan. "Assalamualaikum.." kata medina. Dia segera menaiki tingkat atas. Tak sabar nak tengok bilik barunya. "Aik . Merajuk ke dina tu?" Tanya mamanya kepada daniel. "Tah. Biarla dia." Daniel malas layan. Dia hanya membiarkan kakaknya yang sedang bersusah payah menaiki tangga dengan beg yang besar itu.
_
"Wahhh omagigodd cantiknya bilikni!" Medina menjerit perlahan. Di dalam biliknya itu, ada tangga mini . "Hemm agaknya tangga mini utk kemana eh?" Dia menaiki tangga itu dengan teruja. Sampai sahaja di tingkat atas. Rupanya itu bumbung! " wahh!" Dia menjerit. Dia duduk di atap bumbung itu sambil menikmati pemdangan di kawasan perumahan barunya yang tenang itu. Klakk! Dia terdengar bunyi . Bunyi itu datang dari rumah jiran. Dia segera mengintai. Terlihat seorang yang tidak kdikenali cuba membuka pintu jiran sebelah. Tak guna, pencuri! Desis hati kecil medina. Dia berlari ke tingkat bawah dengan segera.

YOU ARE READING
Kita kawan ek?
Short StoryHi. Nama saya Arissa Medina dan ini kisah hidup saya. Baca? Hmm mestilah kena sebb hidup saya nii ahhh merapu je. Apa apa ponn jangan lupa baca . Kisah seorang gadis yang bernama Arissa Medina dan seorang lelaki yang agak pelik perangainya. baca jan...