[1]

462 23 6
                                    

"Eomma! Saya pergi dulu!"

"Yah, Byun Baekhyun! Sarapan dulu sebelum pergi sekolah!", jerit Pn. Byun dari arah dapur.

Baekhyun yang kelam kabut memakai kasut di pintu rumah tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berganjak dari situ.

"Tak apalah, eomma. Biar Sehun yang habiskan.", balasnya.

Sehun, adik lelaki Baekhyun memandang abangnya dengan pandangan menyampah. Meluat dengan perangai abangnya itu.

"Tak nak makan sudah! Kalau lapar sebelum waktu rehat nanti jangan salahkan orang dalam rumah ni pulak.", bebel Sehun perlahan tetapi dapat didengar oleh Baekhyun.

"Jangan nak menyumpah. Kau makan je.", kata Baekhyun.

Sehun menggolekkan bola matanya ke atas kemudian menggeleng.

"Dahlah pendek!", bisik Sehun.

"Diamlah!", marah Baekhyun.

Pn. Byun hanya menggeleng melihat gelagat kedua anak lelakinya itu.

"Eomma! Pergi dulu ya.", kata Baekhyun seraya keluar dari dalam rumah.

Dia berjalan ke arah anjing peliharaannya kemudian mencangkung. Kepala anjingnya diusap sebentar.

"Vivi-ah. Jaga eomma dan rumah kita baik-baik ya.", pesan Baekhyun kepada anjing berbulu putih itu.

Baekhyun senyum sebelum berdiri semula dan berjalan ke arah basikalnya yang disandarkan pada dinding konkrit yang memagari rumah mereka. Dia membuka pintu pagar besi itu untuk keluar. Basikalnya ditolak bersama.

Cuaca pagi itu agak cerah. Baekhyun senyum berharap hari itu akan baik-baik sahaja. Dia mula menunggang basikalnya ke sekolah.

~❤~

Baekhyun berjalan ke kelas sambil mencari sesuatu di dalam beg sekolahnya. Sesekali tangannya akan meraba poket seluarnya jikalau telefonnya ada di situ. Tanpa melihat jalan dia terus membongkar isi beg tersebut.

"Mana pulak telefon ni.", soalnya bingung.

Akhirnya, setelah beberapa saat telefon bimbitnya ditemui.

"Ada pun!", katanya sedikit gembira apabila telefon bimbit tersebut sudah berada di dalam tangan.

Namun, tiba-tiba dia berlanggar dengan seseorang. Nasib tidak menyebelahinya apabila punggungnya mencium lantai.

"Aduh, sakitnya."

Baekhyun menggosok bahagian tubuhnya yang kesakitan. Tetapi apabila terpandang telefonnya juga berada di atas lantai dia terus lupa sakit yang dia rasa tadi. Tangannya lantas mencapai telefon tersebut. Dia mendongak memandang manusia yang melanggarnya tadi. Dia memandang geram kemudian berdiri.
"Yah! Yah! Yah! Kau ada mata ke tak ada? Jalan tak tengok langsung!", jerit Baekhyun.

Kelihatan pelajar lelaki yang melanggarnya tadi turut mengusap lengannya. Mungkin dia juga kesakitan. Mata Baekhyun mencuri lihat tag nama lelaki tersebut.

'Park Chanyeol'

"Kau yang tak tengok jalan, nak salahkan orang pulak!", balas lelaki bernama Park Chanyeol itu.

Geram pula dia apabila Baekhyun menyalahkan dirinya.

"Habis tu, kalau dah tahu aku tak tengok jalan tak boleh nak elak?", soal Baekhyun. Geramnya!

"Tengok! Telefon aku dah jatuh.", adu Baekhyun sambil menunjukkan telefonnya.

Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menampar wajah Chanyeol dengan kimchi. Tak pun rumpai laut. Berani betul dia tunjuk wajah tak bersalah dia tu.

School 2019 [ChanBaek]Where stories live. Discover now