Chanyeol mengetap rahangnya. Tangannya sudah digenggam kuat. Tanpa membuang waktu dia melangkah dari situ. Beg kertas yang berisi sekotak hadiah untuk Soo Young dicapai dari meja tempat dia dan Baekhyun duduk tadi dan keluar dari kafe.
"Chanyeol!", Baekhyun memanggil. Namun langsung tidak diendahkan oleh lelaki bertelinga yoda itu.
Dia memandang Soo Young dan Hoshi seketika. Tidak tahu mahu cakap apa dia hanya pergi tanpa satu kata dan mengejar Chanyeol. Sebaik kakinya melangkah keluar dari kafe matanya melilau mencari kelibat Chanyeol. Tetapi tiada langsung kelibat lelaki itu dia nampak.
~❤~
Chanyeol melangkah masuk ke dalam rumahnya. Wajahnya jelas kelihatan muram. Jam di dinding berdetak menandakan jam 8 malam.
"Chanyeol."
Chanyeol menghentikan langkah yang baru sahaja mula diatur untuk ke biliknya. Bagaimanapun wajah lelaki yang memanggilnya tadi langsung tidak dipandang.
"Kamu dari mana? Baru ingat nak balik.", soal En. Park.
Chanyeol menggenggam penumbuk. Bibirnya digigit menahan marah.
"Tak ada pergi mana-mana.", balas Chanyeol dingin.
Dia mula membuka langkah. Tetapi kata-kata ayahnya menghentikan perbuatannya.
"Appa risaukan kamu, Chanyeol."
Bibir Chanyeol mengukir senyuman sinis.
"Risau?", Chanyeol memandang ayahnya.
"Dulu masa eomma masih ada, appa ada ke risaukan keadaan kami?", kata Chanyeol.
"Appa tahu, appa salah masa tu.", balas En. Park.
"Appa ada ke masa eomma sakit?", kata Chanyeol tanpa mendengar kata ayahnya.
"Park Chanyeol!"
"Hari penghormatan terakhir eomma.... Appa ada ke?", tutur Chanyeol. Kesal dengan tindakan ayahnya walaupun sudah 10 tahun berlalu.
En. Park hanya mendiamkan diri. Dia sedar akan kesalahannya. Namun waktu itu, kerja dan niatnya untuk mengejar harta menutup matanya untuk mengambil tahu hal keluarga walaupun hari kematian isterinya sendiri.
"Tak perlu risaukan saya. Appa pergilah urus kerja dan harta appa tu. Itu lebih penting, kan?", kata Chanyeol sinis.
Kalau tadi dia ingin melangkah ke biliknya, kini tidak lagi. Kunci kereta miliknya dicapai dari pemegang kunci yang melekat pada dinding di sebelah pintu masuk. Dia keluar dari rumah dan masuk ke dalam keretanya yang terpakir di hadapan rumah banglo itu.
Enjin kereta dihidupkan kemudian memandu keluar dari kawasan rumah yang luas tersebut. Kereta yang dipandu itu membelah lebuh raya Kota Seoul.
.
.
.
.
." Mulai hari ni, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi."
"Jangan cari saya lagi, Chanyeol. Lupakan saya."
Chanyeol menghela nafas berat. Matanya memandang pemandangan Sungai Han. Dia sebolehnya cuba mencari ketenangan. Namun, semuanya sia-sia. Kejadian siang tadi di kafe mengganggu emosinya.
"Aku sepatutnya boleh terima. Kau dah tahu perkara ni akan jadi juga Park Chanyeol."
Lelaki itu bermonolog sendiri. Ya. Dia sepatutnya sudah boleh terima. Dia sendiri sudah tahu yang Soo Young tidak cintakan dia lagi. Tapi hatinya berat untuk melepaskan Soo Young. Perempuan itulah yang sedikit demi sedikit memberikan sinar dalam hidup Chanyeol semula setelah Pn. Park meninggal.
YOU ARE READING
School 2019 [ChanBaek]
General Fiction"Yah! Yah! Yah! Kau ada mata ke tak ada? Jalan tak tengok langsung!" - Byun Baekhyun "Kau yang tak tengok jalan, nak salahkan orang pulak!" - Park Chanyeol . . . . "Bagi kau, aku ni siapa?" - Park Chanyeol "Maksud kau?" - Byun Baekhyun . . . . "T...